Thursday 29 December 2011

Saat Ken Datang


Terfikir. Kita selalunya membuat pilihan atas dasar apa. Atas apa yang telinga kita dengarkah? Atas apa yang mata kita lihatkah? Atas apa yang hati kita degupkankah? Atas apa yang otak kita rasionalkankah? Atas apa kita sandarkan yang keputusan yang bakal kita buat itu tepat untuk kita.

Kalau kamu ada dua pilihan. Satu, dia menjelma terus dari buku angan-angan kamu. Kacak, tinggi, cukup makan, kelakar, hormat yang tua, sayang yang muda. Masalahnya cuma kamu kurang cinta. Bukan kurang, lansung tak cinta. Tapi, dia kamu rasa tepat untuk hidup kamu. Kamu berusaha buat segala untuk buat dia nampak kamu. Kamu pendam panas baran kamu. Kamu paksa diri kamu suka kaler kuning. Kamu paksa diri kamu makan ikan. Kamu paksa diri kamu sukakan bebudak. Semua sebab itu apa yang dia suka.

Yang satu lagi. Kamu bermula dengan kawan. Dia biasa. Dia laju berkata benar pada kamu tanpa ada selindung. Dia baik. Dia sopan. Dia kacak. Cuma, dia bukan yang kamu bayangkan selama ini. Dia bukan apa yang 'perfect' itu definisikan. Tapi, dia nampak kamu dalam keadaan terburuk dan masih terus damping kamu. Dia telan panas baran kamu dan anggap kamu manis. Dia terima hujung mata kamu ada kedut yang sangat visible tanpa concealer. Dia terima yang kamu kurang suka budak-budak. Pangkalnya, dia tahu kamu yang sebenar disebalik semua senyum dan tawa itu.

Tapi, jarang untuk kita dapat lihat pilihan yang kedua. Kerana, dia selalu ada. Kita akan lebih teruja untuk mengejar pilihan pertama. Tanpa sedar, jika tiada pilihan yang kedua, kita tak mungkin akan bahagia dengan hanya yang pertama. Pilihan kedua akan selalunya terluka lalu mengghilang dan barulah mata kita akan terbuka. Lalu, barulah kita cuba menghambat dia yang sudah lari jauh.

Hargai dia yang sentiasa ada di sisi. Buka mata untuk sentiasa namapk dia walau dia selaunya diam sahaja di sebelah kita. Memimpin, memandu kita tanpa kita perasan hadirnya. Berikan penghargaan yang sepatutnya kerana bukan mudah untuk terus membahagiakan seseorang tanpa mengharapkan balas. Dia hebat kerana sanggup buat begitu.


p/s: Referens diambil dari Soot Sanaeha. Ini cerita Thailand.
p/s lagi: Satu-satunya perkataan Thailand yang saya tahu ialah Theeradeth.
p/s lagi: Theeradeth sangat hensem.
p/s: Saya harap satu hari, perasaan untuk ke Bangkok akan hilang dengan sendirinya.

Tuesday 27 December 2011


Saat nampak dia, aku jatuhkan pandang.
Saat bertembung dengan dia, cepat aku tuju arah bertentangan.
Saat peluang terbuka, laju aku kambus ruang.

Cinta itu fitrah.
Tapi janji jodoh dan temu itu rezeki dari Allah.
Takut aku mahu tamak.
Takut ini bukan rezeki aku.

Allah tahu aku cinta dia.
Walau dia sendiri tidak tahu.
Allah lebih tahu.
Aku mahu sebab cinta aku ini.
Jalan ke Jannah jadi lapang.
Tertutup jalan keneraka siksaan.


Allah tahu.
Kalau sudah takdir aku dan dia.
Satu hari,
Insyaallah, datang juga dia ke Pak Tuyu.

Saturday 26 November 2011

Nurul Zarifah Uzma


Sudah masuk hari lahir adik bongsu. Umur lapan tahun. Hobi untuk waktu sekarang, katih basikal roda dua. Tak serik walau jatuh sampai handle kena perut lalu perut sedikit luka. Kesukaan kala ini masih power rangers dan bukan barbie. Masih suka praktis seni tahan diri ciptaan sendiri banding main masak-masak. Kecintaan waktu ini masih kinder bueno kaler putih dalam bekas bujur telur ada percuma benda sambung-sambung. Walau ternyata coklat itu tak cukup besar untuk mulut luas dia yang sangat jarang telan nasi. Kebencian untuk masa sekarang masih lagi labah-labah. Walau dah berkali kakak sulung tunjuk apa yang botol shampoo boleh buat pada labah-labah tersebut. Cita-cita sudah bertukar mahu jadi doktor sebab Puan Zarimah yang suruh. Dulu dia mahu jadi ustazah.

***

Selamat Hari Lahir Nurul Zarifah Uzma. Along sayang kamu. Sentiasa ingat itu walau bila gigi depan kamu dah tumbuh. Walau bila parut kaki kamu dah kurang. Walau bila kasut kamu dah saiz lapan. Walau bila kamu dah ada MyKad. Sampai bila-bila kamu akan Along panggil adik. Tiup lah lilin puas-puas. Nanti dah besar, kek hari jadi pun kamu kena beli sendiri.

Tuesday 22 November 2011

Bangla lawan taukeh


Zawiah ada jiran. Jiran Zawiah suka minta tolong Zawiah kait mangga. Awalnya Zawiah ikutkan saja sebab iklan RTM2 cakap suruh kita berbudi pada jiran, barulah hidup jadi muafakat. Lama-lama, jiran Zawiah semakin tinggi kepala. Dia sentiasa suruh Zawiah kait buah mangga walau pada ketika itu Zawiah sedang jemur baju. Pernah juga dia suruh waktu Zawiah sedang bagi itik makan, sedang goreng bergedil, sedang shampoo bulu kepala, sedang tengok Gerak Khas. Zawiah jadi serabut. Bukan Zawiah taknak tolong, cuma Zawiah minta supaya puan jiran bersabar sedikit. Zawiah akan tolong kalau Zawiah tak sibuk. Janganlah dipressurekan otak Zawiah kerana Zawiah gadis muda yang banyak tonton drama korea. Jiwa mudah tersentuh dan hati mudah terasa. Begitu, cerita berakhir. Zawiah pun mengambil galah dan sekali lagi mengait mangga.


***

Memang kurang nilai pengajaran cerita ini. Mungkin boleh kata, bila nak minta tolong, belajar adat untuk minta tolong.

Saturday 12 November 2011

Pak Tuyu Seksyen 5


Perjalanan dari Pak Tuyu ke Pak Pura dengan memandu kereta mengambil masa 2 jam. Puan Zarimah cerita pasal program LINUS. Cerita pasal hari penyampaian hadiah. Cerita pasal bangunan baru di sekolah. Cerita pasal Pak Guard sekolah. Cerita pasal buku latihan harga enam puluh sen di kedai sekolah. Cerita pasal perlu isi rekod kemajuan murid sekolah. Cerita pasal segala macam perkara yang boleh dicerita pasal cikgu dan sekolah pada Encik Zuhaimi. Encik Zuhaimi bukan cikgu tetapi dia dengar tanpa mencelah. Ini tolak ansur.


*Anak sulung dia lena di kerusi belakang. Sedikit kurang rasa tolak ansur.
**Pak Pura itu kampung dalam Beris Kubur Besar. Beris Kubur Besar itu dalam daerah Bachok. bachok itu dalam negeri Kelantan. Encik Zuhaimi mula celik mata di situ sebelum dia tinggal di Pak Tuyu.

Wednesday 9 November 2011

Harus 21


Harap kita jumpa hanya bila akad dijabat. Bila terputus segala aurat. Bila diri menjadi tanggungjawab. Barulah akan dirahmati dengan anak-anak hebat.


Sunday 6 November 2011

Hari ini masih hari raya


Hai followers semua. Ai ada nak buat satu peraduan untuk tujuh orang pembaca Ai. Mudah. Ai nak u'ols teka berapa jumlah power kaca mata bingkai hitam ai. Yu yang teka betul akan dapat kain lap kaca mata cop Pang Optometris kaler purple.


*sebab buat contest di blog sangat #trending.
**saya jangka hanya anak pakcik samsudin yang akan jawab.


p/s: Ini cubaan untuk tambah duit nuffnang. Saya mahu baiki hardisk saya sebab kat dalam tu ada Family Outing. Bukan gambar saya dan keluarga bercuti, tapi mamat dan minah mata sepet yang kelakar dan boleh buat Senario nampak sangat tak kelakar*Saya cuba tahan jari dari tulis perkataan yang kamus budi bahasa larang guna*

Selamat Hari Raya AidilAdha


Di Pak Tuyu, banyak kucing. Ini sebab Puan Zarimah mungkin sunyi bila semua anak dia dah panjang. Semua jarang-jarang ada untuk teman dia. Jadi, sebab kucing terlalu ramai, kucing-kucing diberi nama mengikut warna kulit mereka. Abaikan elemen racist dalam perenggan ini.

Hari ini cerita pasal Putih, Black dan Tompok. Tompok dan Black sama-sama bunting. Satu hari, Tompok mahu beranak. Dia sangat bising. Dia mungkin tak tahu apa nak buat sebab ini kelahiran sulung dia. Jadi, Putih setia tunggu Tompok. Dia duduk dekat kepala Tompok yang berbaring. Selepas beberapa ketika, Pak Tuyu ada dua tambahan anak kucing. Selamatlah Tompok dan dua anak-anaknya yang tak bertompok.

Sekarang kisah Black. Dia sangat muda. Hari itu saya tiada di Pak Tuyu. Ini Puan Zarimah yang cerita. Bohong Puan Zarimah, maka bohonglah saya. Black beranak tak susah. Senang. Tapi, dia tinggalkan anak dia selepas dia beranak. Jadi ceritanya pasal Tompok. Dia ambil anak Black. Dia jilat-jilat. Dia bagi susu. Jadi, Tompok sekarang ada tiga anak.

Cerita tamat. Puan Zarimah sekarang sudah jadi moyang. Ini generasi ke-empat kucing made from Pak Tuyu.

***

Mahu cakap pasal pengorbanan. Korban itu lebih indah bila tak dicanang. Biar biji mata yang beri, kaca mata pun tak tahu.

p/s: Bila isi borang, saya selalu mahu tertulis nama adik ketiga Muhammad Adha walaupun nama dia Muhammad Zulhairi. Puan Zarimah lahirkan dia Hari Raya Aidiladha. Jadi, kami panggil dia Adha.

p/s: Adha ada misai. Dia baru darjah enam. Satu hari misai dia hilang. Begitu juga Gillete Encik Zuhaimi. Selepas itu, misai dia tak tumbuh-tumbuh lagi.

p/s: Tajuk sangat iklan surat khabar.

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA.

Sunday 30 October 2011

Jangan sebab satu tumbukan, dua-dua tangan disalahkan.


Saya orang Terengganu. Saya tak makan ikan.
Saya orang Terengganu. Saya tak pandai pakai kain batik.
Saya orang Terengganu. Saya takut ombak.


Janganlah mudah sangat nak mensterotaipkan orang bhai dan behen. Selidik penyebabnya. Jangan jadi hingus. Orang hembus, kita keluar. Orang sedut, kita masuk. Setiap wacha wacha kungfu Jackie Chan mesti ada pengarah aksi di belakang tabir. Bukan nak menyokong tindakan yang hitam. Membantah yang putih. Cuma, nak minta jangan terlalu melulu tulis surat saman.


p/s: Bendera itu memang kain. Kain yang ada cat kaler-kaler. Tapi setiap urat sendi akan jadi membara kalau bendera itu jadi bara. Jadi, walau kain bercat itu bukan kamu punya, tolonglah ada hormat sikit bila main dengan urat dan sendi orang lain. Sebab takut urat sendi orang lain terseliuh nanti. Peace. Saya sayang seisi Malaysia. Ditulis di tepi pantai Rantau Abang sambil makan kerepok lekor.

Sunday 23 October 2011

Tekak perit


Koh. koh. koh.

Bunyi aku batuk.

Glup. glup. glup.

Aku telan ubat.

Prak. prak. prak.

Aku gigit ais


Memang lambat sikit la nak sembuh batuk ni.

Sunday 16 October 2011

Tak Harus 7


Sangat kelakar bila album hari kahwin ada gambar pengantin lelaki pakai baju melayu segak bersampin tapi pakai kaca mata hitam. Sangat rasa macam warga Nepal cuba untuk nampak cerah dengan pakai baju kaler oren terang.

Saturday 15 October 2011

Tak Harus 6


Rasa nak terterajang jejaka-jejaka ada halkum sebesar beguk yang ambil gambar nganga mulut bajet kiut.

Friday 14 October 2011

You kata love you, I kata lap u.


Ada orang bercinta bercakap setiap hari. Agar rasa itu sentiasa dibaja.
Ada orang bercinta cakap jarang-jarang. Supaya tidak bosan.
Ada orang bercinta pakai baju sama. Untuk nampak serasi.
Ada orang bercinta pakai baju lain kaler. Biar saling melengkapi.
Ada orang bercinta panggil baby. Untuk biar yang satu rasa dihargai.
Ada orang bercinta panggil nama. Sebab suka akan nama si dia.
Ada orang bercinta buat segala. Takut si dia bersusah payah.
Ada orang bercinta tak buat apa. Untuk ajar si dia erti berdikari.
Jadi,
Bukan dia kurang cinta. Cuma dia cinta dengan cara dia.



*agak geli dengan diri sendiri lalu tonton muay thai untuk nampak gagah kembali.


Thursday 13 October 2011

Tak Harus 5


Rasa nak tersepak orang yang ada album bertajuk 'aku' dalam facebook.

Tuesday 11 October 2011

Petang selasa yang free dari kelas


Jodoh ialah bila aku jumpa dia di kedai buku berebut buku The Kite Runner yang terakhir. Dia bertegas nakkan buku itu. Waktu itu, aku pakai baju pink. Dia pakai baju hitam, sweater merah. Aku dan dia pakai selipar jepun. Dia menang. Aku hampa lalu keluar dari kedai buku. Baru sepuluh langkah, ada orang panggil "cik". Ini untuk cik, dia kata. Lepas bagi buku, dia terus berlalu pergi. Selepas lima langkah, dia berpaling, senyum, sambung jalan. Di dalamnya, ada nombor telefon dia dengan nota tulisan tangan "Bila awak dah siap baca, call saya".



*Sebab itu kalau bukan sebab angan-angan, Mat Jenin mungkin boleh jadi pengusaha labu.

Sunday 9 October 2011

Belajar untuk jadi lebih baik


Kalau aku perlu pakai kasut tumit tinggi, baju ketat balut isi, kibas rambut perang ke kanan kiri, colet lipstik merah tak kena gigi, sapu bedak kaler-kaler pada pipi untuk buktikan yang aku ini perempuan yang berani.

Ya. Aku seorang yang hati sebesar kuaci.



Monday 3 October 2011

Lelap yang amat lena


Ada seorang anak saudara. Ada seorang bapa saudara. Ini kisah mereka.

Waktu anak saudara kecil, dia suka dengan bapa saudara yang itu. Sebab dia fun. Dia ajar anak saudara sembahyang tarawikh. Dia ajak anak saudara merentas hutan, Dia belikan anak saudara aiskrim perisa oren. Dia berterusan pantau anak saudara supaya anak saudara tak jauh tersesat.

Anak saudara yang itu suka tidur. Jadi, bapa saudara suka ketuk tingkap bilik anak saudara sambil buat-buat tanya "ada orang tak ni?", supaya anak saudara tak lama membuta. Bapa saudara yang itu juga yang selalu hantar surat yang posmen tersalah hantar ke rumah bapa saudara. Bapa saudara juga suka masak lempeng dan selalu dia hulur kepada anak saudara yang memang buta dapur.

Mak kepada anak saudara itu adik kepada bapa saudara tapi dia anggap bapa saudara sebagai ayah. Sebab bapa saudara memang jaga adik-adik dia. Jadi, anak saudara anggap bapa saudara macam datuk tapi datuk yang agak muda. Memang kalau ada masalah, akan tetap rasa selamat sebab tahu ada tempat yang boleh dituju.

Bila seliuh kaki, ke rumah bapa saudara. Bila demam panas, ke rumah bapa saudara. Bila nak berjalan jauh, ke rumah bapa saudara. Segalanya memang senang untuk rujuk dia. Anak saudara selalu bayangkan yang bila dia kahwin satu hari nanti, bapa saudara akan ada di situ, tersenyum sebab bapa saudara selalu usik anak saudara dengan anak jiran bermata luas.

Cuma yang anak saudara lupa, kita hanya boleh lukis pelan. Bangunan hanya akan terbina bila Allah luluskan proposal. Al-Fatihah.

Tuesday 20 September 2011

Ge to the li


"Hari ini dia pakai baju belang-belang kaler biru laut. Dia tahu kah biru itu kaler saya paling suka. Hepi sangat lah hari ini. Nak pergi menari inang lah sekarang".


Kalau satu hari saya menulis begini, saya harap orang sekeliling boleh bagi saya makan paracetamol. Suhu badan tinggi boleh buat kita gila. Referen saya ambil dari cerita orang kampung tentang 'Mek Bunga (bukan nama sebenar)' yang dulunya seorang nurse jadi gila selepas dia demam panas.

Monday 19 September 2011

Yuran hanya RM380


Jahit baju kurung baru berpasang-pasang. Beli selendang bagi sedondon untuk setiap pasang. Beli kasut tiada tumit berpasang-pasang. Isi kotak pensel dengan pen biru hitam merah, pensil tekan-tekan, penebuk lubang, cecair kertas (ambil terus dari liquid paper). Isi barang dalam beg sandang bau kedai. Hebahkan pada semua semester baru dah bermula.

Esok pagi, bangun hanya selepas jam loceng di'snooze'kan selepas lima kali. Sarung baju baru, muka monyok. Pakai selendang baru kaler sedondon, mulut herot. Sarung kasut baru, hidung mendengus. Sampai ke kelas, terus berharap kelas terbatal.

***

Semester dah bermula. Semoga kurang sikit waktu aku tidur jika banding dengan waktu aku belek buku. Semoga mata lebih cergas terbuka kala pagi banding dengan cergas berjaga kala dinihari. Moga lebih laju buat kerja sekolah banding dengan balas komen kawan sedarjah.

4 bulan lagi semester akan tamat.

Sunday 18 September 2011

Cucuk duit kat Bank Islam


Air teh ais kedai Salasah sangat sedap. Jadi Zawiah yang memang minum teh ais setiap kali makan nasi sentiasa beli di kedai Salasah. Bila saja Zawiah mahu minum teh ais, Zawiah mesti akan ke kedai Salasah. Zawiah tak mahu cuba kedai lain sebab Zawiah tak mahu terminum teh ais yang tak sedap.

Satu hari, teh ais kedai Salasah rasa macam tak sedap. Zawiah sedapkan hati. Mungkin hanya untuk satu hari itu. Tapi, satu hari jadi dua hari. Dua hari jadi empat hari. Empat hari jadi seminggu. Zawiah tertanya-tanya tapi dia masih beli teh ais di kedai Salasah.

Satu petang, kawan Zawiah ajak Zawiah bertemu di kedai Puri-Puri. Zawiah pesan air teh ais. Teh ais sampai. Zawiah sedut. Ini teh ais yang selama ini Zawiah suka. Zawiah tak sangka dia boleh rasa teh ais yang sedap di kedai selain kedai Salasah.

Yang Zawiah tak tahu, Makcik Ani yang dulunya buat teh ais sedap di kedai Salasah dah berpindah jadi tukang buat air di kedai Puri-Puri. Kalaulah Zawiah tak terlalu takut untuk segera bertindak, mesti dia boleh minum teh ais yang sedap untuk seminggu itu.


*Memang susah nak berubah. Kita akan ada rasa takut akan keadaan yang bukan ruang selesa kita. Tapi, kemungkinan untuk ruang asing itu ber'benefit untuk kita hanya akan kita tahu jika kita berani untuk ambil langkah pertama itu.


Nota tambahan : Cuma tertanya-tanya kenapa duit PTPTN tak bertambah sedang teh ais yang dulunya RM1.20 dah jadi RM1.70.

Saturday 17 September 2011

Bila aku demam, aku mesti nak makan bubur nasi dia.


Dia kata " Dah lama tak makan sama-sama dengan along". Aku angguk. Lari. Dia kata lagi " Dah besar cucu tok. Dah boleh kahwin". Aku angguk. Lari lagi. Dia kata lagi " Tok dah tak lama ni. Dah tua". Aku angguk. Lari lagi.

Satu hari. Dia kata " Aku naik saksi bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan nabi Muhammad itu pesuruh Allah". Dia pejam mata. Kali ini, dia yang lari. Lari jauh sampai aku yang sentiasa berlari ini tak terkejar.

Al-Fatihah.

Wednesday 7 September 2011

Pok Tuyu dok penoh banjir


"Aku dok sere nok balik weh. Mapuh doh gini". Aku kabo ke kawang aku. Ye sengih. "Doh mu nok tepek nge mok mu sapa bile?" "Kalu ikut aku, sapa bile-bile ah". Aku kabo agi. "Doh nape ye ade dumoh? Mok nge ayoh mu gi kije. Adik-adik mu gi skoloh. Takdok orang gok dumoh. Mu dudok sorang gok. Baik dakyoh dok dumoh kalu gitu". Ye kabo pulok. Aku pong dok menung. Mikir. Betul gok nape ye kabo. Bakpe yang aku nok dudok dumoh ngat. Aku dok maing nge laptop aku gok. Bukang aku cakap nge ma due puluh pat jang pom. Aku dok tolong ma masok gok. Doh bakpe yang aku wahi ngat dok dumoh. Lepah puah mikir, aku pom rase aku boleh doh jawapang ye.

Aku wahi dudok dumoh sebab tali pusat aku ade dalang gerobok kat dapur. Bile aku dok dumoh, baru aku jadi aku.


*doksoh wak kire ah tajok dok kait nge isi. Aku nulis mase tengoh ujang. Pahtu aku mari mikir, Pok Tuyu dok penoh banjir. Mujo gop.

Perut berjahit


Hari itu dua hari sebelum raya. Encik Zuhaimi mengadu sakit perut. Tapi disebabkan figure dia yang nampak gagah, anak-anak cuma buat lebih kurang. Dia ke klinik. Doktor cakap appendiks terus bagi surat suruh ke hospital. Anak-anak mula ambil kisah. Tapi dia tak mahu pergi. Dia nak tunggu raya. Sebab tahun ini dia sangat mahu raya. Dia mahu bakar lemang. Buluh sudah dipotong. Beras pulut sudah dibeli. Santan sudah diperah. Jadi dia tahan sakit. Malam itu dia gelisah. Tak boleh tidur. Anak-anak tahu dia sakit. Paginya, dia ke klinik sekali lagi. Cuba mahu kurangkan sakit sebab esok sudah hari raya. Tapi doktor berkeras mahu dia ke hospital. Akhirnya dia mengalah.

Ke hospital.

Dia tiba-tiba nampak sangat tua bila sarung baju kaler hijau tua yang semua orang sakit pakai. Esok dah nak raya, dia ulang cakap ayat yang satu itu. Dia suruh Puan Zarimah balik sediakan rendang untuk anak-anak. Dia nampak sebak. Anak dia yang sulung temankan dia petang itu. Manja rupanya Encik Zuhaimi. Masukkan air, tangan dia membengkak. Nurse cakap perlu buang jarum, perlu cucuk yang lain. Mengeluh lagi Encik Zuhaimi. Anak sulung dia tolak kerusi roda ke bilik x-ray. Seterusnya pergi cek jantung. Doktor datang, terangkan situasi. Cuma pembedahan kecil, kata doktor. Muka dia pucat.Ya dia takut, kata dia. Dia rela diajak bertumbuk, kata dia lagi. Tak lari darah 'gedebe' Kelantan dia itu.

Setengah jam sebelum berbuka, Puan Zarimah datang. Anak sulung dia balik. Aduh sebak tengok Encik Zuhaimi kala itu. Memang dia yang paling gembira bila tiba hari raya. Dia memang suka raya. Malam itu lebih kurang pukul 12 lebih, dia masuk bilik pembedahan. Anak-anak semua di rumah. Cuma Puan Zarimah yang temankan dia. Semuanya siap dalam pukul 2 pagi. Dia sedar, terus dia minta mahu makan. Begitu memang Encik Zuhaimi. Dia memang kuat makan.

Pagi raya. Sedondon anak-anak ke hospital. Encik Zuhaimi ceria berbaju melayu. Dia dah boleh balik. Anak-anak gembira beraya di hospital. Begitu, anak-anak lebih hargai hari raya. Sekian. Selamat Hari Raya.

Monday 29 August 2011







*semangat raya susah nak karang. Jadi, Hepi Raya. Diamik dari sini

Monday 22 August 2011

Selangkah ke along yang lebih baik


Lama di rumah rupanya membuka satu peluang untuk kenal diri. Sebab usia pun dah makin banyak, sel-sel otak jadi lebih dalam interpret sesuatu. Tersedar yang aku ini anak yang suka meminta. Dapat pula encik Zuhaimi dan Puan Zarimah yang jarang kata tidak. Tak pernah terfikir betapa mereka berusaha mahu tunaikan permintaan aku. Senang kalau aku mahu salahkan orang lain yang terlalu mengikut kemahuan aku tapi aku mahu cuba ambil tanggungjawab itu.

Maafkan along sebab jarang puas hati dengan segala. Along akan cuba ubah diri. Bukan sebab along berkecil hati. Tapi sebab along sayang ma dan abah.

p/s : Tak sabar mahu bagi encik zuhaimi dan puan zarimah rasa duit aku pula. Insyaallah, satu hari nanti akan terbalas juga segala jasa mereka.

Wednesday 3 August 2011

Rapatkan saf


Saya tak rasa yang tajuk cerita mampu untuk menggambarkan jalan cerita. Ya, mungkin akan ada sedikit klu yang boleh memandu arah cerita tapi klu itu tersangat kabur. Jadi, sebab itu saya rasa perlu disertakan buku manual untuk segala benda.

Ini pengenalan untuk perkara yang saya mahu cerita. Tentang sembahyang berjemaah. Umum tahu fadhilatnya tapi tak umum tahu tata tertib untuk berdiri dalam saf. Satu, jangan dibiarkan saf itu berlubang. Dua, rapatkan saf sampai bahu menyentuh bahu.

Sebelum kamu berbaris di belakang imam, ada baiknya kalau kamu ambil sedikit masa belajar cara untuk betul-betul berbaris.



p/s : sebab ini musim tarawikh

Tuesday 2 August 2011

Sudah masuk waktu berbuka


Bersyukur sebab tahun ini Insyaallah boleh berpuasa penuh di Pak Tuyu. Kalau dulu-dulu beberapa hari sebelum raya baru boleh balik makan nasi yang Puan Zarimah tanak. Berbuka di tempat orang dengan status pelajar *baca duit dalam dompet tak banyak* memang memberi makna yang tersendiri untuk puasa itu sendiri.

Hari pertama puasa di semester satu di Shah Alam hanya makan laksa penang. Berdua dengan anak Pakcik Samiun dalam bilik. Bila dengar azan, terus jadi sebak. Bukan kami tak mahu makan nasi. Kami sangat-sangat nak makan nasi. Tapi tak dapat. Habis segala. Yang tinggal cuma laksa penang. Kami ambil gambar. Memori itu akan terpahat dalam diari puasa sampai bila-bila.

Pergi ke bazar Ramadhan memang bahagia tapi perlu juga fikir keadaan dompet untuk minggu-minggu yang akan datang. Jadi bila mahu makan popia basah dengan puding karamel. Perlu pilih satu dan kembali untuk beli yang lagi satu esok. Waktu itu memang automatik teringat saat memborong dengan Puan Zarimah.

Tarawikh di perantauan pun tak menentu sebenarnya. Mungkin juga alasan tapi memang segala macam assignment buat kaki jarang-jarang melangkah untuk bersama dalam saf untuk bertarawikh.

Berbuka dengan lauk yang sama untuk sepuluh hari pun satu memori. Ayam masak merah dari gerai makcik yang ada payung kaler biru depan balai polis seksyen tujuh Shah Alam memang buat perut kenyang tapi hati menangis.

Bagi orang yang tak pernah rasa berpuasa bukan di rumah memang mereka-mereka akan sibuk komen mak masak masin, nasi keras hari ini, air sirap tawar. Tapi untuk aku, boleh makan menghadap Puan Zarimah, Encik Zuhaimi, adik, adik, adik, adik pun dah cukup. Sekurang-kurangnya boleh makan nasi tiap-tiap hari.

p/s : Aku suka laksa penang. Cuma bila untuk dibuat menu berbuka tambah dengan tiada nasi buat aku yang berpuasa jadi sebak.

Sunday 31 July 2011

Bangun pukul 4 pagi makan nasi


Esok Puan Zarimah akan bangun awal pagi. Bukan sebab dia penoreh getah. Cuma sebab esok dah boleh bersahur. Boleh tengok mata Adha yang tersepet-sepet sebab dia silau cahaya lampu. Dia makan sahur dengan tutup mata. Boleh tengok Uzma yang gembira tiap kali bangun sahur. Dia baru 2 tahun berpuasa. Benda baru. Boleh tengok Encik Zuhaimi yang konon tiada selera habiskan separuh periuk nasi. Boleh tengok Puan Zarimah yang tak makan nasi tapi makan kuih jala emas. Boleh tengok Adikju bangun 10 minit sebelum imsak sebab dia sayang tidur dia. Sangat. Boleh tengok aku basuh pinggan.

Tapi dah tak boleh tengok dia yang makan kurma terbanyak di meja makan. Dia yang hanya minum air kopi. Dia yang suka makan ikan. Dia yang suka makan mangga dengan nasi. Dia yang bangun bersahur pukul 12 tengah malam. Dia yang sentiasa gembira bila tiba bulan Ramadhan. Sebab dia sudah pergi. Betul kata dia. Mungkin raya yang lepas adalah yang terakhir untuk dia.

Al-Fatihah.

Friday 22 July 2011

Pagi yang buta


Set jam loceng telefon bimbit pukul enam. Telefon bunyi. Angkat cakap "hello". Sekian.

Saturday 16 July 2011

Harus 20


Corak itu haruslah polka dot.

Thursday 14 July 2011

Bulu atas bibir


Orang yang paling hensem dengan misai selepas A. Galak ialah Encik Zuhaimi. Dia tanpa misai macam Vin Diesel berambut kerinting.

Harus 19


Jemur baju itu harus pagi sebelum matahari naik atas kepala.

Lilin tak tertiup


Kalau aku jadi Encik Zuhaimi, mungkin aku akan ada sedikit rasa hati pada anak-anak. Dia selalu jadi karakter pembantu bila banding dengan Puan Zarimah. Bukan dirancang, tapi memang itu yang jadi. Untuk hari lahir Puan Zarimah, semua anak-anak ada bagi sesuatu walau aku cuma guna kretiviti menaip mesej. Tapi point di sini, semua anak-anak ingat tarikh lahir Puan Zarimah. Hari ibu, anak-anak sekali lagi kecoh bagi ucapan. Tiba 31 Jun. Anak-anak buat bisu pekak segala. Sampai pukul 7.15 pm, Encik Zuhaimi khabarkan sendiri yang hari itu hari lahir dia. Ya, dia memang lelaki. Lelaki yang tua. Aku ingatkan dia tak kisah dengan semua ini. Tapi dia kisah. Dia kisah bila anak-anak tak ucap. Dia kisah bila anak-anak tak ingat. Maaf abah. Bukan tak ingat, cuma tak terucap. Selamat Hari Lahir abah*aku tahu hari ini 14 Julai*. Janganlah merajuk lagi. Tak menawan begitu. Saya cuma nak cakap abah saya paling hensem walau rambut dia ada kaler putih banyak.


*Bila Encik Zuhaimi hantar mesej hari lahir. Dia selalu akhiri ayat dengan dll.

Masuk tandas baca doa


Satu tabiat yang memang dari dulu ada ialah nyanyi dalam shower. Sebagai satu motivasi untuk terus menyah daki mungkin juga. Tapi ada satu lagu yang aku takkan dendang sambil mandi sampai bila-bila.

Cerita.

Hari itu tenang. Tiada kelas pagi. Tapi ada kelas pukul dua. Jadi, membuang masa dengan berhemah pagi itu. Entah dari mana dia tiba, terhumming lagu 'Aku tak percaya cinta' dari Liyana Jasmay. Maaf kalau salah eja. Dia tak pernah tunjuk kad pengenalan dia. Muka penyewa-penyewa rumah yang lain mula berkerut. Menahan pedih. Aku semakin galak. Bait-bait lagu diulang-ulang. Sampai pukul 1.30. Mahu masuk tandas. Masih menyanyi. Sorang kawan aku namakan 'nenep' kata "Nyanyilah. Nanti terkunci dalam tandas". Aku dah alih bahasa. Dia tak bercakap bahasa baku. Tapi maksudnya lebih kurang begitu. Aku masih menyanyi. Masuk tandas. Kunci pintu. Buat apa yang aku patut buat. Buka pintu mahu keluar. Gagal. Pintu tak berbuka. Aku panik. Aku ketuk pintu berdegang-degang. Ada kawan cuba swap pintu. Tak berhasil. Mereka ketawa galak di luar. Aku kalau tak kira umur aku yang menambung, aku dah menangis. 15 minit berusaha sambil ketawa. Tiba satu kuasa di sebalik pintu. Dia suruh aku kebelakang. Aku menutup telinga. 'Gang' serentak pintu terbuka. Aku keluar. Mujur masa tak banyak untuk terus sambung bicara. Lekas bersiap. Ke kelas. Tapi aku tahan malu selama seminggu.

Mungkin kalau dia buat lagu 'Aku percaya cinta' aku akan ambil risiko nyanyi lagu itu sambil shampoo bulu kepala.

Sunday 10 July 2011

TOPENG


Dia memang hitam penuh. Kecuali kawasan mulut dia yang putih. Itu buat dia nampak macam pakai topeng. Jadi, namanya topeng. Dia bukan asal sini *baca rumah aku*. Tiba-tiba aje dia muncul satu hari. Waktu itu, dia kurus. Takutkan orang. Tapi lama-lama, lepas berkilo whiskers yang dia telan. Dia dah mesra. Dah berani masuk dalam rumah. Dah berani raba-raba. Dah berani buat semua. Satu benda yang dia masih tak pandai buat. Dia tak pandai tunduk kepala bila jalan bawah kerusi dapur. Setiap kali mesti dia terhantuk. Dan dia mesti bertafakur untuk beberapa minit selepas itu. Topeng memang kelakar. Orang lain *baca kucing lain* suka kalau kita raba bahagan depan leher. Tapi topeng suka kalau kita raba belakang leher. Dan dia akan dongakkan kepala sampai 180 darjah. Jadi tak faham kenapa orang sanggup buang kucing bergaya begitu. Takpelah topeng. Duduklah kat sini. Jangan buang air besar merata sudah.



Tuan dia yang buang dia memang manusia yang pakai topeng. Topeng huduh.

Saturday 9 July 2011

Jumpa nanti lepas raya


"Bachelor of Applied Language Study (Hons); English for Professional Communication".

Sebagai peringatan untuk diri sendiri. Cuti terlampau berjela. Takut terlalu selesa jadi ahli tetap sofa depan kotak televisi.

Thursday 7 July 2011

Selepas ganti puasa


Rindu dengan Ramadhan. Insyaallah sedikit masa lagi boleh bertemu. Siapkan diri. Ini bulan bukan biasa. Tuju untuk diri sendiri. Kamu-kamu kalau mahu boleh turut sibukkan diri.

Kala masih ada gigi susu 4


Benda paling best waktu belum baligh. Main kahwin-kahwin. Prop permainan mudah. Seorang pengantin lelaki. Diri sendiri sebagai pengantin perempuan. Pakaian sila selongkar almari empatsegi ibu ayah. Pakai bedak. Lokasi boleh jadi kerusi di dapur. Atau letak dua kerusi di halaman rumah. Atau duduk bersila atas tanah. Boleh disuai ubah ikut keadaan matahari. Jangkamasa permainan bergantung kepada seruan ibu ayah untuk pulang ke rumah. Walau tak pernah bercerai-berai, pengantin boleh berkahwin sekali lagi untuk berapa kali pun. Cara permainan, duduk atas kerusi dan berkahwin. Itu sahaja. Tak perlu penjelasan. Lagi meriah kalau ada pengapit. Tapi risiko untuk pengapit mahu ikut turut jadi pengantin perempuan mungkin akan buat pengantin lelaki lari ikut rakan main bola tin. Tidak boleh terlalu ikut logik akal. Akan jadi tidak best nanti. Sebab itu kita-kita berhenti main kahwin-kahwin bila rancangan A.L.O.N.G sudah tidak nampak menarik di mata kita-kita.

Wednesday 6 July 2011

Seorang Kaklong di Pak Tuyu


Belajar untuk mengalah sepanjang cuti ini memang tak mudah. Mungkin sebab terlalu bangga dengan peranan sebagai kakak sulung buat saya kurang mahu mendengar. Biar diri sendiri tahu berapa peratus tahap matang tapi tetap mahu cuba nampak bergaya di hadapan adik-adik. Jarang saya bicara lembut dengan mereka biar mereka begitu menjaga susila dengan saya. Memang nampak bodoh. Tapi sebab cuti yang tak pernah nak habis ini, saya mula jadi ahli keluarga. Bukan lagi kakak gila. Sebab tiada rakan sebaya, saya jadi rakan budak-budak belum ada IC. Tapi yang saya tak tahu. Semua ini seronok rupanya. Uzma belikan saya keropok 50 sen tiap kali dia balik dari sekolah. Sebab dia takut saya lapar sebab saya tak tahu memasak. Adha belikan saya teh ais tiap petang sebab dia tahu saya malas. Adikju atau dia suruh saya panggil dia Ju sentiasa dengar saya bercerita. Sebab dia yang paling tinggi antara mereka tiga beradik. Begitulah. Mungkin saya salah tafsir maksud kakak. Kakak tak semesti perlu jarakkan diri dari adik-adik untuk dapat rasa hormat. Rasa hormat itu tetap ada walau kakak tolong basuh pinggan adik-adik setiap kali lepas makan. Saya akan cuba jadi kakak yang lebih baik lepas ini. Tapi jangan harap saya untuk dodoi kamu tidur. Itu suruh Puan Zarimah buat.

Friday 24 June 2011

Pakcik kacak


Takenouchi Yutaka. Tak perlu cerita lebih. Kamu paling hensem selepas Encik Zuhaimi. Titik.

Wednesday 22 June 2011

Sepasu daisi


Lelaki itu pegang pasu berlilit reben merah hati kemas. Dia kira. Tiga. Dua. Satu. Sekarang. Laju dia menapak ke depan pintu kuning sebuah rumah batu. Dia letak pasu. Dia tekan loceng. Dia lari sembunyi di sebalik pokok mungkin mempelam. Keluar dia yang lelaki itu tunggu. Pasu diambil. Pintu ditutup. Lelaki itu puas. Sudah tiga minggu dia begitu. Tiga minggu dari pertama kali dia nampak gadis itu bersama gula gula kapas di taman tema. Sejak itu dia sembunyi hadiahkan bunga dalam pasu kepada gadis itu. Tiga minggu sudah cukup lama. Dia yakin sekarang gadis itu faham. Esok dia mahu gadis itu tahu siapa dia.

Esoknya..

Dia bersiap kemas hari ini. Pasu kemas di tangan. Dia melangkah yakin. Sampai di pintu kuning. Dia tekan loceng. Dia tunggu. Terdengar derap kaki. Pintu dibuka. Tapi bukan gadis itu. Jejaka kacak tegak memegang tombol pintu. lelaki itu tergaman. "Siapa?". Terdengar suara halus. Muncul gadis itu dengan sejambak mawar. Dia tak tunggu lama. Terus lelaki itu berlari. Sembunyi di belakang pokok yang sama. Menyandar di situ. Gadis itu tidak faham rupanya.

Dia pandang pasu berisi daisi di tangan. Ah daisi. Daisi, cinta tersembunyi. Kalau dia tahu, dia beli bunga mawar. Ini padah bila dia terlalu bersembunyi. Sepasu daisi dihempas ke tanah. Dia longlai menapak ke taman tema. Moga ada gadis makan gula gula kapas lagi.

Tuesday 21 June 2011

Bila burung terlepas dari sangkar


Ada satu cerita. Lama disisip rapi dalam almari empat segi. Cerita tentang sorang budak. Perempuan. Sarung kaca mata, rambut bertocang. Cerita tentang sorang budak. Lelaki. Kurus tinggi, mata sepet. Bertemu mereka. Berkawan. Sebatang aiskrim poli dipatah dua. Bergendong basikal ke sekolah. Mereka hanya kawan. Kata mereka. Satu hari. Budak lelaki berpindah keluar daerah. Budak perempuan sendiri. Tiada siapa yang mahu dikongsi aiskrim poli. Basikal dikatih sendiri. Budak perempuan sedar yang dia tidak hanya mahu jadi kawan. Tapi sudah terlewat. Budak lelaki kembali. Dengan sorang budak. Perempuan. Budak perempuan lain.


Kamu. Kita mula sebagai kawan. Kita berdua tahu. Akhir bukan sebagai kawan. Hanya aku yang tahu.

Sunday 19 June 2011

Selamat hari abah, Encik Zuhaimi


Poop. Encik Zuhaimi kentut. Sabar. Sabar. Untuk hari ini kentut dia wangi. Dia angkat buntut dari sofa laju ke dapur. Dahaga barangkali. Aku turut ke dapur. Dia minta ubat sakit urat. Aku belek barang dalam bakul. Jumpa. Aku bagi. Dia telan. Senyap. Sepi. "Abah". Aku mulakan bicara. "Hmmm". Dia balas. "Erm,,,selamat hari ayah". "Hmmmm." Lagi. Aku lari ke bilik. Seingat aku memang 'hmmmmm' itu paling banyak keluar dari mulut abah. Dia memang kurang cakap. Atau mungkin dia kurang cakap dengan aku. Aku banyak bicara dengan dia pakai mata. Bila dia jeling aku tahu dia marah. Bila dia tutup mata sambil dengar aku tahu dia sedang fikir alasan untuk aku tak buat sesuatu perkara. Begitu kami faham satu sama lain. Aku anak sulung. Puan Zarimah kata aku rapat dengan abah waktu masih ada gigi susu. Tapi bila kaki semakin panjang dan kaca mata semakin tebal, kami makin renggang. Mungkin sebab tak enak bicara hal gadis dengan abah. Tapi yang pasti dia tahu segala. Mungkin Puan Zarimah buka cerita. Seingat aku, tiap kali aku ada masalah aku pasti kalut telefon abah. Tak pernah dia biar tak berangkat. Jadi aku mahu jadi begitu untuk dia satu hari nanti.

Abah, untuk setiap titik lelah abah sara keluarga. Along titip rasa sayang. Sungguh tanpa seorang abah, along tak mungkin kenal apa maksud gigih dan ikhlas. Terima kasih atas segala. Terus berada damping along kerana memang senang untuk terlangkah silap. Tapi along tak bimbang. Sebab Encik Zuhaimi pasti datang pimpin ke jalan tak silap. Abah, sekali lagi. Selamat hari ayah. Esok kentut abah akan kembali tak wangi. Sila kentut di luar.

Pernah dulu sebelum bertemu bantal


Masa : Sedang assignment melambak-tambung.

Tempat : Tilam nipis di rumah bukan tetap 15 minit perjalanan dari tempat kuliah.

Keadaan diri : Rambut tidak bersikat, perut keroncong tidak berisi, mata pedih lelah berjaga.

Azam : Bila aku cuti nanti, aku mahu luang masa dengan Puan Zarimah. Mahu sembang pasal segala. Akan aku adu anak sulung ini terseksa berlelah payah cuba banggakan dia. Akan aku belek setiap helai buku resipi di dalam laci nombor tiga di dapur untuk siap jadi calon isteri hebat. Akan aku bantu Puan Zarimah urus kemas segala di rumah kaler merah muda di Pak Tuyu itu. Akan aku siapkan diri dengan bacaan ilmiah. Biar gagah tempuh dunia. Akan aku buat segala perkara.

***

Masa : Cuti

Tempat : Dinding empat segi kaler kuning.

Keadaan : Mungkin cantik.

Checklist azam : ..........................penulis masih tidur.

Tuesday 14 June 2011

Harus 18


Cuti itu harus tak lebih dari 2 bulan.

Tak Harus 4


Kamu si hamba. Apa guna langut hidung tinggi ke awan. Turun hujan lemas mati.



Thursday 9 June 2011

Saya bosan lalu saya tengok tv


Mungkin saya terlalu memandang rendah. Mungkin saya terlalu memandang jauh. Sungguh. Saya tak pernah tahu saya boleh jadi gila sebab kamu. Kenapa saya baru nampak kamu. Beginilah. Kamu memang hensem walau kamu mungkin sedikit tua. Sangat jarang untuk saya coret pasal orang dalam tv di blog ini. Tapi kamu. Ya, kamu. Kamu buat jantung saya sakit. Mr. Aaron Aziz, terima kasih sebab tak jadi polis. Terima kasih sebab masuk dalam tv. Terima kasih sebab datang Malaysia.

Kala masih ada gigi susu 3


Umur waktu itu 9 tahun. Sangat nakal. Mungkin sebab jarak umur saya dengan adik dan adik sangat dekat. Saya cuma mahu Puan Zarimah perasan saya. Saya ada basikal tak berapa baru tapi saya suka basikal saya. Tayar basikal saya banyak kaler. Yang saya ingat, ada kaler biru, merah, kuning. Hari itu Encik Zuhaimi demam. Dia elok berehat dalam bilik. Hari sudah kurang cerah. Saya tiba-tiba rasa mahu pergi kedai runcit Ah Beng. Saya cakap dengan Puan Zarimah. Puan Zarimah cakap jangan pergi. Tapi saya pergi juga. Saya kayuh basikal sampailah satu corner saya jatuh. Saya tongkat tangan kiri untuk tahan saya. Yang saya dengar bunyi "krak". Saya bangun. Cuba nak kibas baju dari debu tapi tangan kiri sakit. Tangan saya tak straight. Nampak pelik. Saya angkat basikal berlari balik rumah. Tunjuk tangan pada Puan Zarimah. Puan Zarimah tak cakap banyak terus kejutkan Encik Zuhaimi. Dia kata tangan saya patah. Tiba-tiba saya rasa sakit yang amat. Patah? Patah? Saya ulang perkataan itu banyak kali. Encik Zuhaimi dengan hidung merah hantar saya ke rumah tukang urut. Selepas itu ke klinik untuk x-ray. Balik rumah saya senyap je. Walau Puan Zarimah tak cakap apa-apa, saya tahu ini balasan sebab saya tak dengar cakap Puan Zarimah. Itu sebab sekarang saya tak pernah buat sesuatu sebelum Puan Zarimah tahu. Kata orang, mulut ibu masin. Kata saya, saya taknak patah tangan lagi.

Tuesday 7 June 2011

Tahi kuku


Kamu yang istimewa, kuku biar pendek. Jangan biar minda diprovok dengan helah kaler merah buat kuku kamu cantik. Kamu yang istimewa. Satu hari kamu akan kemudi keluarga. Kamu akan goreng ayam pedas, tumis sambal bilis, rebus jagung manis, kukus kek lapis. Makanan itu akan jadi darah daging keluarga kamu. Pendekkan kuku kamu supaya Insyaallah mereka akan dengar kata. Senang terima teguran dari kamu, ibu mereka. Pesannya mudah, pendekkan kuku kamu. Jangan sampai 2 cm yang kamu simpan jadi sebab anak-anak kamu 200 kali bangkah kamu.

TV sudah tak nampak menarik


Gagal mengawal rasa lalu hanyut. Hanyut terus. Rambut minta disyampoo. Mata rayu tidur. Perut keroncong minta isi. Mulut tagih sejalur senyum. Jiwa damba bernyawa. Apa kamu sudah tak mahu jadi manusia? Sendiri tanya. Jawab tiada. Gemanya ada tapi kurang jelas. Mungkin jawabnya ya. Mungkin tidak juga. Cukup. Diri bicara lagi. Tegas kali ini. Tersentak mata, terang kaca mata. Rasa lemas diapit dinding kuning empat segi. Lalu bangun mencari sebutir nasi. Dan cuti ternyata masih panjang.

Friday 3 June 2011

Jangan cakar aku lagi


Satu mak pesan. Jangan bodohkan diri sendiri. Pendek tak panjang. Tapi saya yakin saya akan selamat kalau saya pegang empat patah yang keluar dari mulut Puan Zarimah itu. Jadi saya tarik balik niat saya mahu buat kot dari bulu kucing. Kamu selamat buat kala ini poktam.

Tuesday 31 May 2011

Sebidang url


Kepada encik Evan Williams, terima kasih sebab bagi saya ruang mencatat sedikit gabungan vokal dan konsonan ikut hala jemari tak runcing saya. Paling kurang saya ada tempat mahu cerita bila berat saya surut satu hari.

Encik Evan Williams bukan orang Malaysia. Dia cuma orang yang tubuhkan tanah rancangan blogspot.


Thursday 26 May 2011

Nurul Zulaikha Zuhaimi


Susah nak cakap sayang kat orang yang kita sayang. Nampak macam bodoh tapi itu yang berlaku. Begini. Saya sayang adik perempuan saya yang adik-adik lain panggil Kak Ika. Tapi rasa geli mahu cakap saya sedih dia sudah nak balik ke kampus. Sedih sebab nanti saya perlu harung 3 bulan di rumah sorang diri. Tapi semua itu tak terucap. Saya tarik rambut dia walau sebenarnya saya mahu usap kepala dia. Saya sepak buntut dia walau sebenarnya saya mahu peluk dia. Sungguh rasa sedih sekarang. Tapi, saya harap dia akan semakin matang di Kedah sana. Jangan sesekali bawa balik loghat utara itu ke Pak Tuyu. Satu hari nanti, kalau kamu yang saya sayang itu terbaca post ini, jangan sesekali sebut pasal hal ini di depan muka batang hidung saya. Senyap saja dan bersyukur sebab saya sayang kamu. Satu lagi, tolong jangan pakai kaca mata bingkai putih lagi. Kamu tak nampak cantik begitu.

Wednesday 25 May 2011

Perlu beli buku resipi


Saya selalu nampak kamu senyum. Maaf sebab saya tak nampak air mata yang kamu keringkan dengan hujung selendang kamu. Hari ini kamu sakit. Tapi saya hanya boleh tolong masakkan megi bagi adik-adik makan. Dulu kala saya sakit kamu sengkangkan mata berjaga demi saya. Cepatlah sembuh dan kembali senyum. Saya suka lihat kamu senyum. Ma, jangan takutkan saya begini.

Tuesday 24 May 2011

Malaysia, kamu sayang saya tak?


Great power comes with a great responsibility. Itu orang puteh cakap. Kalau mahu dialih bahasa dalam konteks negara ke-9 paling ramah di dunia ini, ia akan berbunyi kalau berani bermain rebut kerusi maka perlu bersedia dengar bisikan rakyat yang mahu kesempurnaan. Untuk jadi begitu, pertama sekali perlu hapuskan konsep makan budi dan balas budi. Bila rakyat suarakan ada lubang pada dinding pemerintahan, jangan melulu melatah tuduh rakyat tak kenang budi. Sebab kami kenang budi maka kami mahu lubang tersebut ditampal biar nampak cantik. Konsep patriotik itu yang buat kami tunjukkan apa yang kami rasa tidak kena dengan environment negara kami. Mungkin mereka-mereka di atas tidak berapa nampak apa yang berlaku di tanah. Jadi kami-kami yang sedut debu tanah ini tolong beritahu. Jangan dilabel perkara yang patut diberi kepada rakyat sebagai budi kerajaan. Kalau kampung kami yang dulunya gelap gelita tepat jam lapan malam kembali terang dek lampu neon sebulan sebelum pilihanraya, kami-kami tak patut dibebankan dengan betapa besar budi yang ditabur itu. Lampu itu memang hak kami kerana kami tetap rakyat Malaysia yang patut terima cahaya sama cerah dengan pemandangan waktu malam KLCC walau kampung kami bersempadan dengan Siam. Mereka-mereka bersuara bukan bermakna mereka pandai. Tapi mereka ada tidak faham dengan sesetengah tindakan. Jadi, terangkan pemikiran kami dan bantu kami supaya faham. Tapi jangan dibodohkan kami-kami sebab kami-kami minum susu tambahan waktu sekolah. Jangan dilencong pandangan kami dari kenaikan harga minyak dengan isu siapa liwat siapa.

Waktu budak tujuh tahun bertanding untuk jawatan ketua kelas, seorang calon berjanji akan memastikan kelas akan sentiasa bersih dari kotoran. Senang kalau mereka-mereka yang konon makan banyak garam pun begitu. Saya mahu satu hari nanti untuk hidup udara bersih di tanah tercinta ini. Sungguh saya sayang Malaysia.

Sunday 15 May 2011

Bulu sama kaler hitam


Aku tak mahu jadi lain. Aku suka kalau aku seperti orang lain. Waktu 10 tahun, aku menangis bila perlu pakai kaca mata buat kali pertama sebab aku akan jadi berbeza. Aku rela kenyit-kenyitkan mata cuba lihat apa yang cikgu Othman tolak tambah coret atas papan hijau tinggi lebar. Waktu itu juga aku patah tangan. Aku sembunyi tangan aku yang beranduh bawah tudung sebab aku tak mahu orang tahu. Tapi semua terbongkar bila cikgu bukan Othman suruh aku hantar buku ke bilik cikgu-cikgi. Aku cuma mahu jadi seperti orang lain.

Itu cerita dulu. Waktu masih jahil. Waktu masih humming lagu-lagu KRU. Aku bukan cuba sampaikan yang aku mahu jadi berbeza sekarang. Cuma aku terima yang setiap orang tidak mungkin akan jadi sama. Puan Zarimah dan Encik Zuhaimi dah kahwin 22 tahun dan kulit mereka masih cerah dan gelap. Aku terima sekarang yang aku akan sentiasa vibrate bila perlu berada di depan khalayak umum. Aku terima yang aku tak akan kurus sebab aku rasa nasi itu sangat sedap. Begitu. Aku selesa sekarang. Aku harap kamu-kamu pun begitu. Sebab kita-kita istimewa begini.

Kenapa kita perlu jadi macam orang lain?

Tuesday 10 May 2011

Akal lima jengkal


Dulu saya sangat-sangat suka dengar, baca, lihat peristiwa-peristiwa ajaib yang ada jalin kaitnya dengan Islam. Rasa konon-konon istimewa dapat anuti agama ini. Satu hari, bertemu sahabat lama dari sekolah lama. Duduk kedai ayam goreng uncle orang putih pakai kaca mata. Bicara. Berbincang. Berdiskusi. Termengumpat. Kembali bicara. Balik. Banyak yang kami cakapkan. Tapi ada satu ideologi yang buat saya terfikir. Kawan lama saya cakap dan saya quote. Kenapa kita perlu bukti untuk yakin yang Allah itu satu. Islam itu agama pilihan. Nabi Muhammad itu nabi junjungan, pesuruh Allah.

Kenapa kita hanya mahu percaya yang sembahyang itu wajib bila sejadah itu berdiri sendiri?
Kenapa kita hanya mahu membaca Al-Quran bila Al-Quran itu terselamat dari kebakaran yang mega dasyat?
Kenapa kita hanya mahu jejakkan kaki ke Masjid bila tempat itu jadi lencongan kala tsunami itu hari?
Kenapa kita perlu bukti untuk percaya yang memang nyata.

Terlalu selesa hidup dalam dunia yang semuanya perlu ada sebab musabab buat kita jadi lupa yang adakalanya sesuatu terjadi hanya kerana "kun fayakun".

Friday 6 May 2011

Hari geng Puan Zarimah


Terima kasih sebab sudi tahan sakit lahirkan saya. Terima kasih atas bergelen-gelen susu yang saya minum sampai saya jadi lagi tinggi dari pengeluar susu. Terima kasih sikatkan rambut saya. Terima kasih suapkan nestum, dodol, abc, ayam masak lemak. Terima kasih bawa saya pergi optometris. Terima kasih buatkan kad bank. Terima kasih ajar saya membaca. Terima kasih sebab tak garang. Terima kasih sebab sabar layan saya. Terima kasih sebab bagi saya adik, adik, adik dan adik. Terima kasih sebab lahirkan saya di Pok Tuyu. Terima kasih sebab masak best. Teima kasih sebab kahwin dengan Encik Zuhaimi. Terima kasih atas segala.

Kalau esok saya jadi artis melayu pop, bukan Ma yang bersalah. Tapi kalau esok saya jadi manusia sedar diri akhlak tinggi, sungguh semuanya sebab seorang Ma. Ma, saya nampak kedut di hujung mata Ma. Cantik. Sungguh. Satu hari saya pun mahu ada itu juga. Biar jadi ingatan untuk jadi gagah macam Puan Zarimah selepas bergelar ibu.

Selamat Hari Ma khusus untuk Puan Zarimah. Ya, puan yang sedang goreng ikan kembung di dapur. Anak puan cakap dia sayang puan. Sangat.

Thursday 5 May 2011

Tiup lilin 21 batang


Kepada diri sendiri:

Ikut logik akalnya, kamu dah boleh mengundi. Kamu belum tua, tapi kamu semakin hampir jadi tua. Jadi kamu semakin tak muda. Pengulangan di sini untuk kamu sedar yang kamu perlu cuba untuk matang. Matang bukan bermakna cakap bahasa baku. Tapi cakap perkara yang boleh mentrigger otak baku kamu untuk berfikir. Begitulah. Cuba untuk jadi matang bukan bermakna kamu dah tak boleh pakai headphone nyanyi lagu bahasa yang kamu tak faham. Bukan begitu. Aku yakin kamu boleh buat. Puan Zarimah cakap kamu budak atau sekarang kita guna dewasa yang hebat. Percaya itu.

Satu lagi, kamu perlu ingat yang kamu rasa gembira sangat kala kamu umur 21. Sentiasa ingat rasa itu bila kamu tak gembira. Lagipun, kamu tak mungkin akan 'senyum sokmo'. Hidup memang indah begitu.

Akhir kata. Terimalah set kombo ayat cliche'. Selamat hari lahir. Semoga panjang umur, murah rezeki dan bertemu jodoh yang soleh.


p/s: Aku sangka aku akan rasa jijik bila cakap dengan diri sendiri. Tapi tak rupanya.

Kamu itu spesel 2


Jangan terlalu berserah dengan potensi diri yang gagal di dapur. Untuk jadi penolong warden di satu rumahku syurgaku satu hari nanti, kita-kita perlu akan skill menggoreng, merebus, menumis itu. Jika mahu ikat perut Ketua warden supaya sentiasa dekat hatinya dengan tanggungjawab sebagai ayah dan suami, perlu biasakan lidahnya dengan rasa dari dapur kita-kita. Biar tidak cukup garam, asal bukan Ibu Suharti yang masakkan. Juga untuk biasakan anak-anak dengan suam hangat tangan kita-kita. Biar mereka rapat dan mesra dengan kita-kita.

Menumbuk belacan di dapur bukan bermakna kita ini kolot, tunduk kepada tuntutan dunia yang sexist. Tapi tanda kita akur dengan susun atur Yang Maha Esa, membantu Ketua warden jalankan tugas membimbing keluarga. Kita istimewa begitu. Hasil percikan minyak menggoreng Ikan Kembung itu harapnya akan jadi pelancar jalan menuju ke Syurga.

p/s: Saya masih perlu rujuk Puan Zarimah bila mahu bezakan lengkuas dan halia. Jadi, saya harap kamu tak kisah makan lauk padprik setiap hari.

Tak Harus 3


Rasa nak tertendang mereka-mereka yang meludah di khalayak ramai.

Tuesday 3 May 2011

Akal empat jengkal


Pendapat kita tidak mungkin akan jadi sentiasa betul. Capangkan telinga, lebarkan mata. Biar isi dunia tolong sedarkan kita. Dengar rintihan warga yang mahu kita pakai baju tutup pusat, tutup segala. Lihat juihan manusia bila kita satukan 'k-pop' dan 'rostam' dan 'makan budu' dalam satu rangkaian ayat. Sebelum orang-orang kampung kamu-kamu pandai beryoutubing, kembalilah ke pangkal jalan.

Kalau Mas Budi pakai nametag nama John sekalipun, dia tetap nampak macam rupa orang makan bakso. Begitu juga kamu-kamu. Ambil gambar sambil buat bentuk hati di dada sambil senyum senget sambil kenyit mata tak akan jadikan kamu Park Tae-Hwan. Kamu tetap akan jadi Awang.

Sungguh saya tak cakap pasal kamu 24:7. "Chincha". Kamu-kamu mesti faham kan?

Saturday 30 April 2011

8 perkara


Hari itu bermula sangat pagi. Aku gosok baju kurung kaler biru. Aku gosok tudung. Aku saut kemas di tubuh. Gantung kad pelajar. Belek beg lihat isi kotak pensel. Beres. Bertolak. Sampai di situ, sudah ramai pelajar di situ. Ada yang baca nota. Ada yang telan roti. Lepak sekejap, dipanggil masuk. Duduk. Baca doa. Buka penutup pen Faber Castell roller 0.5 s-fine kaler biru. Mula menjawab paper. Tapi, sangat terganggu bila perlu berdepan dengan situasi di bawah:

1. Lecturer perempuan muda baru grad lalu lalang di sebelah sambil sebar bau minyak wangi tiga kilo.

2. Orang sebelah batuk-batuk dari awal exam sampai tiga jam kemudiannya.

3. Budak cemerlang yang siap awal lalu bangun menuju pintu keluar. Aku jadi mahu ilut hantar walau masih tak siap menggoreng.

4. Bunyi kletak-kletuk kasut kulit guard-guard peperiksaan.

5. Makhluk-makhluk meniru di sebelah, depan, belakang tapi tak faham berbisik itu maknanya cakap tak ada volume.

6. Tiba-tiba hidung tangkap bau ayam goreng time perut keroncong bunyi sitar.

7. Geng-geng goyang kaki. Aku jadi ralit lalu lupa nak sambung proses gorengnology.

8. Dewan sejuk beku.


Cuma nak tambah yang ini adalah entri yang ke seratus(100). Mujur angka itu tidak diwakili oleh cerita tentang apa aku makan untuk hari ini.

Tak Harus 2


Rasa nak terjelir lidah bila lihat gadis manis pakai kain kurung atas buku lali.

Pak Tuyu Seksyen 5


Puan Zarimah jarang tak sibuk. Tapi dia berhenti dari isi buku maklumat murid bila Encik Zuhaimi minta segelas nescafe. Encik Zuhaimi pun selalu sibuk. Tapi dia berhenti dari basuh kereta bila Puan Zarimah minta hantarkan ke Pasar Batu Enam beli santan. Ini tolak-ansur.

Akal tiga jengkal


Yang salah akan tetap jadi salah walau didasari oleh sebab musabab yang mungkin nampak logik. Ini tajuk cerita. Nak lebih faham, ini contohnya:

1. Bawa masuk nota intensif dalam dewan sejuk beku waktu final paper tetap salah walau impian untuk berjaya supaya tak hampakan Puan ibu dan Encik bapa.

2. Tak pakai tudung tetap salah walau guna alasan belum bersedia.

3. Comolot depan pavilion tetap salah walau mahu kekalkan hubungan dengan pakwe yang mungkin tak akan jadi laki.

4. Curi roti Gardenia di Kedai Runcit Ali tetap salah walau nak tolong makcik tua minta sedekah tepi bas stop.

5. Tabur fitnah tetap salah walau yang difitnah itu manusia buruk kondisi sahsiah.

6. Makan waktu bulan puasa tetap salah walau niat taknak bazirkan nasi campur lauk ayam percik campur sirap limau semalam.

7. Minta sedekah walau tulang empat kerat masih tak osteoporosis tetap salah walau niat nak galakkan rakyat Malaysia bersedekah.

Ini penutup cerita. Titik.


Tuesday 26 April 2011

Harus 17


Bila buat salah haruslah minta maaf.

Sunday 24 April 2011

Puan Zarimah semakin tak muda


Saya harap esok semua budak darjah satu akan jadi baik. Sopan dan santun. Jangan kacau cikgu-cikgu kamu terutama yang ajar Sains dan Ilmu Hisab kelas 1 Linus SKBR. Saya harap esok harga ikan, ayam, daging, sotong, udang, bawang putih merah besar semua turun. Terutama di Pasar Batu Enam 5 kilometer dari Pak Tuyu. Esok saya harap Achik Zulfadhli tiba-tiba rasa mahu jemur baju. Esok saya harap Alang Zulhairee tak sengaja cukur kening sendiri. Esok saya harap Adik Uzma tak mandi-manda sehingga rumah separa banjir. Esok moga cuaca elok di Pak Tuyu. Sebab saya mahu Puan Zarimah hepi esok. Esok saya mahu Puan Zarimah sambut hari lahir dengan tenang.

Ma, Selamat Hari Lahir. Satu, along hanya mahu Ma hepi. Jadi, jom kita pergi shopping.

Friday 22 April 2011

Kala masih ada gigi susu 2


Umur waktu itu tujuh tahun. Masih jahil lalu dengan bebas tak sarung tudung. Sebab selalu tocang rambut, dapat nama ekor kuda. Sangat tujuh tahun. Mungkin sebab aku pernah habiskan satu tahun sebelumnya di darjah satu, rasa sangat bangga diri. Tiba-tiba jadi penolong kelas. Suara aku nyaring jadi aku buat-buat garang. Satu hari ada sorang budak, biar aku panggil dia Mamat 2 tak ikut jadual bertugas. Jadi aku pun suruh dia pegang penyodok kaler merah. Dia jelir, dia lari-lari sambil laung ekor kuda berulang kali. Oh, aku jadi panas. Aku angkat penyodok kaler merah, aku kejar Mamat 2. Sekelip mata, Mamat 2 berhenti lari. Dua kelip mata, aku pun berhenti. Tiga kelip mata, bucu penyodok kaler merah nyaris butakan mata Mamat 2. Hujung mata Mamat 2 luka agak parah. Darah keluar walau tak banyak. Aku dah nak menangis. Memori aku sampai di situ. Aku kurang ingat apa Mamat 2 buat selepas itu. Tapi yang aku ingat, esoknya ayah Mamat 2 datang ke kelas. Ayah dia polis. Dia cakap nak jumpa aku. Aku memang yakin aku perlu masuk penjara sebab aku lukakan anak polis. Tapi ayah cuma cakap, "Lain kali jangan buat anak pakcik macam tu ye" sambil senyum. Aku angguk. Mamat 2 tengok aku sambil sengih-sengih. Selepas itu, aku jadi kawan Mamat 2 sampai sekarang. Mamat 2 pun pakai kaca mata sekarang. Dia cakap mata dia rabun sebab penyodok kaler merah tu. Aku tahu dia bergurau atau aku sangat harap dia bergurau!

Tak Harus 1


Rasa nak termengumpat mereka-mereka yang sarung kaca mata hitam dalam pusat beli-belah. Kecuali kalau mereka sakit mata.

Thursday 21 April 2011

Empat perkara


Banyak perkara yang kita dalam kurungan aku mungkin akan buat sampai bila-bila.

1. Makan Nasi
Tiada. Saya ulang. Tiada perkara yang dapat ganti empukkan perut macam nasi buat. Walau usus penuh dengan keropok lekor, gardenia punya butterscotch, megi tomyam, masih mahu kunyah nasi untuk lengkapkan proses kehidupan sehari-hari. Lagi satu, perlu makan dengan lima batang jari belah kanan. Sudu campur garfu buat nasi tiba-tiba rasa macam tak empuk.

2. Rindu Pak Tuyu
Mase umo tige belah taung, penoh ah dok asrama puteri sutir skoloh. Ingat ke rumoh sokmo. Dok kire siang malang. Ingat sebab budok-budok agi. Rupenye memang rase gitu sokmo pah besor pong. Lening, kalu kire boleh gi ngundi doh tapi gletak agi rase nok balik. Dok-dok taing pitih dok berape nok ade. Dok pong taing keje skoloh dok siap. Rumoh tu memang akan jadi tempat hok sedak kali pah bile-bile.

3. Tambah ketebalan kaca mata
Tahap rabun tak pernah surut rupanya walau saya sentiasa sedut bau jus lobak campur susu anak Pakcik Samiun minum. Tapi saya tak kisah sebab itu boleh jadi modal untuk tukar bingkai kaca mata.

4. Cium Encik Zuhaimi
Waktu sedang konon-konon nak remaja, tiba-tiba rasa malu nak peluk cium Encik Zuhaimi kat khalayak ramai. Geli dengan misai dia yang kaler hitam putih tu. Tapi bila dah dekat-dekat nak tua ni, rasa menyesal bila bazirkan masa fikir apa orang lain kata sebelum cium bapak kandung. Rasa kesat misai itu kat dahi sangat-sangat menyebakkan jiwa terutama sebelum naik bas Sani RM45.50. Encik Zuhaimi, kamu akan sentiasa jadi 'firstlove' saya.

Tuesday 19 April 2011


Langit sangat merah di shah alam hari ini. Sunyi. Sudah empat bulan Tok pergi.Tanggal pada tarikh 19 ini. Along redha sekarang. Bukan along tak rindu. Al-fatihah.

Harus 16


Alas kaki itu harus selipar jepun. Titik.

Monday 18 April 2011

Kala masih ada gigi susu 1


Umur waktu itu enam tahun. Tapi saya darjah satu. Ini semua sebab Puan Zarimah cikgu. Dia sumbat saya dengan senior-senior umur tujuh tahun. Saya masih teguk susu dari botol kaler pink waktu itu. Saya femes sebab saya anak cikgu. Jadi saya selamat dari jadi mangsa buli. Cuma tak ramai orang yang nak kawan dengan saya sebab saya budak kecik. Kecuali dia. Saya betul-betul mahu ingat nama dia tapi saya lupa. Biar la saya panggil dia Mamat. Mamat kawan rapat saya. Sangat rapat. Ke mana pun kami berdua. Seingat saya Mamat pendek. Dia tinggi sejengkal mungkin kalau bandingkan dengan saya. Kalau saya tak hepi, mesti Mamat buat-buat jadi Power Rangers. Bila dia jerit "bertukar", saya mesti ketawa guling-guling walau saya dah dengar benda yang sama beribu kali. Ada satu hari Puan Zarimah masuk kelas. Dia ajar Sains. Saya asyik main-main buat bising kat belakang. Puan Zarimah geram. Dia tiba-tiba tanya "Ada tak budak dalam kelas ni yang masih minum susu dari botol?". Waktu itu semua orang pandang saya dan gelak. Tapi Mamat tak. Dia lansung tak gelak. Balik rumah hari itu, terus saya buang botol susu kaler pink saya. Mamat sorang yang pendiam bila dia di khalayak ramai. Tapi bila kami berdua, dia sangat bising. Saya ingin tulis panjang-panjang. Sebab saya masih ingat rasa gembira setiap hari sepanjang tahun. Tapi rasa itu kabur. Muka Mamat pun saya dah tak ingat. Tapi banyak memori yang masih saya simpan. Habis tahun itu, saya masuk darjah satu sekali lagi. Tapi kali ini di sekolah lain. Saya terpisah dengan Mamat. Puan Zarimah pun dah pindah sekolah lain. Mamat langsung tak muncul dalam hidup saya lagi. Dah 15 tahun berlalu dan saya masih simpan harap untuk jumpa Mamat sekali lagi. Masih pendekkah dia? Berkumiskah? Sudah berkerintingkah? Mamat, saya harap kamu sekarang budak umur 22 tahun yang sihat!

Wednesday 13 April 2011

Dia tu memang....


Seorang lelaki kurang kacak menyarung baju kaler hijau terang dipadankan dengan seluar kaler merah. Mereka-mereka terus menilai tanpa mengetahui dia sebenarnya buta warna.

Seorang pakcik senget hidungnya. Hencot kakinya. Pakcik itu dilabel cacat oleh mereka-mereka tanpa diketahui hidung itu senget dilibas buku lima sedozen komunis. Kaki itu hencot ditembak ketika cuba pertahan anak bangsa dari jadi mangsa.

Seorang makcik pakai baju kurung lusuh menangis di stesen bas. Mereka-mereka terus menilai makcik sebagai kurang akal tanpa mereka tahu makcik tua baru dibuang anak yang sudah kaya tapi tak pernah cukup duit mahu tanggung makan lima ringgit sehari seorang ibu. Dalam kurungan, anak bodoh.

Seorang jejaka kacak bergaya pandu kereta kaler merah cuba mengorat seorang awek kurang lawa tapi jadi sedikit lawa selepas calit bedak kaler-kaler. Terus awek nilai jejaka kacak seorang bekerjaya tanpa mengetahui jejaka kacak meragut setiap hari Isnin.

Kalaulah kita tidak sekadar melihat di permukaan dan berhenti di situ. Kalaulah kita tidak berhenti di situ. Kalaulah.


Banyak perenggan


Kalau aku perlu conteng belog sekarang, perenggan pertama pasti aku akan isi dengan 'research questions, research design, data analysis, intrumentation'. Malas mahu alih bahasa. Aku yakin kamu-kamu faham sebab kamu-kamu tonton MTV.

Perenggan kedua aku akan karang segala macam bahasa aku kurang faham tapi buat-buat faham lebih kurang di bawah:

PUT RANDOM(10)INTO MEMBER("number_1")
PUT RANDOM(10)INTO MEMBER("number_2")
PUT EMPTY INTO MEMBER("sum")
PUT EMPTY INTO MEMBER("Feedback")

Perenggan ketiga aku mahu syairkan rasa mahu beli tiket bas Sani RM45.50 pukul 8.30 p.m, beli 100 plus, pakai stokin tebal belang-belang, tutup mata lapan jam sebelum nampak tak nampak suria pagi di Pak Tuyu. Syair ini aku tajukkan 'Aku mahu pulang sebab aku dengki tengok orang-orang yang rumah mereka hanya makan masa setengah jam perjalanan pulang waktu minggu belajar'.

Perenggan seterusnya, aku akan isi dengan segala macam doa individu, doa Puan Zarimah, solat-solat hajat sebab aku yakin kalau setakat dengan usaha aku konon-konon buat nota, buat latihan, tanya kawan memang tak cukup untuk aku nak jawab soalan-soalan yang tak pernah sama dengan latihan-latihan yang aku pernah buat.

Yang pasti, sedikit masa lagi aku sudah boleh kembali ukur lebar bilik aku kaler kuning, marathon tidur, isi perut dengan nasi campur lauk yang nampak rupa lauk, pegang 'remote' kotak televisi, peluk Puan Zarimah. Empat bulan akan datang, berat aku pasti naik lagi.

Friday 8 April 2011

Harus 15


Surat khabar itu harus Harian Metro. Dengan RM1.50, saya dapat bahan lucah percuma. Suka.

*perlu dikesan tona sinis dalam entri ini.

Sunday 27 March 2011

Jakunness 2


Kamu memang suka berjambang agaknya. Hey Adam Hassan, kan best kalau kamu betul-betul wujud. Maaf tapi saya lebih suka kalau kamu tak keluar dari kotak televisi.

Aku suka kalau kamu manusia biasa


Aku manusia biasa. Aku sedar akan kemanusiaan aku. Dibuang binti ini, tak berbapalah aku. Aku biasa cuma. Dipatah pengenalan diri, tidak bernegaralah aku. Aku tersangat biasa. Jadi aku tak harap kamu luar biasa. Datang dan cari aku sebagai manusia biasa. Jangan dinyanyi disyair janji Gunung Daik Bercabang Tiga. Kita berdua tahu kamu tak akan mampu. Lebih-lebih lagi kalau kamu kerja kerajaan. Jangan dijanji kasih seribu tahun. Kamu mungkin pergi muda. Lagi-lagi kalau kamu sedut hembus tiub bertar bernikotin bodoh itu. Jangan dijanji aku akan jadi yang pertama sebab aku hanya mahu jadi yang ketiga dalam hidup kamu. Biar yang pertama itu Yang Maha Esa. Kerana dengan itu baru aku yakin kamu sedar kamu manusia biasa. Biar yang kedua itu Puan Ibu, Emak, Ma, Mama. Kerana dengan itu aku yakin kamu akan menghormati aku sebagai Hawa. Aku sudah cukup suka jadi yang ketiga. Aku juga tidak kisah kalau satu hari aku perlu berkongsi tempat itu dengan mereka-mereka yang berbin dan berbintikan kamu. Usah dijanji bahagia dengan harta yang kamu mungkin ada. Malaysia mungkin akan jadi gawat. Harta kamu mungkin akan jadi tiada nilai. Ajar aku untuk bahagia cukup dengan kamu. Jangan dicanang paras fizikal kamu. Perut kamu mungkin jadi buncit. Kulit kamu mungkin bertambah gelap. Ajar aku untuk sayang kamu kerana secebis otot hati kamu. Jangan dibangga dengan machonya kamu. Cukup kalau kamu yakin untuk imamkan aku, azankan anak-anak kamu dan aku. Jangan dijanji setia kalau kamu tak mampu. Cukup untuk aku kalau kamu berusaha untuk setia dan jujur dengan aku. Aku manusia biasa. Aku tak harap lebih.

Wednesday 23 March 2011

Harus 14


Lauk makan malam bila jauh dari Pak Tuyu itu harus ayam masak merah dari gerai makcik ada payung kaler biru depan balai polis seksyen tujuh pusat komersial shah alam malaysia.

Kamu itu spesel 1


Sorang kawan pernah cerita pasal seorang Mat Salleh datang jumpa seorang Sheikh. Mat salleh tanya Sheikh, kenapa wanita muslim tak salam tangan lelaki-lelaki. Sheikh tak jawab lagi tapi dia tanya, kamu pernah salam tangan Queen Elizabeth? Mat Salleh garu-garu kepala terus jawab tak pernah. Hanya orang-orang tertentu sahaja yang dapat salam tangan Puan Queen. Sheikh senyum seraya cakap, wanita-wanita Muslim itu sendiri istimewa seperti Queen. Jadi sebab itu mereka-mereka tak sambut setiap huluran salam lelaki-lelaki sebarangan. Sekarang kita ada dua pilihan. Jadi Puan Queen atau jadi tukang tolong lap peluh Puan Queen.

Monday 21 March 2011

Terhempas


Hormon-hormon bodoh, pergi jauh-jauh. Pergi mastautin kat orang-orang yang penuh rasa sayang. Kau mesti akan menyesal sebab pilih aku. Kau mesti mati dalam masa paling lama aku bagi dua minggu. Aku ulang, pergi! Sekarang bukan masanya lah. Kau datang balik dalam tiga tahun lagi boleh. Lagi satu, tolong pilih yang Puan Zarimah mesti suka. Okey, pergi!

Thursday 17 March 2011

Baliklah dan raba saya lagi


Lepas kamu pergi, ada lapan peraba baru kat rumah ini. Tapi saya tetap ingat kamu sebab kamulah yang pertama suka meraba saya. Ada satu peraba ni betul-betul macam kamu. Gelap. Nakal. Aktif. Tapi dia bukan kamu. Black, kamu ada 8 ekor adik sekarang. Jangan bimbang sebab saya tetap sayang kamu nombor satu. Sebab kamu yang buat saya mula jatuh sayang kat kucing. Saya masih berharap kamu akan pulang satu hari nanti. Saya tunggu.

Monday 14 March 2011

Aku kenyang bila minum teh ais.


Jam 12.35 am
"Baru sumbat 6 tongkol kerepok lekor dalam usus. Kenyang."

Respon: ooooo. Dia kenyang.

Jam 12.37 am
"Kenyang sangat la. Dah tak boleh gerak. Nak rehat jap la. Hukhuk"

Respon: ................................

Jam 12.40 am
"Makan banyak sangat tadi. Perut pun buncit lagi ni. Takde ke orang nak tolong beli ENO? Kalaulah si dia ada.."

Respon: Kenyang lagi???

Jam 12.43 am
"Lain kali jangan makan banyak sangat. Kan dah tak boleh nak tido. Apa2 pun, selamat malam semua"

Respon: Pergi la meneran kalau kenyang!!!!

Jam 1.05 am
"Tak boleh tido. Kenyang sangat kot. Macam mane ek???"

Respon: Takpe, biar aku tidur. zzzzzzzzzzzzz



Bahasa Melayu ini mudah. Tambah bila orang Melayu baca. Lagi mudah. Bila kenyang, cukup dengan buka mulut, sendawa. Tadah tangan raup muka. Ucap syukur. Tak perlu tulis benda sama di dinding. Walau kenyang itu boleh juga kita sinonimkan dengan 'tak lapar', warga pak tuyu cakap sek'eh, dan mungkin banyak lagi bila kita belek kamus dewan, kamu tetap nak cakap yang usus kamu penuh. Bila setiap 'post' kamu sepi tanpa tukang komen dan tukang 'like' maknanya kamu-kamu mungkin terlebih tulis. Cukuplah. Baik kamu-kamu pergi cabut rumput.

Thursday 10 March 2011

Kepok lekor bukus nge surat kabor


Gining cite ye. Aku ni lepah raye cine ari tu, glepor rase nok balik. Tapi pahang-pahang la studeng, pitis dok brape nok ade. Jadi, dok ook ke diri gitu ah. Abis orang doh aku dok kabo aku nok balik. Pah garik, tepong mok. Cakap buleh stengoh jang, bedera air mate. Nusuk bawoh limut takot orang gelor lenje. Hari tu, aku dok koya baru bangung tido, bunyyi la meseh sapa. Aku pong buke ah. Ade orang ajok aku balik kapong nge ye. Aku wak ilek lu. Dokleh mangat ngat. Aku pon dok ingat nok care ke meseh or. Gi kelas, saing aku pong tanye kali agi. Aku dok brape ingat gok ye kabo gane tapi gini ah lebih kurang"Mu eh nok balik dok beno?Bakpe mu dok repelai meseh aku oh?". Aku sengih lu. Wak lolok kiut sket. Aku pong kate "Aku memang nok balik.Aku dok ingat nk balas.Sedak doh aku rase.Boleh makang bepang.Gletak doh aku". Wak pendek cite, ari jumaat ning, aku naik kete vrrrrrroooommmmm atah jalang raye lalu kot tol buleh sedozeng, lepah tu, ku makang nasik kat pok tuyu ah. Aku saje je nok nyohor, aku buleh pelok mok aku esok.

Wednesday 9 March 2011

Harus 13


Jam tangan itu harus diikat di tangan kiri.

Tuesday 8 March 2011

Pesak baju kurung


Mereka memang suka menangis. Kuku patah, menangis. Nasi hangus, menangis. 'Sale 50%' tamat, menangis. Dapat bunga, menangis. Tak dapat bunga, menangis. Tak faham kenapa orang-orang nak cakap mereka lemah sebab mereka suka menangis. Menangis itu bagi mereka macam kentut. Wajib keluar. Ada orang cakap kamu lemah kalau kamu kuat kentut? Takde. Paling kurang, orang bagi muka jijik. Kena ingat, mereka yang suka menangis ni la yang pernah suap nasi hancur kat kita. Yang pernah tak tidur seminggu sebab kita asyik tidur siang. Jadi, daripada kamu kutuk mereka yang lemah ni. Pinjamkan la bahu kamu yang kuat tu untuk mereka. Aku cuma nak ucap SELAMAT HARI WANITA untuk Puan Zarimah, Angah Zulaikha, anak Pakcik Samiun, anak Pakcik Tahar, anak Pakcik Zainul dan untuk semua yang pernah pakai baju kurung.

Dua biji kaler hitam


Kenapa bila aku lihat tonton orang-orang pakai kaca mata hitam besar tutup separuh muka, aku nampak dia macam buta. Padahal, hebat kot. Ikut arus fesyen. Takut kena sinar UV lagi. Aku cuma tak faham kenapa nak tutup satu benda yang buat muka kita berkata-kata tanpa suara. Yang lagi aku tak faham kenapa nak tutup lepas calit pembayang mata kaler biru tebal-tebal. Satu benda yang aku tak akan terpedaya untuk habiskan duit PTPTN aku untuk beli adalah kaca mata hitam. Minta maaf. Saya rabun. Kalau tak ada kamu pun, saya nampak samar-samar je.

Monday 7 March 2011

Harus 12


Lelaki itu harus boleh ketuk dram. Atau petik tali gitar. Tekan-tekan piano tak harus.

Basi


Kalau aku pergi esok, tahan air mata kamu, kesat hingus kamu, senyapkan esakan kamu, bacakan aku surah Yassin. Aku bukan umat terhebat. Lainlah kamu. Walau aku sembahyang, sembahyangku di hujung-hujung. Walau aku puasa, puasaku kurus-kurus. Walau aku mengaji, mengajiku jarang-jarang. Nah, memang aku tak hebat. Kamu yang hebat-hebat ni tolonglah aku. Bukan aku minta banyak. Sedekahkan Yassin je. Kalau aku minta lima puluh ringgit, kamu memanglah tak boleh bagi. Pinjam PTPTN je pun. Aku ni pun tengah berkira-kira apa yang aku nak usung bersama dengan aku. Amal aku? Jariah aku? Tak banyak sangat ni. Kamu yang hebat-hebat ni tolonglah doakan aku. Tak payah panjang-panjang. Cuma ingatlah aku bila kamu-kamu tadah tangan. Tolonglah aku. Aku ni kat dunia pun takut gelap. Nanti, kat bawah sana aku sorang-sorang. Lagilah takut. Alah, kalau setakat nak ingat kesebelasan pemain setiap pasukan bola sepak pun kamu boleh, takkanlah aku yang pernah cakap baju kamu cantik ni kamu tak boleh ingat. Mesti ibu,bapak,adik-adik aku sedih. Ye la, aku pun muda lagi. Aku ingatkan orang-orang tua mesti pergi dulu. Rupanya tak. Aku tak sambut hari lahir aku yang ke 21 pun lagi. Aku baru ingat nak turun mengundi. Tak sempat rupanya. Kamu-kamu yang hebat ni tolonglah cakap yang baik-baik je pasal aku ye. Biasalah orang muda, hidup mesti enjoy. Buat-buat tak nampaklah perangai muda-mudi aku tu. Sebutlah pasal aku bagi baki duit 5 sen kat Giant punya kotak derma. Sebutlah pasal ermmmmmmmm.... Tak banyak rupanya yang kamu boleh sebut. Apa-apa pun, kamu-kamu yang hebat ni tolonglah 'cover line' aku ye. Ye la, kamu masih boleh pergi karaoke lagi. Kamu masih boleh tengok wayang lagi. Kamu-kamu mesti hidup lama kan. Muda lagi. Aku pergi muda ni sebab memang keturunan aku kot. Keturunan kamu-kamu hebat. Hidup sampai cicit 26 orang kan. Jadi, kamu-kamu tolonglah apa yang patut. Tapi, macam mana kalau kamu-kamu yang pergi esok?

Sunday 6 March 2011

Rice-cooker


Sudah makan nasi dua puluh tahun. Tak pernah perut sendawa jemu.
Tak makan nasi dalam tempoh celik mata maksima sepuluh jam. Terus jadi macam penjual jamu.

Monday 28 February 2011

Kelat


Cuba untuk menulis tentang Islam. Tersekat. Termenung. Kelu. Lama. Susah rupanya.

Friday 25 February 2011

Harus 11


Air mineral itu harus spritzer tudung kaler hijau muda terang.

Bulu-bulu kepala


Aku mungkin serkap jarang. Aku mungkin tuduh melulu. Aku mungkin terlalu cepat menilai. Tapi kenapa ya. Kenapa lelaki-lelaki yang sambung mengaji di luar Malaysia memilih gaya rambut yang sangat tiba-tiba. Ini tak termasuk mereka yang sememangnya gemar mengkayakan industri fesyen bulu-bulu kepala. Adakah kerana pertukaran cuaca? Pertukaran bahasa?Pertukaran hormon?Perubahan tak salah tapi janganlah sampai berbulu mata ibu melihat.

Sengih tak nampak gusi


Senyum. Hari-hari aku senyum. Bila lambat hantar assignment, jangan gaduh bagi alasan, senyum. Bila tertumpahkan air milo tabur kat baju kemeja putih brader ala-ala komander, senyum. Bila terhabis guna elaun bulan hadapan, telefon Puan Zarimah guna tiga G, senyum. Itu bukti aku memang suka senyum. Cuma, aku tak senyum bila termenung. Aku kurang senyum dengan orang-orang yang asing bagi ruang selesa aku. Aku kurang senyum bila aku jalan sorang-sorang. Aku tak senyum bila aku perlu berada di khalayak yang ramai. Tapi kalau ada satu senyum memang untuk aku, aku mesti balas senyum. :)

Thursday 24 February 2011

Pak Tuyu Seksyen 4


Encik Zuhaimi orang Kelantan. Tapi dia tinggal di Pak Tuyu. Pak Tuyu itu elok terletak di Terengganu. Jadi, bila balik ke Kelantan dia akan jadi mega hepi. Dia akan basuh kereta setiap hari sambil nyanyi dikir Halim Yazid. Dia tiba-tiba akan senyum setiap saat. Dia akan praktis lenggok bahasa Kelantan yang dia sudah jarang guna. Dia akan jadi Encik Zuhaimi yang gembira. Angah Zulaikha tak berapa suka bila perlu balik ke Kelantan. Tapi, dia senyum sepanjang perjalanan. Dia bangun awal pagi. Dia kemas beg malam sebelumnya. Dia tak pernah buat alasan supaya dia tak perlu balik. Itu tolak ansur.

Wednesday 23 February 2011

Satu nama


Satu nama boleh buat dia jadi diri sendiri. Satu nama boleh buat dia hepi. Satu nama buat dia kenang asal-usul. Satu nama yang dulunya dia sangka nama dia sebelum dia pandai mengeja membaca. Satu nama yang hanya orang-orang rapat yang berani seru. Satu nama yang dia sangat suka. Satu nama yang kemudiannya menbentuk tuan punya nama. Dia jatuh sayang pada semua mereka-mereka yang panggil dia dengan nama itu. Sebelum dia tahu nama dia Zawanie, dia sangka dia bernama Ayeq.

Harus 10


Bau wongi itu harus dari Body Shop Japanese Cherry Blossom Eau de Toilette.

Mujur Puan tak kenal blog


Ponteng kelas untuk siapkan assignment.
Matlamat tak halalkan cara?
Puan Zarimah, matlamat saya besar. Jadinya, kecil-kecilkan pandang bab terponteng tu.

Tuesday 22 February 2011


Esok, aku nak bangun tidur, aku nak sengih lebar-lebar. Senyum biar nampak gigi-gigi. Ketawa kuat-kuat. Esok aku nak hepi. Kalaulah esok dapat hamper.

Monday 21 February 2011

Surat cucu ke 35


Tok, hari jumaat lepas, ma telefon along. Suara ma lemah. Ma demam. Ma tak cakap tapi along tahu ma rindu tok. Ma cakap dia dah kemaskan bilik tok. Sekarang, adikju dah ambil alih bilik tu. Along tak tahu nak cakap apa. Along iakan saja kata-kata ma. Sebelum ma letak telefon, ma cakap yang dia minta along maafkan dia kalau dia ada buat salah. Along dah tak tahan. Air mata along mengalir laju. Ma tak pernah buat salah. Along yang selalu sakitkan hati ma. Hati tok. Tok, along minta maaf sebab dah lama tak buatkan tok kopi. Along ingat lagi tok pernah puji kopi along sedap. Banyak gula. Manis. Along minta maaf bila along tak layan tok bercerita. Kesian tok cakap ngan Uzma yang tak faham apa-apa. Along minta maaf. Along minta maaf bila along alih siaran waktu tok sedang syok tengok P.Ramlee. Along minta maaf bila along marah tok tumpahkan nasi kat dapur. Tok, along minta maaf. Kalaulah along tahu hari itu tok dah nak pergi, along mesti duduk rumah temankan tok. Maafkan along sebab along jawab endah tak endah bila tok tanya ke mana along nak pergi. Kalaulah along tahu, mesti along peluk tok erat-erat. Mesti along cium tok puas-puas. Kalaulah along tahu. Bila tok cakap tok sesak nafas malam tu, along ingatkan tok lelah. Tok kan memang selalu lelah kalau hujan. Tapi kenapa nafas tok makin perlahan. Tok, along takut sangat masa tu. Along pergi panggil ma. Ma panggil Pak Ngah Ali. Along urut kaki tok. Kaki tok sejuk sangat. Along ingat yang ustaz along kata kalau kaki sejuk, maut dah nak tiba. Tapi along sedapkan hati along. Along taknak percaya. Along nak tok terus ada. Along nak tok terus ada. Along nak tok terus ada. Lepas itu, along ajar tok mengucap. Syukur sangat bila tok ikut. Air mata along dah tak berhenti masa tu. Ma cakap jangan menangis. Tapi apa nak buat kalau air mata tu dah nak keluar. Masa tu, along terbayang saat-saat along ngan tok. Banyak sangat benda yang buat along ingat kat tok. Along taknak tok pergi. Along nak tebus dosa along ngan tok.Tapi tok dah tutup mata. Senyap. Along menangis bagai nak gila. Ma datang peluk along. Ma suruh along redha. Along senyap dalam pelukan ma. Tok, along tunggu tok malam tu. Sekejap, along belek kain, tengok muka tok. Bersih sangat. Masa tu pukul 2 pagi. Along tertidur dalam air mata. Pukul 5, ma gerakkan along. Along mandi. Along sambung duduk kat tok. Along taknak tinggalkan tok. Along menangis lagi. Pukul 8 ramai orang datang. Along tunggu kat luar bilik. Along asyik menangis je hari itu. Tok, along tolong mandikan tok. Along urut lembut kulit tok sebab along takut tok sakit. Along nak menangis tapi along tahan. Along nak pastikan tok bersih sungguh-sungguh. Teringat along dulu tok selalu mandikan along. Tapi along nak tolong shampookan rambut tok pun susah. Along minta maaf tok. Tok, bila mereka panggil anak cucu untuk tengok tok buat kali terakhir, kaki along berat sangat nak pergi. Along gagahkan diri. Along tahan air mata. Along cium tok. Selalunya tok senyum lebar bila along cium tok. Tapi hari tu, takde senyum. Along menangis lagi. Along tengok ma. Ma pun menangis. Abah pun sama. Semua orang menangis. Lepas dah selesai semua, along iring tok ke pusara. Along tak nampak apa-apa masa tu. Ma peluk along. Along orang terakhir yang siramkan air ke puasara tok. Along macam nak rebah tapi along tahan. Along gerak lambat-lambat bila nak balik. Balik, along masuk bilik tok. Along peluk bantal tok. Along baring. Along menangis kuat-kuat. Kalaulah along tahu. Tok, along minta maaf. Tok, along nampak tok kat setiap tempat. Tok, along nak sangat dengar suara tok lagi. Along tak kisah kalau tok cerita benda yang sama. Along dah tak kisah. Along sangat-sangat nak tok ada lagi. Kalaulah along tahu. Along akan cakap yang along sayang tok. Banyak sangat. Walau along selalu marah tok, tapi along sayang tok sangat. Along minta maaf sebab tak jadi cucu terbaik untuk tok. Along matikan jam along kat jam 2. Sebab waktu tu la tok pergi tinggalkan along. Along nak ingat waktu tu sampai bila-bila. Along janji akan jadi anak yang baik lepas ni. Kesian ma kalau along terus buat hal. Along harap tok bahagia di sana. Along akan sentiasa doakan tok. Al-fatihah.

Friday 18 February 2011

Jakunness


Saya cuma nak cakap yang saya ulang tayang cerita Adnan Sempit sepuluh kali lepas pukul 6 petang tadi. Terima kasih sebab lagi hensem di luar skrin panggung.

Tuesday 15 February 2011

Harus 9


Cokelat itu harus M&M's Minis milk chocolate.

Pak Tuyu seksyen 3


Puan Zarimah balik kerja pukul 2. Dia bersihkan tubuh. Dia rehat. Dia masak kalau dia sihat. Kalau tak, dia beli lauk. Dia masak nasi. Lepas itu, dia tunggu. Tunggu Encik Zuhaimi balik pukul 6.30. Encik Zuhaimi rehat. Encik Zuhaimi mandi. Pukul 8, mereka mesti makan malam. Sambil makan, Puan Zarimah akan cerita pasal anak murid dia yang suka tidur dalam kelas. Anak murid dia kentut dalam kelas. Anak murid dia menangis mahu ikut mak balik. Bagaimana anak murid tahun satu sekarang dah ada telefon bimbit sorang satu. Semua tu Puan Zarimah cerita setiap kali mereka makan malam. Encik Zuhaimi dah dengar cerita yang sama 22 tahun. Tapi, dia gelak besar setiap kali Puan Zarimah cerita. Ini tolak-ansur.

Monday 14 February 2011

Kamu, dengar sini.


Hey kamu.
Saya takut pandu kereta. Jadi kamu harus tahu pusing stereng, tukar gear.
Saya takut gelap. Jadi kamu harus sentiasa ada lampu suluh mudah guna.
Saya takut kilat. Kamu harus perlu peka dengan cuaca.
Saya benci air buah. Kamu jangan sesekali paksa saya minum.
Saya suka makan tapi malas bersenam. Jangan sesekali suruh saya minum jus Dr. Rozmey.
Saya tak suka tempat ramai orang. Jangan paksa saya jumpa kawan-kawan kamu.
Saya suka mamat Korea. Kamu jangan sesekali buat-buat minat. Itu hobi saya, bukan kamu.
Saya suka tidur. Jangan kacau saya bila saya tidur.
Saya tak makan ikan. Kamu makan sorang-sorang.
Saya kurang minat kartoon. Jangan sibuk suruh saya tengok 'penyiasat konan'.
Saya tak suka mee. Tukar selera kamu ke kuey tieow.
Saya sangat suka tomyam. Saya harap kamu pun suka.
Saya suka tengok orang bersukan. Kamu harus paling kurang boleh sepak bola.
Saya suka Eclipse mints blackcurrant. Ia harus sentiasa ada dalam poket kamu.
Saya wajib minum teh ais setiap hari. Tolong ambil perhatian.
Saya tak suka lelaki rambut panjang. Tolong potong setiap 2 bulan.
Saya memang penakut. Kamu wajib jadi berani.
Saya suka kek keju. Jangan bungkuskan saya kek coklat.
Saya benci kasut tumit tinggi. Kamu harus cakap saya cantik bila sarung selipar jepun.
Saya suka daisi. Jangan bagi saya bunga mawar.
Saya memang suka menangis. Kamu harus ada stok tisu berkotak-kotak.
Saya tak suka naik kereta laju-laju. Kamu pandu bawah 80 km/j cukup.
Saya tak suka orang botak. Jangan sesekali cukur kepala kamu.
Saya suka kaler purple. Tapi kamu mesti selalu pakai kaler putih.
Saya tak cantik. Saya tak harap kamu hensem.
Saya benci bila lelaki bermake-up. Kamu jangan sesekali berbedak berkrim.
Saya suka 'shoping tingkap'. Kamu mesti sanggup luang kurang-kurang empat jam belek-belek kain baju kat sepuluh kedai.
Saya sangat benci rokok. Kamu janganlah sedut hembus tiub bodoh tu.

Saya memang banyak songeh. Kamu kena sabar. Kamu kena terima.
Saya pun akan cuba terima kamu.
Saya harap kita jumpa bila kita sama-sama sedia.
Sebelum kita jumpa ni, jaga diri kamu!

Hati rabun


Gadis itu memang senang jatuh suka. Dia konon ada gambar pasport dalam kepala bila mahu cari calon untuk jatuh suka. Mesti sarung kaca mata bingkai kaler hitam. Tapi esoknya, dia suka tengok brader jual air tebu yang pakai kanta lekap. Kulit mesti kaler coklat campur putih. Tapi lusanya, dia suka kat bakal kawan kaler putih pucat yang sedang tunggu bas rapid. Mesti tinggi. Tapi tulatnya dia suka kat mamat pendek main sepak takraw. Gadis itu memang senang jatuh suka. Tapi rasa suka tu tak pernah kekal lama. Sebab itu gadis itu tak percaya cinta pandang pertama. Sebab dia memang senang jatuh suka.

Harus 8


Lelaki itu mungkin harus kidal.

Pak Tuyu seksyen 2


Encik Zuhaimi tak suka makan ayam. Ayam kampung, ayam bandar semua dia tolak tepi. Tapi Angah Zulaikha hanya makan lauk ayam. Bila Angah Zulaikha balik dari sekolah teknologi mara, Encik Zuhaimi tiba-tiba makan ayam. Peha, kepak, dada ayam semua licin Encik Zuhaimi telan. Ini tolak ansur.

Akal dua jengkal


Bersosial tidak salah tapi bila ujian kehamilan itu satu prosedur wajib tiap kali remaja sakit perut, ada yang tidak kena mungkin dengan cara remaja kita bersosial. Jangan terlalu menerima. Jangan terlalu cepat redha dengan satu situasi walau ia salah. Saya cuma mahu encik/puan doktor ada sedikit rasa serba salah apabila kamu-kamu cadangkan ujian mungkin ada bayi kepada mereka yang jelas statusnya belum berkahwin. Saya cuma nak cakap yang bukan semua orang akan buang bayi.

Wednesday 9 February 2011

Puan Zarimah yang sibuk.


Puan Zarimah bukan surirumah. Dia cikgu. Dia sudah pegang kapur 24 tahun. Dia juga isteri Encik Zuhaimi. Dia buat kopi sudah 21 tahun. Dia juga ibu lima warga Pak Tuyu. Dia tukar kira-kira 10 kargo lampin pakai wajib buang. Jadi, dia memang sibuk. Tapi dia tak pernah lupa gosok baju seluar Encik Zuhaimi. Tak pernah lelah coret-coret papan hitam hijau. Tak pernah lupa apa 5 warga Pak Tuyu suka. Aku konon sibuk. Bangun tidur, tidur lagi. Hadap kotak-kotak teknologi. Makan makanan bawah tudung saji. Sebab sibuk itu agaknya aku susah nak tolong Puan Zarimah lipat baju kain. Sebab itu juga aku selalu mahu tutup mata dalam kelas. Tapi sebab Puan Zarimah sangat hebat, aku mesti jadi hebat juga 5 tahun lagi. Hebat itu mungkin ada dalam baka bukan?

Sunday 6 February 2011

Saya seorang procrastinator.


Otak kiri mahu lintas ke kanan. Otak kanan sibuk kemas barang atas lori mahu pindah ke kiri. Otak depan cuma mahu tidur. Otak belakang sudah isi permohonan berhenti kerja. Kalaulah saya guna masa yang dulunya ada sebaiknya, mungkin otak saya tak kusut bersimpang siur macam hari ini. Mungkin juga sampai hari esok.

Saturday 5 February 2011

Harus 7


Nombor plat mobil empat roda harus 7005.

Pak Tuyu Seksyen 1


Puan Zarimah kurang gemar kain kurung corak jalur-jalur. Dia suka bunga-bunga. Satu hari, Encik Zuhaimi bagi dia satu hadiah. Dia buka, kain jalur-jalur. Dia senyum. Cakap terima kasih. Lepas siap jahit, hiperbolanya dia pakai baju jalur-jalur setiap hari. Itu jadi baju paling dia suka. Itu tolak-ansur.

Wednesday 2 February 2011

Ini mungkin cerita tentang kotak.


Hari ini nak buat kerja sekolah. Memang banyak. Kena buat sekarang. Buka penutup pen, buka buku, buka kaki meja lipat. Lima minit kemudian. Menghadap kotak televisi, tonton semua saluran. Atas peha riba kotak laptop, konon bersosial. Tangan kanan genggam kotak telefon, taip 'haha' 'huhu' 'lol' campur ikon muka emosi. Penutup pen sudah kemas tutup. Buku sudah kemas di rak. Kaki meja sudah kemas terlipat. Bukan salah saya. Salahkan semua kotak-kotak. Kotak-kotak itu yang buat kotak fikiran saya terpesong. Ini saya rasa godaan manusia konon celik teknologi.

Tuesday 1 February 2011

Harus 6


Roti itu harus resipi Uncle Slocumm. Mungkin juga perlu sedikit Nutella.

Monday 31 January 2011

Songeh kamu


Manusia, kamu banyak songeh. Bila kemarau pingin hujan. Bila tengkujuh pinta terik. Hidup penuh rungutan, alasan. Cuba kamu belajar terima keadaan. Kalau panas petik suis kipas. Kalau sejuk tarik selimut. Begitu lebih senang, bukan?

Sunday 30 January 2011

Akal sejengkal


Mereka cakap anak muda zaman sekarang makan perlu disuap. Minum perlu straw. Tidur perlu ditepuk. Mandi perlu disabun. Aku anak muda. Aku hidup zaman sekarang. Konklusi: aku anak muda zaman sekarang. Tapi aku makan pakai tangan aku. Aku minum terus dari cawan. Aku mandi gosok sabun sendiri. Aku tidur tepat jam dua tak perlu diulik. Kawan aku pun begitu. Kawan kepada kawan aku pun begitu. Aku cuma nak tanya. Mereka cakap pasal anak muda mana? Keliru.

Thursday 27 January 2011

Harus 5


Lelaki itu harus sentiasa pakai t-shirt putih campur kain pelikat.

Dok pahang sudoh


Dup dak,dup dak. Jangtung bunyi. Koho dop sedak doh rase. Hati gelepor suke'an. Bukang dop penoh wak kije nih. Tapi tiap kali dop soh kalu dop rase gini. Lambat la pulop jarung jang gerok. Betat dekpong. Dop sabo doh nih. Dok bayang doh saingbok Kapong Pok Tuyu. Dop sabo doh nok makang bepang, nganang, kepok sberang takir, air tepeng hok mok wak. Gletak doh rase nok peluk mok ayoh. Lambat weh rase. Hok pasti, cakak ganu gok hok sedak kali. Esok dakyoh doh la kabo nok "air teh ais satu". Wi "tepeng se" lalu. Suke ngat rase gini. Bukang nde. Nok kabo kite nok balik kapong esok. Tu je.

Tuesday 25 January 2011

Pak Tuyu


Kamu mungkin kata tempat itu biasa. Tiada pusat shopping besar. Cuma ada Kedai Runcit Hajah Som. Tiada KFC apatah lagi PIZZA HUT. Cuma ada Kedai Makan Pak Wei. Tiada LRT Komuter. Cuma ada van sekolah kaler kuning. Tiada Kondominium tingkat 34. Cuma ada rumah batu kayu tersusun terlapis. Tiada kilang maha besar. Cuma ada Pengusaha Ikan Kering Pak Ali. Tapi di situ ada Puan Zarimah. Ada Encik Zuhaimi. Ada ahli waris. Ada bilik saya kaler kuning. Ada bau pantai. Ada memori. Ada bahagia. Ada segala yang saya suka. Tempat itu mungkin biasa bagi kamu. Tidak bagi saya. Kampung Pak Tuyu. Tanah kamu beraroma nostalgia.

Sunday 23 January 2011

Harus 4


Aiskrim itu harus berbau berperasa vanilla.

Saturday 22 January 2011

Kisah sorang budak


Satu hari. Sorang budak bangun tidur terus mandi. Air sejuk cuci seluruh daki. Sambil mandi, rewind mimpi. Pakai baju konon ranggi. Tengok ke luar berseri-seri. Ingatkan baru pukul 6 pagi. Rupanya matahari sudah tinggi. Budak terus makan tengah hari.

Sendiri. Satu ruang untuk muhasabah diri. Atau terus sambung mimpi. Ini dilema. Besar!

Thursday 20 January 2011

Harus 3


Air itu harus teh ais. Ais itu pula harus mega banyak.

Wednesday 19 January 2011

encik Sepsis


Saya pernah umur sepuluh tahun. Saya masih anak sulung waktu itu. Saya ada angah Zulaikha, achik Zulfadhli. Puan Zarimah sedang kendong alang Zulhairee waktu itu. Besar perut Puan Zarimah walau dia masih slim tika itu. Saya nakal. Saya suka buat Puan Zarimah sakit hati. Paling saya benci bila Puan Zarimah bandingkan saya dengan angah Zulaikha. Dia budak baik. Dengar kata. Saya selalu rasa Puan Zarimah tak sayangkan saya. Encik Zuhaimi sibuk manjakan achik Zulfadhli. Mereka masuk kelab lelaki. Saya dengki angah Zulaikha tambah achik Zulfadhli. Satu hari, saya demam. Biasa. Masalah antibodi kata puan doktor. Ambil ubat terus balik rumah. Selepas seminggu masih tak kebah. Kaki mula sakit. Peha berdenyut-denyut. Encik Zuhaimi mula risau. Puan Zarimah sudah bising. Saya pura-pura tak sakit sebab saya benci klinit,ubat,doktor. Tapi hari itu saya bangun pagi, saya tak boleh gerakkan kaki saya. Cuba lagi. Masih tak boleh. Terus menangis. Encik Zuhaimi kendong saya masuk kereta pecut ke klinik. Sampai klinik. Puan doktor terus bagi surat suruh ke hospital. Puan Zarimah dah menangis. Saya tak menangis. Saya cuma bisu. Sampai hospital. Buat semua yang encik doktor pelatih suruh. Masuk wad. Waktu ini, saya sangat malu dengan diri. Bukan encik, puan, angah, achik yang tak sayangkan saya. Saya yang tak hargai mereka. Encik Zuhaimi tidur dalam kereta seminggu sebab saya. Dia makan nasi bungkus seminggu sebab saya. Dia tak dapat perhatian sayang (Puan Zarimah) dia seminggu sebab saya. Dia tersengguk-sengguk mengantuk sebab saya. Puan Zarimah tidur atas lantai sejuk sebab saya. Puan Zarimah lupa dia mengandung sebab saya. Puan Zarimah menangis setiap malam sebab saya. Puan Zarimah letih sebab saya. Angah Zulaikha picit saya. Angah Zulaikha biar Puan Zarimah temankan saya. Angah Zulaikha datang ke rumah sakit setiap hari sebab saya. Achik Zulfadhli bawa patung Otromen dia bagi saya. Achik Zulfadhli tak merengek walau Encik Zuhaimi tak hiraukan dia. Apa yang saya buat? Saya hanya baring atas tilam cadar putih sambil arah orang lain buat itu-ini. Mereka sayangkan saya. Saya yakin itu. Kerana virus Sepsis itu mata saya celik. Saya bertuah sebab punya mereka. Sekarang saya mahu mereka bangga punya saya. Saya sayang keluarga saya. Saya sayang mereka bukan kerana ikatan darah yang kami kongsi. Tapi kerana mereka ada tika saya tak punya sesiapa.


Monday 17 January 2011

Gleek


Kau bukan karakter utama. Kau muncul jarang-jarang. Mata kau tidak bulat. Suara kau bukan yang terhebat. Kau sudah punya Tina. Tapi apa kudrat, aku sudah cop kau. Mike Chang, aku senang tatap kau dalam Glee.

Harus 2


Bingkai kaca mata itu harus kaler hitam.

Sunday 16 January 2011

Katup Celik


Saya lihat kiri, kuning. Kosong. Keras. Sejuk konkrit. Saya pandang kanan. Temu mata anak pakcik Samiun. Saya toleh belakang, silau. Angin sepoi sepah. Jendela terbuka. Kain jendela joget kanan kiri. Saya tengok depan. Luas. Nampak anak pakcik Zainul. Cantik. Manis. Tutup mata. Gelap. Sendiri. Tapi masih nampak kiri kanan belakang depan. Kerana ini kebiasaan saya. Kebiasaan memberi saya rasa selamat. Saya masih boleh celik walau mata saya katup. Saya suka itu. Saya mahu kenal setiap bau, warna, rasa sekitar saya. Mungkin itu sebab saya terus setia sarung kaca mata walau kanta lekap kaler pink nampak sangat cantik.

Perut jemu


Saya mahu makan selain barang sejuk beku. Sudah terlalu jemu menghadap ayam goreng berempah Mexico. Saya kepingin ayam masak tomyam. Ada kuah. Ada kobis. Ada lobak. Ada tomato. Ada rasa. Mungkin sebab itu Puan Zarimah sibuk suruh saya belajar masak. Supaya saya tidak perlu bantuan encik kicap manis bin adabi untuk bantu lancarkan proses mamahan saya.

Saturday 15 January 2011

Petang Sabtu


Sunyi. Golek kiri depan belakang kanan.

Sambung tidur.

Friday 14 January 2011

Saya mahu muda


Muda itu riang. Bangun pagi, celik mata, minum milo. Puan Zarimah gorengkan telur. Ambil kicap manis, tuang. Hitam. Puan Zarimah tolong carik-carikkan. Ambil garfu, makan. Mandi. Puan Zarimah tolong shampookan. Siap. Puan Zarimah tolong lapkan. Puan Zarimah taburkan talkum Johnson n Johnson. Wangi. Putih. Puan Zarimah pakaikan skirt campur baju kaler merah jambu. Puan Zarimah sikatkan rambut. Siap. Tiarap depan televisi. Waaa, Usop Sontorian. Waaa, Siti Sifir. Waaa, Joe Jambul. Waaa, Anak-anak Sidek. Ketawa. Gelak. Lapar. Puan Zarimah bagi makan. Bahagia. Eh, Puan Zarimah nak keluar. Dia pakai kasut tumit tinggi lah. Saya pun nak pakai. Dia pakai gincu kaler merah lah. Saya pun nak leset. Dia sandang beg tangan lah. Saya pun nak. Saya nak jadi dewasa lah. Lambatnya saya nak jadi macam Puan Zarimah. Cepatlah dewasa!!

Dewasa itu...............saya mahu kembali muda. Riang itu ada tapi tak sama. Iri lihat orang muda lompat-lompat lari-lari. Cuba buat. Amik posisi. Lari. Tak sama. Tak riang. Cuma rasa bodoh. Ini rupanya dewasa. Kalaulah saya tahu, saya mahu jadi muda lama-lama.

Tuesday 11 January 2011

Harus 1


Lelaki itu harus ada sedikit Zahiril Adzim *sila ke meja kaunter GOOGLE untuk maklumat lanjut*

Saturday 8 January 2011

Rasa itu belum pergi


Kenapa hari itu semua benda yang saya lakukan, saya rasa sayu. Bukan saya tak pernah tengok dia tidur. Bukan saya tak pernah mandikan dia. Bukan saya tak pernah pakaikan dia baju. Bukan saya tak pernah cium dia. Tapi kenapa hari itu, semuanya yang saya buat, saya rasa tak cukup. Saya mahu terus buat. Terus buat. Saya kenal dia 20 tahun. Saya ada banyak masa untuk buat semua itu. Tapi saya boleh kira guna sebelah tangan berapa kali saya buat. Kenapa bila saya buat semua itu untuk kali terakhir, saya mahu peluang untuk buat lagi. Tapi sudah terlambat. Dia sudah tidur untuk selama-lamanya. Dia sudah dimandikan. Dia sudah dikafankan. Saya cium dahinya. Saya tengok dia. Cecair mata mahu mengalir. Saya tahan. Saya cium lagi. Kali ini untuk yang terakhir kali. Saya iring dia ke pusara. Saat itu, semua nampak kelam. Gelap. Hati minda saya kosong. Rasa itu saya luahkan dengan cecair mata. Saya peluk Puan Zarimah. Saya peluk Encik Zuhaimi. Tapi saya rindu nak peluk Nenek Selamah. Sayangnya, saya sudah tidak boleh rasa hangat peluk dia. Sudah tidak boleh tatap senyum gelak dia. Sudah tak boleh dengar bicara senandung dia. Saya rindu. Sungguh. Al-Fatihah.

Friday 7 January 2011

Selimut putih


Hari ini sejuk. Saya tarik selimut. Kaler putih. Tapi kurang putih. Saya belek kondisi fabrik. Sudah lusuh. Sudah lama selimut ini memanaskan saya. Sudah 7 tahun. Ya, saya guna selimut yang sama sejak 7 tahun lepas. Selimut ini bersama saya dari hari pertama saya tidur makan menetap di asrama. Waktu itu umur saya 13 tahun. Saya benci asrama. Tapi Encik Zuhaimi bertegas mahu saya keluar dari rumah. Jadi, selimut ini bagi saya satu simbol. Simbol saya perlu berdikari. Kalau dikenang zaman saya 13 tahun, saya tidak pernah tidak 'rumahsakit'. Bukan sedikit cecair mata saya jatuh kala malam bila saya pasti semua ahli bilik sudah tidur. Tiada Puan Zarimah untuk kesat cecair mata saya. Selimut ini saya guna untuk tekup muka sambil serap cecair mata saya. Saya rasa selesa dengan selimut ini. Jadi hari ini, saya tengok selimut ini dan saya rasa gagah. Sudah banyak liter cecair mata saya tumpah, tapi saya masih di sini. Betullah apa Puan Zarimah kata, menangis itu bukan tanda kita lemah. Tapi tanda kita kuat untuk mengaku yang kita punya limit dan kita perlu bantuan. Yang pasti, saya harap cuaca akan terus begini.

Cecair sempurna


Saya rebus air. Tunggu 5 minit. Asap keluar, bunyi siren. Air sudah panas. Saya ambil gelas. Saya tuang susu pekat manis F&N. Berhenti. Saya angkat gelas. Ukur inci susu. Mungkin belum cukup. Saya tuang susu lagi. Berhenti. Cukup mungkin. Saya ambil satu uncang. Saya letak dalam gelas. Biar dia bertindih dengan susu. Saya tuang air panas. Mereka mandi bersama. Saya ambil sudu. Saya kacau kiri, kanan, depan, belakang. Saya sisip sedikit. Wah, manis. Saya tambah air putih. Saya tambah ais. Kemudian saya ambil gelas ke meja makan. Sambil makan nasi, saya teguk air teh ais. Rasa lengkap. Memang teh ais itu cecair paling sempurna. Yang pasti, suatu hari saya mahu untuk ada ladang teh.