Thursday 27 December 2012

Post pentingkan diri


Usus mungkin sama panjang tapi tabiat makan lain-lain. 

Bubur nasi tambah ikan bilis goreng dengan cili boh memang nampak sangat biasa, tapi yang buat dia jadi spesel adalah bila arwah nenek buatkan bubur ni hari-hari untuk cucu dia yang demam dan tak pergi sekolah. 

Jarang sangat orang tak suka air oren sebab dia macam masam-masam sedap gitu. Tapi, lepas separuh mati termuntah lepas minum sunqist, lansung saya dah tak boleh minum/makan/bau benda-benda yang macam oren atau lime. Walau mungkin punca kejadian adalah sebab saya demam yang agak teruk, tapi peristiwa tu akan selamanya dikaitkan dengan air oren. Maaf sunqist.

Lepas dah tercekik tulang ikan waktu time buka puasa satu ketika, sampai sekarang saya tak makan ikan. Tapi dengan gediknya masih makan keropok lekor. Asal jangan nampak ikan dalam bentuk ikan. Produk dari isi ikan boleh je telan.

Makan nasi putih dengan ayam goreng berkuahkan mayonis thousand island walau ada aluk lain atas meja sebab dia adalah sedap. Dan, itu adalah hidangan ruji bila waktu bergelar student di sas alang. Bila time kerja rumah tak siap, tak sempat nak potong kobis pun nak buat kobis masak kicap. Yang sempatnya hanya gabungan makanan ini.


***
Seronok juga boleh cerita pasal diri sendiri.

Bab 3


Kalau nak makan sotong atau udang atau ikan celup tepung kat Pantai Teluk Ketapang, ada sebiji kedai kaler kuning yang memang sedap. Kedai dia takde nama, dia macam dihujung perjalanan sikit. Sos pencicah dia adalah sangat marbeles. Dan jangan terpedaya dengan keadaan kedai yang kerusi tak berlapik kusyen, serius dia punya seafood celup tepung is worth trying.

***
Untuk hasil lebih umphhh, datanglah petang-petang sikit. Time angin pantai bertiup sedang-sedang. 

p/s: Jangan lupa instagram dulu sebelum makan.

Wednesday 26 December 2012

Modal keluar VS Untung masuk.


Adik nak pergi beli tudung sekolah. Kaler pink muda. Ikut sekali sebab hajatnya nak minta mak belanja KFC. Mak ajak pergi makan dulu. Ayuh kita, parking, order, makan. Kenyang sendawa Alhamdulillah. Pergi cari tudung adik. Tudung nak belinya, tiga helai je tapi pusing seluruh dunia. Ayam dalam perut pun dah habis terhadam. Balik rumah, dah lapar balik. Goreng ayam perap kunyit makan dengan nasi. 

***
Jangan nampak yang sedap je. Pikir semua. 

p/s : Baik tak payah keluar. Jimat deodorant. 


Sunday 9 December 2012

Usaha Taqwa Mulia selamanya.


Kepada yuaitiem,

Assalamualaikum. Saya bekas budak Asasi TESL Kuantan. Saya umur lapan belas bila pertama kali saya jejak kaki di Jengka untuk minggu orientasi. Bukan, saya taknak complaint kenapa saya perlu pergi ke Jengka untuk orientasi sedangkan saya akan berpangkalan di Kuantan. Saya tak kisah walaupun semua selok-belok jalan yang abang dan kakak fasilitator suruh hapal tak akan ada gunanya untuk saya selepas seminggu. Saya juga tak kisah bila saya kena packing banyak kali. Tak, serius semua tu benda remeh-temeh. Okay, saya sambung cerita. Bila dah sampai Kuantan, saya spend lagi tiga hari untuk additional orientasi untuk memudahkan kehidupan saya di Kuantan. Saya terima itu. Saya juga tak kisah bila senior-senior yang ada kat situ semuanya bebudak Asasi Law sebab diorang punya duration adalah setahun setengah sementara senior-senior saya dah grad. Saya tak ada masalah dengan itu. Selepas itu, bermulalah hidup saya sebagai seorang pelajar. Macam orang lain juga, saya kena baca buku, saya kena jawab test, saya ada final, kena buat presentation. Cumanya usia pengajian adalah setahun. Tapi, saya pun makan megi guna air kat water cooler. Saya pun kena berkejaran naik bas. Saya pun berjaga malam nak siapkan assignment (okay, mungkin part berjaga malam ni adalah untuk buat benda lain). Sama saja apa yang budak asasi buat dengan budak-budak lain. Jadi, disini bermulanya apa yang saya betul-betul nak cakap. Kenapa? Kenapa tak ada Hari Konvokesyen untuk kami? Oh kenapa? Saya pun nak pakai jubah besar yang saiz S macam saiz XXL. Saya pun nak pening kepala fikir nak pakai tudung macam mana bila kena pakai mortar board. Saya pun nak orang bagi bunga. Saya pun nak pakai heels yang hanya dipakai sangatlah jarang kalinya. Janganlah dipandang usia setahun tu sebagai alasan untuk memperlekehkan usaha kami. Harapnya, satu hari nanti, akan adalah satu hari di mana budak-budak asasi dapat bagi mak ayah surat jemputan nak tengok anak-anak mereka naik atas pentas.

Sekian,
Budak yang nak konvo sekali lagi sebab hari konvokesyen adalah sangat best.


***
Serius cakap, hari konvo sangat best untuk student. Untuk mak bapak dengan famili yang datang mungkin tak akan jadi best sangat. Yelah, mereka kena menunggu. Bila dah grad ni, rasa terkilan juga sebab kalau budak yang dari diploma, mereka dah rasa dua kali hari bahagia ni. Tak boleh berhenti senyum kot hari tu. Sengih sampai ke cuping sentiasa.

Akhir kata I survived yuaitiem. 


Wednesday 21 November 2012

Jauh dari rumah, tengok teater Hasmah


1. Eja adalah sangat seswai untuk berlakon teater. Bila kamera tak pokus kat bulu mata dia, ternyata dia adalah retis yang boleh berlakon. Dan rambut gulung-gulung buat dia nampak sangat Hasmah. 

2. Lisa seperti biasa adalah sangat cute. Sebutan rrrrrrr dia adalah sangat ketara. Tapi, penonton semua bagus. Tak ada yang point out benda tu DURING persembahan. 

3. Esma Daniel. Tak pernah perasan yang dia boleh berlakon. Dia lakonkan Che Det dengan jayanya. Dan dia adalah sangat riang ria even waktu sign otograp.

4. Ada satu scene bila Che Det nak umumkan persaraan dia dari persana politik, scene yang sepatutnya serius jadi kelakar sebab watak-watak sampingan. Ada Rafidah Aziz dengan skrip "why, Mahathir, why" dia. Ada Shahrizat. Ada Pak Lah. Watak-watak ini adalah sangat menyerupai figura asal dan penonton gelak sakan pada babak sepatutnya serius ini. 

5. Nek Jah pun ada. Dia jadi kakak Hasmah. 

6. Kalau ikut teater ni, Che Det adalah sangat suwit. 

7. Teater ni berjaya kot sampaikan pengorbanan senyap-senyap Hasmah yang sentiasa di belakang Che Det, menyokong perjuangannya.

8. Hasmah itu sendiri, adalah seorang individu yang hebat. Dia tak berdiri hanya atas nama bini perdana menteri. 

9. Che Det dan Hasmah masing-masing dah punya cita-cita besar sejak mereka muda. Teater ni buat aku dan kekawan mempersoalkan keadaan hidup kami untuk waktu sekarang. sekejap cuma, tapi. Lepas dah pekena roti canai kat Kedai Mamak A.Ali, perut kenyang, tidur, bangun pagi esok, kami start buang masa dengan berhemah lagi.

10. Ada beberapa saat, aku tertidur.

11. Umie Aida pun ada. Dia pegang kotak derma untuk Gaza dan merayap di perkarangan Panggung Sari selepas persembahan.


***
Berbaloi pun kalau nak pergi tonton teater kat Malaysia. Ada je yang sedap. 

Alang-alang ke Sas alang jumpa kawan-kawan, terheret pulak kaki ke Istana Budaya. 

Saturday 3 November 2012

Jemputan kahwin di musim cuti sekolah.


Manusia fitrahnya berkehendak. Tak mahu cakap pasal orang lain, saya akan fokus kat diri sendiri. Dedulu, masa kecik-kecik, saya menggelepur minta Abah belikan basikal tayar tiga kaler sebab ia adalah satu benda yang sangat 'in' pada waktu itu. Macam fixie kalau dibandingkan zaman sekarang. Lama-kelamaan, rasa letih kayuh basikal ke sekolah, akhirnya naik kerta Abah juga. Basikal dah sorok bawah tangga.

Kemudian, tiba pula zaman nak berhenfon. Memang dengki tengok sahabat-sahabat start form 1 pun dah ada henfon. Abah sangat tegas dalam hal ini, lepas SPM baru saya boleh rasa henfon pertama  saya. Tapi, lepas dah dapat, henfon dicampak merata pun. Tak adalah guna sangat pun.

Banyak lagi benda yang saya rasa saya perlukan sangat-sangat yang rupanya kalau tak ada tak apa pun. Sebab tu kita kena percaya yang hanya Allah itu sebaik-baik perancang. Sebab, sebagai manusia yang sangat limited pengetahuannya ni, kita akan merancang sesuatu mengikut kesukaan kita pada waktu itu, dan kita mungkin tak terfikir kebaikan/keburukan perancangan kita itu untuk jangka masa yang mendatang.

Jadi, belajar untuk bersyukur. Jangan terlalu memandang apa yang orang lain ada. Lihat apa yang kita ada dan bersyukur dengan segala kurniaan. Jangan pandang orang yang makan nasi beriyani bila kita makan nasi putih lauk telur mata, cuba lihat mereka yang tak boleh makan sesuap nasi pun. Sentiasa bersyukur, ingat itu.

***
Ramai mereka yang sudah mahu kahwin. Rasa gembira untuk mereka, tapi ada sedikit rasa dengki juga. Namun, Puan Ma bilang, jangan ditangisi rezeki orang lain, senyum untuk mereka. Jadi, kembali muhasabah diri dan sedar yang jika diteliti, diri ini masih belum sedia untuk jaga orang lain. Perlu jaga diri sendiri dengan betul dulu. Apa susah kan, Allah tahu :)

Thursday 25 October 2012

Selamat Hari Raya Aidil Adha


Esok, ma dengan abah ada sembelih lembu. Lembu tu pakcik-tak-tahu-apa-nama-dia hantar dengan lori petang tadi. Lembu itu adalah sangat hitam dan sangat garang. Beliau dah tak makan walaupun disua rumput segar dengan cara berhemah. Saya mungkin faham perasaan dia. Yelah, esok dia dah nak kena kreeeettt (Cakap dengan pitch tinggi sambil buat aksi heret tangan kat leher sendiri). Macam tu juga saya rasa bila nak test kereta, setiap kali nak kena present, bila kena goreng ayam, bila ada cicak dalam toilet, bila kilat sabung-menyabung. Takut yang sama mungkin kami berdua rasa.

Esok hari raya. Selamat Hari Raya Aidil Adha.

***
Logik itu penting. Kadang-kadang, tak cukup kepala nak garu dengan tindakan sesetengah manusia. Contoh mudah, cerita keling di hari raya. Pemandu belok kiri kanan tak bagi signal. Orang pakai kaca mata hitam dalam supermarket di siang hari dengan ribuan nyalaan lampu. Orang yang suka buat ulasan filem sewaktu SEDANG menontong wayang. Orang suka potong line satu barisan. Banyak lagi tapi rasanya yang paling tak logik ialah orang yang tak suka minum teh ais, ini adalah sangat tidak logik.

p/s: Ini contoh post yang kurang ciri logik, tapi ada perkataan lembu, agaknya masuk lah tu dengan tema Raya Aidil Adha.


Saturday 6 October 2012

Saya belia calon dapat BR1M 2.0


Bila kita dah tak pasti apa yang kita nak, kita akan ada tendency untuk stop trying. Kita akan rasa sangat gembira stay kat satu tahap, di rumah mak bapak contohnya. Bangun pagi, nasi lemak telur mata dah tersedia ada kat bawah tudung saji, lepas tu goyang kaki atas sofa depan telivisi, tengah hari tunggu mak pulang bawa balik nasi bungkus, petang bersidai kat luar telan angin, malamnya pula, makan lagi dan diakhiri dengan tidur yang amat lena. Dan cycle ni akan berulang sampai lah tiba-tiba seluar dan tak mampu tampung lemak kat peha dan pipi dah macam bulan mengambang. Dan, tiba-tiba semua benda yang kita buat serba tak kena. Kita dah bingung. Tak tahu nak bergerak ke kiri atau ke kanan. At last, kita tersekat kat tengah-tengah. Makin lama, makin dalam lubang yang kaki kita kais, buat kita lagi tersekat.

***
Dulu, masa masih seorang student, tak sabar nak khatam segala. Tapi, bila dah betul-betul tak jadi student, ada rasa insecure pulak. Minggu pertama, memang hepi. Minggu kedua kurang sikit. Sekarang, bila dah dua bulan, hepi dah tak ada. Takut pulak yang banyaknya. 


p/s: Patutlah ramai yang menganggur. Best rupanya hidup tak buat apa-apa.

Saturday 22 September 2012

Bab 2


Keropok lekor bukan hanya santapan untuk petang-petang. Bila-bila masa pun boleh makan keropok lekor. Makan dengan nasi goreng. Makan dengan mee goreg. Makan yang rebus. Makan yang goreng. Makan ciacah dengan sos. Makan terus tak cicah sos. Makan dengan air teh. Makan dengan coca cola. Makan dengan aiskrim.

p/s: Bukan Losong saja yang jual keropok lekor. Terengganu ni luas. Cuba try keropok lekor Bukit Tok Beng. Awesome sangat!

Don't judge a adik by its rambut belah tengah


Adik saya umur tiga belas tahun. Tingkatan satu. Nampak sangat budak. Pakai seluar atas pusat. Rambut belah tengah. Memang hardcore punya skima. Tapi dia cakap sesuatu yang buat saya respek  dia tahap maksima. Satu hari, sedang saya belek surat khabar ada gambar prempuan cantik ramai-ramai. Saya tanya dia, siapa lagi cantik, Along ke perempuan ni? Dia jawab,

"Semua orang cantik. Allah tak kan cipta hamba Dia huduh".

Saya senyap sebab masa tu memang rasa kagum yang menebal sangat untuk dia. Oh adik saya yang awesome, memang genes kita jauh berbeza nampaknya. Hahahaha. Ketawa nak sedapkan hati.

***
Nak belajar ni tak semestinya dalam buku atau dalam kelas. Kat mana-mana pun boleh belajar. Depan laptop sedang main Jojo's Fashion Show pun boleh kalau kita buka minda kita. Terima kasih Adha. Kamu memang hebat.

p/s: Saya selalu bimbangkan dia sebab dia sangat skima. Tapi, sekarang saya dah kurang bimbangnya sebab luar dia mungkin kurang komersial value nya, tapi dalaman dia Insyaallah gagah. 

Friday 7 September 2012

Bab 1

Kami-kami lagi suka tampal stiker ni kat kereta dari bendera kami. Kalau jumpa kereta plat WGH pun kat lebuhraya, bila nampak stiker ni, kami tahu yang driver tu geng-geng IC tengahnya nombor 11.


Ini bukan cerita pasal singa dan kerbau


Sang Singa mengaum di atas singgahsana selepas dia dilantik menjadi raja rimba. Itik, memerang, sawa, kodok dan segala haiwan sebenarnya agak lega kerana akhirnya mereka akan ada tempat untuk dituju apabila mereka ada sedikit kemushkilan. Sang Singa pula memang tidak segan nak bagi penyelesaian bila ada yang datang minta kurangkan kegelisahan.

Satu hari, datanglah kerbau kepada Sang Singa. Dialog seperti di bawah:

Kerbau: Sang Singa, aku mahu diet sebab aku mahu kahwin bulan depan. Menurut pandangan kamu, apa yang aku patut buat dengan pengambilan makanan aku.

Sang Singa: Tahniah kerbau. Tapi aku rasa yang kau tak patut makan sayur-sayuran. Aku sarankan kau start makan steak well done pulak selepas ni. Macam aku, tough dan hebat sepanjang masa.

Kerbau: Baiklah Sang Singa. Terima kasih.

Masalahnya di sini, Sang Singa tak pernah tahu apa yang sayur-sayuran buat kepada tubuh badan sebab dia tak makan sayur. Jadi, ya mungkin nasihat yang diberi bagus, tetapi Sang Singa hanya buat-buat pandai. Tetapi bagi kerbau yang pandang tinggi akan Sang Singa, dia kan ikut nasihat Sang Singa bulat-bulat. Begitu cerita Siri Alam Rimba tamat.

***

Berhati-hati dengan apa yang kita tulis sebab mungkin ada orang yang base segala decision yang dia buat atas penulisan kita. Jangan terlalu berani nak tulis Kehidupan Selepas Berumahtangga contohnya bila kita hanya baru sebulan kahwin. Sebab segala fakta yang cuba kita tulis akan jadi tak lebih dari sebuah fiction.


p/s: Kalau saya nak tulis buku, saya akan tulis Cara untuk deal dengan mak membebel tanpa perlu jadi anak derhaka.

Saturday 1 September 2012

Anak cikgu


Saya rasa, cikgu kat Malaysia ni ramai. Kat mana-mana pergi mesti ada cikgu. Kalau tak mak ayah cikgu, adik abang kakak cikgu. Kalau tak juga, kawan-kawan cikgu. Kalau tak juga, jiran-jiran cikgu. Mesti kita kenal sorang dua cikgu selain dari cikgu yang pernah mengajar kita.

Sebab apa kita kena ramai cikgu. Sebab makin ramai orang suka beranak. Makin ramai la student. Jadi, cikgu kena la ramai.

Sebab apa cikgu itu adalah manusia awesome? Sebab mak saya cikgu.

Kerja mak saya atas kertas : Pergi sekolah pukul tujuh balik pukul tiga.

Kerja yang mak saya buat:

Pukul enam pagi, bangun .

Sebelum pukul tujuh dah sampai sekolah sebab nanti ada perhimpunan pagi.

Pukul tujuh dua puluh minit sampai pukul tiga, perah anak tekak ajar budak-budak supaya jadi bijak pandai yang harapnya tak lupa diri lepas dah kerja besar-besar.

Hari Selasa, mak saya stay kat sekolah sebab petangnya ada latihan bola jaring. Paling hebat pun, dapat air sirap. Takde OT.

Hari Rabu, stay lagi kat sekolah sebab petangnya ada perjumpaan kokurikulum pulak.

Setiap minggu, mesti ada meeting. Macam-macam sebab meeting ni.

Mak saya jaga koperasi. Saya ulang, jaga. Maksudnya, duit untung masuk akaun sekolah. Segala hasil jual pensil tekan kat koperasi, mak saya tak usik sebab sekolah hanya bagi amanah untuk tolong gerakkan koperasi. Dan untuk bolehkan koperasi bergerak, setiap hari Sabtu, mak saya akan pergi beli barang kat Mydin. Pergi sendiri. Abah yang drive sebab ma tak tahu drive. Abah tak pernah merungut.

Adakalanya, mak saya jadi AJK hadiah bila ada majlis kat sekolah. Hadiah kena pergi beli sendiri. Bawa balik kat rumah, minta tolong anak-anak bungkuskan. Ya, bukan setakat tolong isi markah murid-murid je, anak-anak mak saya pun tolong buat macam-macam lagi. Baru sekarang merungut, selama ni gembira aje main bungkus-bungkus tupperware.

Setahun sekali. Adakalanya dua kali setahun akan ada perkhemahan perdana. Mak saya kena join. In fact, semua cikgu akan ada hari bertugas masing-masing. Kalau tak bertugas pun, duduk kat rumah bimbangkan student lagi-lagi kalau tiba-tiba hujan.

Setiap kali sebelum anak-anak murid dia nak ambik exam, mak saya akan doakan anak-anak murid dia semoga berjaya. Dia halalkan segala ilmu yang dia beri. Doa untuk murid sama panjang dengan doa untuk anak-anak dia.

***

Ya, mak saya cikgu. Cikgu bagi saya tetap hebat walau mak saya bukan salah seorang. Tapi, sebab mak saya cikgu, saya lebih tahu apa yang seorang cikgu buat sepanjang tahun. Orang luar hanya akan nampak, cikgu cuti banyaaaak. Yang mereka tak tahu, cikgu tu sepenuh masa. Macam kerja mak-mak. Mana mungkin mak-mak lupa anak-anak dia walau sekejap.

Mak saya dah buktikan kenapa saya perlu hormat cikgu.


p/s: Ada sekeping layang-layang dengan talinya. Kita namakan dia Katie. Katie ni special. Dia ditakdirkan dapat terbang tinggi. Jadi, Katie ni gembira. Semakin tinggi dia terbang semakin dia rasa macam hebat. Dia ejek burung-burung yang kena turun ke tanah juga sekali sekala nak cari cacing buat alas perut. Dia ejek awan yang kadang-kadang perut berat bawak air hujan. Dia ejek semua orang sebab dia boleh terbang tinggi. Jadi, satu hari, dengan angkuhnya dia mahu terbang sendiri. Dia putuskan ekor dia dengan tali sebab dia rasa tali halang dia untuk terbang lagi tinggi. Tapi, yang Katie tak tahu, sebab tali lah dia boleh terbang. Sebab tali yang banyak menyokong di bawah. Sebab tali yang ada di belakang menyokong Katie. Sebab tali lah, Katie boleh ke bulan. Jadinya, jatuh lah Katie ke tanah. Menyesal pun dah tak ada faedah.


Kisah saya dengan ular dengan kambing Part 2


Cerita bersambung.


Ya. Ular sawa tu boleh lepaskan diri. Laju dia mengengsot masuk dalam semak samun. Saya waktu tu trauma tengok hujung ekor ular meliuk-meliuk. Lepas dah kurang rasa kagum, semua orang baru teringat pasal kambing yang kegelisahan tadi.

Memang kambing tu terlepas dari perut sawa tapi kalau dah namanya ajal, kambing itu pergi juga. Mati terbaring. Pak Ngah Ali kebumikan kambing. Selepas peristiwa itu, kurang sikit kami-kami main tembak-tembak polis lawan pencuri. Banyaknya kami main masak-masak.

Seminggu selepas itu, saya macam dah hilang sikit rasa takut terhadap semak samun, Pak Ngah Ali ajak saya dan sepupu-sepupu buat aktiviti mingguan kami. Masuk hutan. Dulu, sebelum UMT teroka tanah, ada anak sungai dalam hutan tu. Dan bila kita merentas sungai, akan ada tanah lapang. Kat tanah lapang tu, ada pokok rambutan. Tak tahu siapa yang tanam sebab memang jarang untuk manusia pergi kat kawasan itu kecuali kami-kami yang suka main dengan tanah ni.

Hari itu, seperti biasa. Sebelum masuk hutan, Ma suruh tanggalkan rantai emas yang saya pakai sebab saya dah pernah hilangkan gelang kaki bila balik dari menebas hutan. Berjalan dalam barisan saya dan sepupu-sepupu. Pak Ngah Ali di depan. Macam biasa tapi yang saya tak tahu, saya akan alami satu lagi pengalaman yang sangat rare yang akan buat saya ingat hari itu sampai bila-bila.

Ingat lagi pasal ular sawa semalam? Ya, hari itu kami jumpa sarang ular sawa itu dan ular sawa tu dah mati. Mungkin sebab kempunan nak makan daging kambing. Mungkin juga sebab sedih dah jadi ular sawa kurang upaya selepas hilang sedikit ekor digigit Pak Ngah Ali.

Tapi sayangnya, itu bukan zaman kanak-kanak asyik pegang henfon kat tangan. DSLR pun orang tak tahu lagi masa tu. Jadinya, semua peristiwa hanya ada kat dalam memori. Tiada bukti bergambar yang boleh ditunjuk kat anak cucu satu hari nanti.

Sungguh, saya sayang zaman kanak-kanak saya. Sebab memang Ma dengan Abah benarkan saya untuk jadi kanak-kanak sepuas hati saya. Saya buat banyak benda yang buat saya rasa tak ada rasa menyesal bila saya dah dewasa sikit ni. Tapi, sayangnya semua benda yang saya buat tu benda yang budak lelaki buat sebab sepupu-sepupu saya ramainya yang lelaki. Jadilah saya gadis perkasa yang tak boleh nak kawal ketawa.


***
Kalaulah saya banyakkan main masak-masak dari main 'bola katok', mesti saya tak kekok pegang sudip kat dapur hari ini. Haishhh.


p/s: Pak Ngah Ali dah arwah pun sekarang.

p/s lagi: Pak Ngah Ali banyak ajar saya macam mana nak hidup.

p/s lagi: Setiap kali kalu saya nak balik ke universiti, Pak Ngah Ali akan usap kepala saya sambil doakan yang baik-baik untuk anak sedara dia ni.


Friday 31 August 2012

Kisah saya dengan ular dengan kambing Part 1


Tahun nya 1999 mungkin. Masa tu UMT orang masih panggil KUSTEM lagi. Masa tu, banyak lagi semak belukar tak diteroka. Saya dengan sepupu-sepupu masih boleh main tembak-tembak kat dalam tanah simpan KUSTEM. Belukar yang saya cakap ni, memang belukar tahap hutan punya. Yang kalau kita sesat, kita boleh survive dengan minum air sungai, makan rambutan kaler kuning yang merimbun.

Nak ceritanya betapa bestnya zaman kanak-kanak saya, saya kena mulakan dengan bapa saudara saya, Pak Ngah Ali bela kambing. Jadi adakalanya kambing-kambing ni akan merayap sampai ke dalam pagar KUSTEM sebab banyak pohon-pohon hijau kat dalam sana yang boleh buat spesis kambing gembira.

Satu hari, seekor kambing tak pulang-pulang. Pak Ngah Ali dah bimbang. Ke mana pula perginya, bisik hati Pak Ngah Ali. Dan, melangkahlah Pak Ngah Ali ke sempadan KUSTEM. Terintai-intai. Tercari-cari. Tiba-tiba, terdengar teriakan kambing. Embek... embeeekkkk

Hanya suara saja yang dengar. Kambing itu memang kita tak akan nampak sebab dia ada dalam perut ular sawa. Literally! Ular sawa tu membusung sebab memang dia telan kambing tu in one bite. Takde nak cut to small pieces dulu.

Riuh la satu kampung. Ular sawa makan kambing. Saya waktu tu first time tengok kambing dalam perut ular. Dan kambing masih mengembek. Ular sawa tu dah digari. Sepuluh orang pegang ular sawa. Sepuluh orang tu ada bapa saudara saya, ada bapa saudara sabit, ada sepupu-sepupu, ada saudara bau-bau bacang.

Nak pendek cerita, ular sawa luahkan balik kambing yang nyawa-nyawa ikan. Tapi masih mengembek. Dan ular tu pulak menggelupur nak lepaskan diri. Entah macam mana, Pak Ngah Ali yang pegang hujung ekor ular tu, gigit ekor ular sampai putus sikit. Ular tu terlepas.....


Bersambung. Mak suruh jemur baju.

Tiga jeritan


Hari ini tiga puluh satu ogos. Hari ini hari merdeka. Jadi, macam nak cakap pasal pengorbanan.

Saya mungkin tak faham sangat apa itu pengorbanan. Yelah. Saya ni budak-budak lagi. Mana pernah tentang mata komunis dalam belukar waktu sedang gali ubi kayu nak buat rebus makan cicah dengan kelapa parut. Mana tahu erti kehilangan suami, anak, abang, adik yang angkat senapang berjuang di sempadan. Itu, kata mereka-mereka yang dah berusia pada budak yang hanya tahu bersorak Malaysia Boleh bila Chong Wei kat final Olimpik macam saya ni. Tak patriotik kamu ni, kata mereka lagi.

Ya pakcik. Saya tak pernah angkat senapang. Ya makcik. Saya tak pernah jumpa komunis. Ya pakcik makcik. Saya mungkin tak patriotik.

Saya tak tahu pasal pengorbanan. Yang saya tahu, saya hargai jasa mak saya tak tidur malam dodoikan saya bila saya masuk hospital. Yang saya tahu, saya berterima kasih kat ayah saya yang ke hulu ke hilir cari nafkah besarkan saya.

Ya, mungkin lambat lagi untuk saya betul-betul hargai apa yang negara ni dah beri pada saya. Tapi, saya nak bermula dengan benda yang paling dekat dengan saya. Biar saya belajar untuk hargai mak ayah saya untuk hari ini. Mana tahu tiga puluh satu ogos tahun depan, saya akan belajar hargai kampung saya pula. Tahun depannya, negeri saya. Dan, insyaallah, satu hari saya akan betul-betul sayang akan negara saya yang terchenta ini.



***
Mungkin saya belum sepenuhnya cinta, tapi mana mungkin saya tak hargai negara yang bolehkan saya minum tepeng makan tomyam setiap hari. Betul kata orang, nak tambat hati kena lalu ikut perut. Jadi, Malaysia, terima kasih sebab ada makanan sedap.


p/s: Merdeka. Merdeka. Merdeka.


Thursday 30 August 2012

Pakai baju biru main bola sepak.


Perenggan pengenalan. Cerita di buka dengan Selamat Hari Raya dan Selamat menyambut Hari Merdeka.


Sebab dah habis belajar, saya duduk di rumah. Menganyam mimpi untuk berjaya. Ya, berfikir bagaimana mahu bahagiakan ibu bapa. Masih lagi berfikir. Tapi itulah sajalah yang dibuat. Berfikir. Bertindaknya, belum lagi setakat ini. Jadi, masa lapang memang menimbung kala ini.

Satu hari, sebab bosan, saya belek-belek list drama korea baru untuk tonton apabila tak bersembang dengan Ma. Terserempaklah saya dengan 'Reply Me, 1997'. Tak ada pelakon maha femes macam Hero Winter Sonata atau Hero Autumn in My Heart. Cuma ada Abang Seo In Guk kita.

Cerita pasal cinta, obviously. Ini drama korea. Genre bunuh-bunuh pun harus ada elemen cinta selit kat mana-mana scenes. Cerita ni dia ulang-alik tahun sekarang dengan tahun 1997. Cerita pasal kenangan. Cerita pasal dua orang kawan baik yang memang dari kecil bersama. Cerita pasal cinta pertama. Cerita pasal cinta nombor dua. Cerita pasal cinta anak dan ayah. Cerita pasal cinta bini kepada laki. Cerita pasal cinta adik kepada abang. Cerita ni pun belum habis, jadi cuma nak recommend tengok cerita ni. Sebab cerita ni memang hensem tahap ayah saya lah!


Lepas tengok cerita ni, saya pun macam terimbau kat crush mula-mula sekali. Macam kebanyakkan orang rasanya, umur sebelas saya ada suka kat satu lelaki. Kawan satu sekolah. Kawan sedarjah. Dia tinggi untuk laki-laki sebaya dia. Dia pengawas tahu. Pakai baju biru. Nampak osem kat mata saya. Dia main bola sepak. Saya main bola jaring. Gitu.

Tapi itulah, dah namanya pun crush, memang takat puja dalam hati je lah. Yelah, dengan kaca mata bentuk hexagon kaler purple metallic tu, stokin sebelah kaler kelabu, sebelah kaler putih, naik basikal tayar belang tiga kaler, memang tak pernah terfikir la pasal ai-lap-yu-yu-lap-ai ni. Nama pun budak-budak. Suka sebab dia nampak macam paling hebat kat sekolah je. Takdelah sampai teringat-ingat bila sedang tonton Power Rangers pun.

Memori. Ya, semua tu satu memori. Memori yang saya dah tak malu nak cerita. Kalau dulu, mahu tercabut rantai basikal siapa-siapa yang pecahkan rahsia ni. Tapi, sekarang, saya dah boleh gelak bila orang sebut pasal ni. Sebab, dah sepuluh tahun pun.

Ermm, macam tak boleh nak tutup aje cerita hari ini.

Jadi, saya akhiri dengan apa yang selalu Ma saya pesan.
"Doksoh la ngorat-ngorat. Sapa masa, Ma bui hok hebak skali ke along".


***
Mahu cakap pasal perlunya hargai moments yang ada sekarang sebelum dia jadi memori. Tapi, tak tahu kenapa terbuka cerita pasal budak pengawas segala. Maaf.

p/s: Saya sayang Ma.

p/s lagi: Maaf juga sebab ter quote pesanan yang tak berkaitan dari Ma saya. Bila berada di rumah, memang akan sentiasa ter quote mak sendiri.

Wednesday 15 August 2012

Ketupat Pak Tuyu


Dah agak lama arwah pergi. Tapi aku masih tak boleh berhenti dari menulis pasal arwah. Mungkin sebab ada rasa terkilan yang aku tahu tak akan aku mampu tebus sampai bila-bila. Lebih-lebih lagi bila nak raya ni. Sangat-sangat terasa hilangnya arwah.

Arwah buat ketupat paling sedap dalam dunia. Ketupat arwah besar-besar. Makan satu pagi, boleh kenyang sampai tengah hari kalau ikut perut aku. Dengan tangan yang tak berapa gagah tu, arwah punya ketupat tetap kemas.

Arwah yang ajar aku pergi tarawikh. Dulu, masa kecil-kecil, aku tinggal dengan arwah. Dia selalu heret aku ke surau dua puluh langkah perjalanan dari rumah untuk tarawikh. Dan, walaupun separuh dari masa di surau aku habiskan dengan main teng-teng senyap-senyap dengan jiran sekampung, tapi sebab arwah, tarawikh itu jadi kebiasaan, bukan kesusahan.

Baju raya arwah selalunya baju kurung kedah. Seingat aku, aku tak pernah nampak arwah berbaju kurung. Memang baju kurung kedah dengan kain batik. Pernah juga, dulu-dulu kami berbaju sedondon. Baju kaler pink bintik-bintik hitam.

Arwah tak letak duit raya dalam angpau. Dia bagi duit raya kat semua cucu-cucu tak kira yang tua yang muda yang dah berbini yang belum bersuami. Semua yang bersalam dengan arwah akan dapat duit raya. Dan kalau nasib baik akan dapat duit raya dua kali. Sebab arwah sedikit nyanyuk.

Setiap kali raya, arwah akan cakap "Tahun depang dok tau la jupe ke dok lagi raya". Setiap tahun, arwah akan cakap begitu. Setiap tahun tak pernah lupa. Setiap tahun. Sampailah satu tahun, ia jadi kali terakhir arwah cakap begitu.

Memang manusia hanya akan sedar yang dia ada sesuatu yang berharga bila sesuatu itu dah tak ada. Lumrah. Tapi, tolonglah. Tolong hargai mereka yang ada di sisi.

Hargai ibu biar dia suka bebel tak henti-henti. Hargai ayah biar dia adakalanya sangat garang. Hargai adik biar mereka suka pinjam baju kita tapi tak cakap. Hargai kakak biar mereka suka suruh kita buat air milo. Hargai abang biar mereka suka pau duit kita. Hargai mak bapak saudara biar mereka suka tanya bila kita nak kahwin.



Hargai nenek biar adakalanya dia suka cerita kisah yang sama berulang kali. Sebab, bila mereka dah tak ada, baru kita tahu. Yang kita sebenarnya rindu dengan semua benda yang kita rasa annoying tu.


***
Tak lama lagi dah nak raya.
Al-Fatihah.

Monday 13 August 2012

Top sepuluh English Series


10. House

Bukan cerita pasal tukang buat rumah. Tapi cerita pasal seorang incik doktor nama Gregory House. Incik doktor adalah sangat rude dan sinis. Tapi, dia sangat cemerlang dalam profession dia. Series ni berkisar kat kes-kes yang berlainan setiap episode. Jadi, boleh bajet-bajet nak jadi doktor. Walau last sentuh buku Sains masa form 5, tapi dengan series ni tiba-tiba macam tau banyak juga pasal kisah kat dalam hospital. Series ni dah tamat pun. Lapan season semua. So, bai-bai House.

9. The Vampire Diaries

Harus mengaku, tonton series ini adalah sebab Damon. Itu saja sebabnya.

8. Glee

Cerita pasal budak-budak agak loser masuk dalam glee club dan cuba untuk jadi kurang loser. Lebih kurang begitulah skrip kasarnya. Lagu-lagu pun macam boleh cover kalau jalan cerita kurang sedap sikit.

7. Suits

Cerita pasal peguam. Dua hero yang sangat awesome. Bromance antara mereka adalah moments yang sangat dinanti. Dan mereka buat lelaki pakai suits tak nampak skima selepas Barney Stinson.

6. Bones

Cerita main siasat-siasat. Pastu, dia ada Booth dengan Brennan. Mereka sangat macam suka satu sama lain tapi tak bersama juga. Tapi, season last tu dorang dah get together pun. Ada baby lagi.

5. Gossip Girl

Ya. Memang cerita ni macam geli-geli sikit. Tapi dia ada Chuck dengan Blair. Dan Chuck itu real life nya dia British. Oh my, dia punya accent. Kalah accent orang terengganung hok berahi makang ikang ai tell yu.

4. Castle

Series ni ada Richard Alexander Castle dengan Kate. Castle ni penulis buku. kate ni polis. Castle ni dia tolong Kate selesaikan kes sambil-sambil dia cari idea nak tulis buku dia yang diinspirasikan oleh personaliti Kate. Dorang sangat complete bila berdua. Castle adalah sangat tadika dan kate adalah sangat tingkatan tiga. Scene paling best, scene Castle bagi kopi kat Kate setiap pagi. Nampak macam biasa tapi, dia buat benda yang sama for four years. Castle adalah sangat sweet.

3. Greek

Series ni adalah awesome sebab dia ada Cappie. Cappie ni memang target paling senang untuk kita bodohkan sebab dia sangat tak nak bergerak ke depan. Dia suka sangat dengan fraternity dia Kappa Tau Gamma sampai dia taknak grad. Tapi, Cappie is more than that. Dia sangat deep tapi dia tak tunjuk. Dia cinta kat Casey and cinta dia tu buat dia berubah akhirnya. Banyak benda yang Cappie cakap buat series ni lagi awesome.

You and I came here once freshman year for snacks. You're buying all this food and I was wondering if you got high when I wasn't looking. And when I asked you about it, you said "I want to stock the fridge in your room" because you know I was lazy about going to the cafeteria and you didn't want me to go hungry. And you're at the register, paying, and you tucked your hair behind your ear, looked back at me and just,, smiled. Casey, this is where I first realized that I loved you and I've loved you every day since.

You can always go back to your soulmate, that's what make them a soulmate.

As for finding the one...if it's meant to be eventually it will be.

Dan juga, series ni ada Beaver. Beaver adalah karakter kelakar yang sangat cute. Tipu sangat kalau tak jatuh suka kat Beaver.

2. How I Met Your Mother.

Series ni adalah sangat pelik sebab ramai orang lagi suka watak tambahan instead of watak utama iaitu, Ted. Barney lagi popular sebab dia adalah sangat legen waitforit dary. Cerita pasal Ted yang bercerita kat anak-anak dia pasal macam mana dia jumpa isteri dia.

1. New Girl

Jess adalah watak yang sangat ada identiti. Dia sangat unik. Baru season satu, tapi sangat suka series ni. Dan saya juga harap yang Jess akan end up dengan Nick.

Wednesday 25 July 2012

Baik guna motorsikal buat ke masjid.


Pertama kali saya dengar perkataan 'ragut' waktu saya darjah satu mungkin. Terjumpa dalam buku bahasa melayu cerita pasal lembu Pak Abu me'ragut' rumput. Selepas itu, arwah nenek pula membela kambing. Setiap petang akan kedengaran teriakan nenek, " Ayeq, pergi bawa kambing meragut rumput kat tepi kedai runcit Ah Beng". Begitu. Sinonim sungguh 'ragut' itu dengan binatang berkaki empat yang boleh dibuat korban.


Nah, kamu yang suka meragut. Faham ke tidak mesejnya di sini.



***
Janganlah meragut. Baik guna kudrat yang ada buat jual air tebu. Rezeki halal. Allah sayang:)

Buat baik VS Mengungkit


"Saya bukan nak cakap saya baik tapi tulah, saya tak pernah tak tolong kalau sape-sape minta tolong. Tak sampai hati nak tolak kalau dah orang minta tolong. Yelah, kita ni pun bukan nye baik sangat. Kalau tak hulur duit masuk tabung masjid lepas sembahyang Jumaat, bila lagi kita nak ada peluang bagi sedekah, ye dak? Anak-anak pun cakap, jangan terlampau pemurah sangat. Tapi, nak buat macam mana, rezeki ni saya rasa patut kita kongsi. Itulah, rasa gembira boleh tolong orang lain ni".



Orang baik tak akan cakap dia baik. Itu saja.

#RamadhanReflection

Saturday 21 July 2012

Bila masuk kandang kambing, silalah mengembek.


Manusia, sifatnya semulajadi pandai accomodate. Mungkin ada yang akan kata:

Dialog satu " Saya memang susah nak sesuaikan diri kat tempat baru. Lidah saya memang tak boleh terima makanan selain yang mak saya masak".

Ya. Tapi, akhirnya yang berkata itu akan boleh makan nasi campur Kedai Mak Ani juga. Boleh hidup tanpa makan sotong masak merah yang mak dia masak juga. Hidupnya seperti sedia kala juga. Accomodate.

Dialog dua " Saya tak suka kuning. Kuning buat peha saya nampak besar".

Ya. Tapi, bila kaler mustard tiba-tiba jadi trend. Semua benda nak guna kaler mustard. Beg, skirt, baju, tudung. Tiba-tiba, yang berkata dengan senang hati kumpul koleksi baju kain yang berkaler mustard. Kalau tanya Nenek Eton di kampung, mustard dengan kuning itu tak ada beza pun. Accomodate.

Dialog tiga " Aku tak boleh hidup tanpa dia. Apa aku nak buat ni. Aku ingatkan dia la separuh tulang rusuk aku (ayat makwe yang konon nak bercinta islamik lepas tengok pilem 7 petala cinta dalam panggung wayang pegang tangan pakwe duduk kat couple seat kepala sandar kat bahu)".

Ya. Tapi, satu hari pergi BTN, jumpa mamat dari programme sama tapi kampus lain, akhirnya berassalamualaikum cinta waalaikumusalam rindu dengan orang lain juga. Hidup juga. Accomodate.


***
Cuma, seorang cucu harap sangat yang dia akan sentiasa ingat arwah nenek dia. Janganlah diaccomodatekan yang satu itu.

Friday 13 July 2012

Bachelor of Applied Language Studies (Hons) English for Professional Communication.


Yang mula akan ada akhirnya. Lagi sehari. Menghitung dua pulut empat jam yang mendatang, banyak sangat rasa yang bergilir-gilir keluar masuk. Selepas ini, sudah boleh angkut segala baju, bungkus segala ilmu, pengalaman, gelak, tawa, air mata, keringat bawa balik ke Pak Tuyu. Alhamdulillah. Tiga tahun ulang-alik di Shah Alam, esok akan terbalas semua malam tanpa tidur, perut kosong tanpa nasi, hati sunyi tanpa famili. Ibu ayah juga orang kampung, saya sudah boleh kawen.



p/s: Rasa sangat alamak! Sudah tidak boleh harap duit PTPTN lagi.

Monday 11 June 2012

Yang halal.


Bila gadis itu cakap yang dia tak pernah kapel, bukannya dia nak bangga dengan status itu. Langsung tak terdetik untuk orang pandang dia tinggi. Dia pun sama macam gadis-gadis lain. Pernah baca novel Ombak Rindu. Pernah tonton Sembilu. Dia juga teringin untuk ada orang cakap selamat pagi setiap hari. Ucap selamat berjaya setiap kali dia ada final exam. Bagi =) bila dia sedih. Gadis itu gadis biasa cuma. Jadi, dia pun pernah terdetik untuk tak jadi single. Cuma yang bezanya, dia sudah janji dengan diri sendiri yang cinta pertama Insyaallah untuk bakal suami. Dia sedar ini perjuangan setiap hari. Adakalanya gadis itu tergelincir. Tapi, dia kuatkan kaki, dia daki kembali lalu tegak berdiri. Gadis itu juga tak tahu apakah dia akan terus kuat untuk hari esok. Tapi, gadis itu yakin, Allah itu maha adil. Gadis itu akan terus percaya.


***
Gadis itu rasa yang mereka-mereka yang post something yang berbunyi seperti "Orang yang tak bercouple bukannya sebab tak laku, tapi cinta dia limited edition" itu adalah sangat poser. Tak perlu hebahkan. Kuatkan tekad dan terus berjuang melawan. Insyaallah, satu hari nanti, Allah akan bagi ganjaran atas segala usaha.

Tuesday 5 June 2012

Seorang budak praktikal di Department Advertising, Sinar Harian, Karangkraf.


Tersebutlah kisah seorang gadis. Pertama kali merasa jadi seorang pekerja. Lima hari seminggu, sebelum pukul 8.30 pagi, dah terpacak di depan pintu kaler merah, konon 'punchcard' walau sedar kad di tangan hanya kad 'access' masuk saja sebab hanya 'student practical'. Selepas masuk, terus menuju ke kerusi kaler kuning yang agak empuk, ada conteng-conteng sikit. Letak beg. Cakap "Hai" kat Seha. Ambil duit, menuju ke 'Garden' atau orang awam bilang cafe. Beli nasi goreng atau bihun goreng atau mee goreng atau kuew tioew goreng atau maggi goreng campur ayam goreng atau telur mata. Bungkus sekali dengan milo ais kaw. Masuk opis balik. Makan. Selepas dah kenyang, buat-buat konon ada banyak kerja. Lewat sikit, akan datang abang rambut panjang dengan abang kaca mata segi empat. Petang sikit, abang rambut panjang akan nyanyi. Pastu dia akan tanya "Sedap tak". Gadis itu akan sentiasa jawab "Sedap gila". Perbualan jarang melarat. Selalunya sampai di situ saja. Begitulah gadis itu habiskan masa.

Sampailah minggu yang terakhir. Gadis itu tak sangka yang dia akan rasa sayu. Mungkin gadis terlalu memandang rendah, tapi dia tak sangka yang dia akan ada rasa sedih nak tinggalkan tempat kerja pertama. Dia akan rindu belek-belek magazines dengan Seha. Rindu nak cerita segala pada Seha. Rindu nak tepuk tangan setiap kali Seha shoot sampah masuk dalam dustbin. Rindu nak dengar Seha tanya, 'Wani dah minum milo ais?'. Rindu akan celoteh Mira yang datang tak pernah awal. Haha. Rindu nak lunch dengan Mira. Rindu nak main cop-cop abang hensem dengan Mira. Rindu nak naik kereta dengan Mira.Rindu nak pergi fotostat dengan Mira. Rindu nak dengar abang rambut panjang nyanyi. Rindu nak dengar abang rambut panjang gelak besar. Rindu nak cakap dengan abang kaca mata segi empat. Rindu dengan si Sapik yang janji nak bagi hadiah tapi masih tak bagi-bagi. Rindu nak pergi kerja dengan Nadiah. Rindu nak dengar Nadiah bagi nasihat. Rindu kat Faris, yang memang oleh buat orang senang hati. Rindu nak gaduh dengan pak guard nama Bilal Khan setiap pagi sebab kereta takde sticker tapi insist nak masuk. Rindu nak rasa macam dewasa. Tidur awal. Bangun awal. Sarapan pagi yang awal. Rindu nak jadi macam ohsem.

Gadis itu rindu. Gadis itu nak cakap terima kasih juga. Sebab bagi gadis itu pengalaman yang best sepanjang gadis itu berada di situ. Terima kasih sebab tak buat gadis itu rasa sangat forever alone. Terima kasih atas segala. Sungguh.


p/s: Harap abang rambut panjang akan terus menyanyi dalam ruang lingkup kenalan rapat saja. Ya, memang gadis itu cakap suara dia sedap, tapi gadis itu tak yakin yang orang-orang awam akan cakap perkara yang serupa. Nyanyilah sepuas hati, hanya di tempat tertutup. Untuk semua yang gadis itu kenal di tempat itu, semoga terus berjaya. Jangan pernah berhenti di satu tahap. Teruskan berlari sebab kamu-kamu memang manusia yang ohsem. Percaya itu.

Friday 18 May 2012

Panduan Menjadi Manusia for Dummies


Tajuk khutbah: Budi bahasa.

Budi-bahasa ini subjektif. Jadi, lain orang mungkin akan ada sedikit beza cara mereka interpret apa itu budi-bahasa. Mungkin juga saya salah tapi cuma nak kongsi apa yang saya faham tentang budi-bahasa.

1. Setiap kali mahu minta tolong orang, jangan minta dalam ayat berbentuk suruhan atau ayat perintah. Mulakan dengan "Kalau tidak menyusahkan, bolehkah saya mahu minta tolong.........".

2. Akhiri setiap pertolongan dengan ucapan TERIMA KASIH. Lagi cantik kalau diiringi dengan senyuman dan ajakan untuk makan time lunch hour kat Kedai Makan Ani Ayam Kampung.

3. Jangan sesekali treat barang-barang orang lain macam barang kita. Kalau kita pinjam sarung bantal misalnya, pastikan kita guna untuk sementara sahaja dan bukannya terus dijadikan simpanan selama satu semester. Juga, basuh sarung bantal itu. Letak Downy. Lipat selepas ia kering dan serahkan kembali kepada tuan yang punya. Kalau kita boleh bersua muka waktu proses meminjam, buat perkara yang sama waktu proses pemulangan.

4. Ayat "Nak rasa sikit, boleh?" itu adalah untuk dua teguk air atau sesudu nasi goreng. Jangan hirup sampai hilang rasa dahaga dan jangan makan sampai sendawa tiga kali.

5. Jangan buat bising dalam kawasan orang lain. Kalau kita kelas 5 Cerdik, jangan pergi buat bising kat kelas 5 Cerdas. Lagi bagus, buat bising dalam hati.

6. Makcik-makcik patut dapat tempat duduk dalam semua kenderaan awam. Angkat bontot, bangun dan bagi mereka duduk.

7. Senyum pada Makcik Floor Manager lagi mulia dari senyum kat laki-laki ajnabi.

8. Jangan berbangga diri bercakap pasal manner yang kita buat. Itu akan menunjukkan yang kita bukan ada manner tapi kita cuma takabur riak bangga dirii suka menunjuk.

Khutbah tamat. Bolehlah ke belakang. Ada sirap ais dengan karipap inti daging.

Thursday 17 May 2012

Selamat Hari Cikgu, Puan Zarimah


Sebab-sebab kurang best ada mak kerja cikgu:

1. Wajib buat kerja sekolah.
2. Kasut kena putih.
3. Jarang sangat boleh buat-buat demam sebab nak ponteng sekolah.
4. Rasa malu pada diri sendiri bila tak naik pentas ambil hadiah pencapaian hebat setiap akhir tahun.
5. Bukan setakat buku teks, banyak lagi buku tambahan mak tolong belikan.
6. Walau belajar kat sekolah lain dari mak, jumpa pulak kawan-kawan mak yang suka point kita bila nak suruh jawab soalan di depan.
7. Lawan bola jaring team sekolah mak lalu jadi awkward nak score goal lalu terpaksa pura-pura lutut seliuh untuk keluar dari gelanggang.
8. Mak tahu setiap cuti am. Tak boleh tipu yang esok cuti hari budak darjah dua sedunia.

Sebab-sebab best jadi anak cikgu:

1. Dekat kantin, boleh makan kat tempat cikgu-cikgu makan.
2. Setiap 16 Mei, dapat hadiah banyak kat rumah yang automatically jadi hadiah kita.
3. Boleh panggil cikgu sendiri, Ma.
4. Hari Ahad tak payah pergi perhimpunan mingguan. Sembunyi dalam bilik guru sambil baca buku "Puteri Salju dan Tujuh Orang Kerdil".
5. Tak kena denda nyanyi lagu sekolah kat luar pagar kalau datang lambat sebab kita boleh masuk terus dengan kreta mak bapak kita.
6. Kalau panas time tengah hari, lepak di bilik guru sebab bilik guru ada penghawa dingin.
7. Adakalanya, boleh tahu in advance apa hadiah yang kita akan dapat time hari sukan sekolah sebab kita yang tolong bungkus hadiah.
8. Boleh minta duit dengan mak bila van nutrigen datang. Jadi, boleh belanja kawan-kawan.
9. Lagi best kalau mak adalah orang yang bertanggungjawab jaga koperasi sekolah. Boleh beli pensil tekan-tekan setiap hari.

***

Buat Cikgu Zarimah yang mungkin sedang conteng papan hijau di sekolah, Selamat Hari Cikgu. Terima kasih sebab jadi guru pertama Along. Ajar langkah pertama. Ajar segala. Jangan sayang anak-anak murid lebih sangat. Sayang kami-kami yang bin binti Zuhaimi ni. Sebab kami-kami sayang cikgu banyak sangat. Sekali lagi, Selamat Hari Cikgu.

*Ma, tolonglah jangan buat-buat mimpi dapat hadiah. Anak sulung Ma tak berapa ada duit dalam bank:)

Thursday 5 April 2012

Anak-anak jangan asyik fikir nak lari rumah aje. Kamu tak ada rumah pun. Itu rumah mak bapak kamu.


Kalau saya mahu balas segala jasa yang puan Ma dan encik Abah bagi pada saya.
Makan mereka saya perlu lumat, suap.
Minum mereka saya kena hulur straw, pegang gelas.
Tidur mereka saya kena ulik, dodoi.
Jalan mereka saya kena gendong, dukung.
Tangis mereka saya kena lap.
Duka mereka saya kena telan.
Gatal mereka saya kena sapu, gosok, garu.
Saya kena pastikan yang kerja mereka cuma senyum dan ketawa.

Sebab mereka buat segala untuk saya.
Hantar ke sekolah. Check.
Hantar ke Mydin Mall. Check.
Dengar saya merungut. Check.
Dengar saya membebel. Check.
Sabarkan saya mengamuk. Check.
Belikan saya semua yang saya mahu. Check kadang-kadang.
Peluk saya. Check.
Cium saya through telefon. Check.
Stay up jaga saya. Check.
Masak untuk saya. Check.
Buat air Milo untuk saya. Check.
Sentiasa maafkan saya. Check.
Sembunyikan air mata mereka sebab saya. Check.
Abah jadi boyfriend. Check.
Ma jadi bestfriend. Check.

Mereka buat saya rasa saya tak perlukan apa-apa lagi.
Mereka buat saya hepi setiap hari.
Mereka dalam satu kata, OSEM!


p/s: Ya, tajuk panjang.

Monday 2 April 2012

Bapak dia ada syarikat besar.


Pengarah besar pegang mikrofon berucap di depan. Teks ucapan berbunyi " saya, hari ini ingin melantik Farah, anak saya untuk mengetuai bahagian __________. Saya berbuat demikian bukan kerana dia berbintikan saya, tapi kerana saya yakin yang dia boleh buat. Jadi, saya harap semua boleh bagi sokongan kepada Farah sebab syarikat ini syarikat kita". Teks ucapan tamat.

***

Wah. Ingat situasi ini hanya berlaku dalam filem Direktor konon Professor saja. Tak sangka boleh bertemu situasi ini di dunia realiti. Saya percaya sekarang yang direktor-direktor filem melayu buat research dulu sebelum mereka terbit satu-satu filem.

Mungkin bukan salah mereka filem melayu adakalanya tak hebat. Mungkin sebab mereka tak pernah nak buat research pasal hidup orang-orang yang penuh rempah. Tiada siapa yang nak buat cerita pasal Pak Abu, nelayan laut dalam. Pergi pagi, balik malam. Malamnya, menebar roti canai buat tambah pendapatan untuk buat kirim pada anak di UiTM Shah Alam ambil pengajian ukur bahan. Bini nama Mak Limah. Pandai buat karipap inti ubi campur daging.

Tak ada yang nak ambil peduli pasal cerita mereka. Semua nak cerita pasal keluarga Dato' ada lima orang orang gaji, anak-anak mesti rasa kurang kasih sayang lalu terjebak dalam dunia liar kotaraya. Walau kalau ikut logiknya, Pak Abu itu mewakili 50 peratus dari rakyat Malaysia. Rakyat yang biasa, yang cuba untuk hidup gembira setiap hari.

Cuba berhenti dari memandang terlalu tinggi. Berhenti dan tunduk kebawah. Mana tahu, yang penuh debu tanah ini boleh bagi satu pengalaman luar biasa untuk kita-kita.


p/s: Kalaulah encik Zuhaimi ada kilang budu. Kalaulah.

Wednesday 28 March 2012

Awesome 90's





Saya lahir 1990. Tahun hebat. Tahun tikus putih. Kami produk sulung PPSMI (Belajar Sains dan Matematik dalam bahasa omputeh tapi masih boleh jawab exam dalam Bahasa Malaysia). Kami kenal Mona Fandey. Televisi kami ada Teletubbies, Keluang Man, Usop Sontorian. Kami dengar lagu cucuk kaset dalam radio. Zaman kami, abang-abang Westlife masih muda dan hensem remaja. Kami main game Snake dalam telefon bimbit. Dulu, kami pun muda. Hidup bahagia. Senyum setiap masa.


Sekarang, hanya boleh kenang zaman gemilang. Lawak tengok budak-budak sekarang yang rasa hebat duduk dalam rumah main game NinjaBuah. Kalau zaman kami dulu-dulu, budak-budak begitu jenis yang anak mak, tak ada kawan, lone ranger, pakai kaca mata wajib tebal, rambut keras, basikal ada bakul ngan loceng, pakai seluar atas pusat, bawa bekal, senyap dalam kelas. Dalam satu huruf, takAwesome. Tapi, nak buat macam mana, hari ini, semua budak macam tu. Mungkin itu sebab ramai orang berkulit cerah sekarang. Jarang sangat rasa matahari. Tak macam kami dulu-dulu, overdosed Vitamin D.

Wednesday 21 March 2012

Anak pakcik Zainuddin.


Umur waktu mula-mula jumpa dia, tiga belas tahun. Sama-sama pakai kaca mata. Nampak macam kembar (tak paham sungguh dengan orang yang tak pakai kaca mata. kenapa bila nampak dua orang yang berkaca mata berkawan, terus kata muka mereka macam sama. padahal memang jauh beza sangat).

Kami sama-sama kurang suka tinggal di asrama. Sama-sama menangis atas nasi dalam tray besi kat dewan makan. Sama-sama menangis time lipat baju masukkan dalan locker kayu satu pintu banyak laci. Sama-sama menangis bila tiba-tiba mahu menangis. Ya, kami memang share banyak sangat tangis. Kami hebat begitu.

Dia, saya sayang banyak sangat. Bukan sebab dia bagi tiru buku latihan Bahasa Arab kaler hijau setiap pagi sebelum perhimpunan. Bukan sebab dia bagi makan stok makanan dalam locker dia. Bukan sebab dia selalu dengar saya cerita pasal saya. Bukan sebab semua benda yang dia dah buat untuk saya. Tapi saya mahu untuk sayang dia kerana Allah. Saya nak begitu. Sebab saya mahu hubungan saya dan dia jadi panjang sampai bila-bila. Dan juga saya nak sayang saya pada dia ikhlas sungguh semata-mata atas nilai kawan.

Dia, memang nikmat kawan yang Allah bagi pada saya. Kata orang, orang asing(translate dari strangers, bukan manliens) boleh kenal kita melalui kawan-kawan kita. Kalaulah orang lain mahu lihat saya melalui dia, saya memang sangat beruntung.

Untuk dia, yang saya tahu kadang-kadang belek belog ini, saya sayang kamu. Saya akan sentiasa senyum untuk setiap kejayaan kamu. Saya akan sentiasa sepak kamu bagi kamu berdiri semula bila kaki kamu lembik lepas tersepak lubang. Saya akan sentiasa doakan kamu yang terbaik dalam segala hal. Ayuh, aku dan kamu, jom kita gerak laju ke depan terus.

***

Ini surat yang keberapa agaknya ya, gadis Seberang Takir yang sedang sedut hembus oksigen di Australia?

Thursday 15 March 2012

Lepas UPSR masuk asrama.



Umur tiga belas tahun. Lepas UPSR, masuk sekolah menengah. Duduk asrama. Kononnya, sudah dewasa. Mahu ikut jejak rakan yang masuk asrama. Walau sedar, mata punya pundi air mata sangat goyah. Masuk dengan harapan dapat bajet cool bila balik kampung.

Bukan semua kurang osem. Tak semua juga osem. Sama banyak saja pengalamannya.

Yang buat sengih sampai nampak gigi:

1. Hari pertama masuk asrama. Nampak kakak-kakak senior baik-baik semua. Siap tolong angkat beg baju lagi. Amboi. Tundukkan badan sikit bila lalu depan Puan Ma dan Encik Abah. Tapi. Itu tak lama. Malamnya, kami-kami yang baru mendaftar ni dikumpulkan di dewan makan. Seorang demi seorang kakak senior perkenalkan diri. Selepas itu, kami dengan pegang buku nota kulit keras di dada kena dapatkan tanda tangan mereka. Masuk satu bilik berjumpa kakak Z (nama dia mungkin tak mula dengan huruf Z). Dia jawab boleh bila aku minta tanda tangan dia. Tapi, dia kata. Kamu kena tiup lampu panjang ni sampai lampu ni terpadam. Ya, kamu mungkin kata itu bodoh. Tapi, untuk budak umur tiga belas tahun yang baru pertama kali tidur atas katil bertingkat, aku rasa wajib buat benda itu. Jadi, aku tiup. Masih tiup walau kakak-kakak dah bergolek ketawa di lantai. Sampai satu tahap, muka aku dah merah. Kakak-kakak tu suruh aku berhenti. Mereka tandatangan buku aku. Akhir minggu orientasi, aku dapat anugerah junior paling _________ (tempat kosong sebab aku tak ingat. Ini bukan kisah berlaku semalam). Anugerah ini is based wholly on the log book. Jadi, kamu tahu apa yang aku belajar waktu itu? Jika kamu pandai mengipas, memang senang untuk kamu hidup senang. Sebab itu, bila sudah semakin senior. Bila sudah semakin galak menentang arus. Tak ada lagi anugerah yang aku dapat.

2. Satu pagi, aku bangun tidur. Aku cari-cari selimut aku sebab aku rasa sejuk. Tapi selimut aku hilang. Aku gagau tangan aku ke bawah. Aku rasa sejuk. Aku terus celik mata. Terus terduduk bila nampak air penuh dalam bilik. Asrama banjir. Kami gembira sebab tak payah ke sekolah. Berkumpul di surau. Mujur ada kakak pengawas bagi tazkirah. Kurang sikit dosa buat bising dalam surau. Ambil gambar dalam banjir. Tangkap belut letak dalam baldi. Pertama kali aku rasa hidup di asrama sangat marbeles sebab rumah aku tak pernah banjir. Aku juga belajar yang ada sebab kenapa orang simpan buku tinggi-tinggi. Kamus Dewan Bahasa aku terkorban dalam banjir tu. Dan Puan Ma tak mahu beli untuk kali kedua dan aku sayang untuk keluarkan duit aku sendiri. Jadi, aku selalu fikir perkataan sinonim untuk satu-satu perkataan untuk Bahasa Melayu Pemahaman ikut logik akal aku. Contohnya meraung = malaun, sebab meraung akan buat pencemaran bunyi sampai orang akan panggil si peraung malaun.

3. Tengok Meteor Garden kat bilik TV. Sanggup skip makan petang sebab nak tengok si Jerry Yan. Aku rasa sebab tengok TV dulu, power kaca mata aku naik mendadak sebab aku kena kecilkan mata untuk tengok TV saiz paling minimum dengan penonton paling maximum.

4. Kawan-kawan yang pernah duduk sebilik atau orang puteh panggil 'roommate'. Mereka semuanya osem yang sangat banyak. Mereka gosok belakang bila aku sedih. Mereka tepuk tangan bila aku gembira. Kongsi cerita hantu pada malam minggu. Makan megi dalam gayung. Mengumpat makcik dewan makan. Kongsi cerita pasal segala.


Yang buat bibir mencebik:

1. Nasi dewan makan yang tak pernah sedap kecuali hari Khamis untuk waktu lunch. Paling perit bila berbuka puasa dengan sotong masih ada kulit, ikan hanyir, ayam kurang masak, nasi keras, air sirap tawar, air milo tak kaw, nasi lemak yang buat tandas penuh setiap pagi Selasa (ini kisah benar. Setiap pagi Selasa, jumlah pelajar asrama yang ke tandas akan jadi double. Jadi, kami buat kesimpulan yang nasi lemak makcik dewan makan ada satu ramuan rahsia yang menggalakan proses pembuangan).

2. Rindu Puan Ma, Encik Abah, Ika, Adikju, Adha, Arwah Tok, Uzma belum ada kala ini. Malam pertama, langsung tak boleh tidur. Kelip-kelip mata sampai ke pagi. Tatap gambar mereka yang setiap pagi sebelum ke kelas. Ya, masih ingat mereka setiap detik walau Ma dan Abah datang setiap Khamis dan setiap Sabtu. Khamis untuk ambil baju kotor. Sabtu untuk hantar baju bersih yang dah bergosok. Sebab itu, aku bimbang kalau satu hari anak aku suruh aku basuh dia punya seluar kecil, aku harus buat tanpa banyak cerita sebab dia akan ada nenek dia untuk cakap "Alah, mak kau dulu pun begitu".

3. Puan Warden yang pilih kasih. Malas nak ulas panjang. Memori pahit.



***

Ini entry paling panjang aku pernah tulis. Aku perasankan sesuatu. Walau banyak mana pun aku cakap yang tahun 2003 itu hidup aku sangat sengsara. Aku sedar yang tahun itu adalah tahun yang paling best buat aku. Tahun yang buat aku rasa aku betul-betul bernyawa. Terima kasih kepada Puan Zarimah sebab paksa aku duduk asrama. Tapi dia cuba tebus balik dengan hantar makanan dari pasar malam setiap hari Khamis. Dan aku tak pernah marah pun sebenarnya. Masuk tingkatan dua, aku dah tak duduk asrama. Jadi, aku pernah hidup dalam dua-dua dunia. Ada baik buruk untuk setiap pihak.

Yang pasti, asrama ajar aku apa makna kawan yang sebenar. Perkataan kawan tu nampak macam kecil sebab dah biasa sangat orang guna. Tapi maksud sebenar disebalik perkataan tu ialah, "Aku sanggup stay up malam bila kau demam sambil lap tubuh dan dahi kau dengan kain basah dan dodoi kau bila kau merengek walau kau dah umur 13 tahun" (Kisah benar. Kisah kawan aku yang jaga aku bila aku demam. Ya, dia memang tak tidur semalaman sebab kwan dia ni takut makan panadol lalu demam jadi melarat. Dia, aku akan sentiasa doakan supaya hidup dia bahagia sebab dia memang sangat osem).


TwitterBelog.


Dulu pernah waktu masih panas terik, sentiasa gembira sebab boleh tulis ayat pelik-pelik kat Twitter waktu masih berada di opis. Namun, satu hari datanglah gerimis. Tanpa sebab, Twitter disekat. Manusia itu hilang punca. Bagaimana mahu isi waktu yang menimbung di opis? Bagaimana mahu hubungi kawan tanpa perlu kena caj sesen pun. Bagaimana mahu........... Manusia itu senyap. Berfikir. Lama. Lalu sampailah manusia itu ke sini. Tapak belog jadi medan manusia itu habiskan waktu. Dan manusia itu kembali gembira.


p/s: Manusia itu budak intern kat Karangkraf under Sinar Harian. Manusia itu cuma mahu cakap yang Karangkraf sangat osem. Environment di sana sangat welcoming. Dan Sinar Harian ada satu program nama Sinar Automart. Jadi, kalau ada yang nak iklankan kereta terpakai, boleh iklankan dekat Sinar Harian sebab kepuasan pelanggan keutamaan kami. Lihat, manusia itu bukan sekadar curi tulang waktu bekerja. Dia pekerja hebat.

Satu hari lepas masuk wad bersalin.


Untuk anak yang ibu akan bagi susu,

Kamu hanya akan kenal apa itu Streamix bila kamu umur 17 tahun. Lepas paper last SPM (kalau SPM wujud lagi), kamu akan dapat guna internet untuk kali pertama. Ya, kamu mungkin akan pergi merantau ke Cafe Cyber ikut kawan kamu. Tapi, yang ibu tahu, ibu dah buat segala perkara yang ibu boleh untuk pastikan kau tak tahu apa itu Facebook-Twitter-Blogspot-dan-segala-macam-xxx-video.

Umur 17 tahun juga akan jadi tahun kamu akan dapat telefon bimbit pertama kamu. Malaysia ni hebat. Telefon awam merata-rata dan kamu tak perlu beratur pun untuk guna. Jadi, tak perlu bimbang. Ibu akan bagi kamu syiling yang cukup untuk kamu.

Kamu, ibu akan ajar untuk jadi humble. Orang hidung tinggi ni tak akan kemana sangat. Mereka hidup pun tak nampak jalan. Nampak lobang hidung mereka saja. Kamu, ibu harap biar jadi rendah diri tapi tinggi jati diri. Biar kamu tak pakai minyak wangi Hugo Boss pun, ibu harap kamu boleh jadi konfiden dengan hanya minyak atar abah kamu.

Jangan jadi lembik. Kamu ada tulang, Jadi keras. Jadi gagah. Ibu tak gagah sangat dulu. Tapi zaman kamu ni, ibu tak tahu apa yang akan berlaku. Jadi, baik ibu ambil precaution bina kamu jadi makhluk keras kat luar lembut kat dalam.

Jangan tamak haloba. Duit banyak memang selesa tapi tak jamin kamu bahagia. Jangan pilih duit OT bila ibu suruh kamu balik kampung bila sepupu kamu nak kahwin kat Masjid Kristal.

Sayang sesama adik-beradik. Gaduh-gaduh manja tak apa. Jadi lagi erat. Tapi jangan sampai air terpotong. Yang sulung, kamu akan jadi ketua bila ibu dan abah dah tak ada. Jadi ketua tak semestinya perlu sentiasa tunjuk kuasa. Jadi ketua yang buat adik-adik kamu selesa berada di bawah kamu. Buka telinga dengar apa yang adik-adik kamu mahu kata.

Jangan cakap ibu bias bila ibu tak beli selipar BATA untuk kamu. Ada sebab kenapa ibu tak beli. Sebabnya, nanti ibu fikir bila waktu itu tiba.

Jangan tinggal solat sebab solat akan bantu kamu jadi anak soleh solehah. Jangan bohong kamu dah solat dengan basahkan rambut kamu. Jangan tipu kamu dah solat dengan kunci pintu bilik. Solatlah. Dan jangan marah abah kalau dia rotan kmau bila kamu tak solat. Kami buat begitu sebab kami sayang kamu.

Ibu akan peluk cium kamu walau kamu jejaka umur 23 tahun ada misai. Jangan tolak ibu sebab gadis yang kamu suka ada berdekatan. Mereka tak pernah tukar lampin kamu. Ibu yang hari-hari tahan busuk kentut kamu. Jadi, sila sayang ibu lebih.

Ibu akan sayang kamu walau apa pun yang berlaku. Sebab Ma ibu (nenek kamu) pun layang ibu begitu. Walau banyak mana kamu buat salah dengan ibu, tangan ibu akan sentiasa luas terdepa untuk kamu kembali. Jangan pernah rasa seorang diri sebab ibu akan sentiasa ada. Kamu akan sentiasa jadi insan istimewa pada mata ibu. Percaya diri kamu sebab ibu yakin anak-anak ibu akan jadi hebat.

p/s: Jangan marah ibu kalau nama kamu Rahman aje bukan Danish. Rahman maksud dia hebat.

Biarkan dia bernyawa dengan bebas.


Batang panjang pendek dalam jam dinding tak pernah berhenti berpusing. Jadi mana mungkin kita akan tegak di satu tahap. Tanpa sedar, kita akan jadi kita yang lain seiring dengan masa. Kalau dulu waktu umur 14 tahun, baca majalah Remaja adalah perkara paling cool yang boleh dibuat, tapi bila sudah umur 30 tahun, pegang majalah Remaja boleh bagi gambaran yang kamu sudah ada anak yang agak dewasa. Begitu, kita berubah untuk sesuaikan diri dengan apa orang sekeliling harapkan. Peraturannya mudah. Jadi diri sendiri, mereka kata. Tapi harus ikut piawaan yang mereka gubal pulak. Mereka kata mayonese Thousand Island hanya boleh dileset atas roti Gardenia. Jadi, bila kamu picit atas nasi, kamu si pelik. Mereka kata kamu yang sudah umur 22 tahun harus tahu tanak nasi, masak lauk ayam masak merah. Bila kamu kurang tahu, kamu si pelik. Mereka kata kamu yang umur 22 tahun harus tahu pusing stereng kereta. Jadi, bila kamu tak tahu, kamu si pelik. Mereka kata kamu yang umur 22 tahun tak boleh homesick lagi. Jadi, bila kamu titik air mata rindukan puan ma dan encik abah, kamu si pelik. Biarkan mereka yang berumur 22 tahun cuba untuk hidup dengan cara dia. Biarkan dia bahagia dengan cara dia sebab memang ada orang yang boleh rasa hyper hanya dengan dapat minum Milk Tea CoolBlog ada bubble.



p/s: Budak umur 22 tahun cuma harap power kaca mata bingkai hitam dia tak akan bertambah lagi. Cermin sudah terlalu tebal lalu lebih tebal dari bingkai buat kaca mata nampak sangat pelik.

Wednesday 8 February 2012


One day
I go left
I walk
I walk faster
I run
Faster Flippers Faster
I don't want to look back
I am free


But then
I stop
I look around
I am alone
I am lost
I want to go back
I am scared
I cry
I cry harder


I want to go back
I don't want to be alone
I am not free
I am lost
I ask for forgiveness
I really want to go back
I turn around
And there was HIM



Monday 6 February 2012

Telur Separuh Masak


Bagus anak muda hari ini, mereka suka dengar dan baca mengenai agama Islam. Ini hebat. Mereka mahu belajar. Tambahan, hari ini senang untuk belajar. Tak perlu hantar gula sekilo pada tok guru untuk suruh terima jadi anak didik, hanya perlu klik-klik saja.

Tapi, masalah bila mereka terlalu melulu jatuhkan hukum berdasarkan dua jam masa mereka luang belek-belek laman maya. Ada sebab kenapa bukan semua orang boleh keluarkan fatwa. Mereka-mereka yang bagi ilmu itu bukan setakat belajar Pendidikan Islam sampai Tingkatan Lima, mereka merantau untuk menuntut ilmu. Bukan mahu larang berkongsi ilmu tapi ajar diri untuk jangan terlalu melulu. Sentiasa rujuk pada yang lebih arif sebab mereka rujuk kitab bila bagi ilmu pada kita sedang kita rujuk komputer.


p/s: Sedang dengar Ustaz Azhar Idrus. Tiada langsung niat mahu promote beliau.

Thursday 26 January 2012

Pinjam tak berbunga.


Zawiah pelajar universiti. Ada perpustakaan besar di sana. Satu hari, Zawiah harus siapkan kerja sekolah. Ya, budak universiti juga ada kerja sekolah. Kami juga ada pengawas. Cuma, pengawas kami kebanyakkannya bermisai dan pakai baju macam polis. Sambung cerita. Lalu, lambat-lambat Zawiah melangkah ke perpustakaan. Sampai di sana, selepas beberapa proses yang Zawiah malas nak cerita, akhirnya Zawiah dapat pinjam dua buah buku untuk tempoh dua minggu.

Dari perpustakaan, Zawiah singgah kedai makan. Isi perut sampai butang mahu tercabut. Balik rumah sewa, Zawiah terlampau kenyang lalu Zawiah bersenang-lenang. Lalu, Zawiah terlupa pasal kerja sekolah. zawiah tahu ada perkara yang perlu dia buat tapi Zawiah leka dengan bermacam perkara. Perlu habiskan stok movie yang berlambak dalam simpanan. Perlu luang masa bersosial dengan rakan sebaya. Perlu buat pelbagai perkara senang cerita.

Sampailah satu masa. Tempoh dua minggu yang diberi tamat. Buku wajib dipulangkan. Walau kerja sekolah belum siap. Bergegaslah Zawiah ke perpustakaan pulangkan buku. Harap mahu panjangkan tempoh pinjaman. Harap selepas ini tak akan leka lagi. Harap dapat siapkan kerja sekolah.

***

Ambil contoh cerita di atas, hidup ini pinjaman. Tempoh pinjaman berbeza atas setiap individu walau kamu sama-sama lahir tahun kuda. Kamu dan orang sebelah kamu mungkin berbeza dua jam tempoh diberi. Mungkin beza sepuluh tahun. Tapi, kita sama-sama tahu kerja sekolah kita. Berbakti pada tuan yang satu sesuai dengan status seorang hamba. Berbakti pada dunia, bersiap untuk selepas kiamat.

Jangan jadi procrastinator. Kerja sekolah buat segera. Takut kita tersedar hanya bila tempoh pinjaman sudah tamat.


p/s: Rasa bahagia buat kerja sekolah di perpustakaan pada hari terik sebab perpustakaan ada pendingin hawa.

Wednesday 25 January 2012

Pitching tinggi


Tersebutlah kisah seorang gadis dari luar bandar. Biasa cuma. Hitam manis punya suara merdu. Satu hari, berhayun atas buai menyanyi lagu cindai. Terdengar nyanyianya oleh seorang jejaka dari kota. Dihampiri gadis, lalu ditawar mengubah nasib keluarga. Izin keluarga dipohon. Ibu ayah adik kakak abang lambai dengan senyuman dan iring doa semoga si gadis berjaya. Berbekalkan suara, si gadis menggemparkan negara. Nama dijulang dalam berita. Keluarga di kampung berasa bangga. Si gadis telah berjaya. Semuanya dengan anugerah yang Esa. Berkat bakat yang pandai diguna.


***

Konsep berterima kasih atas rahmat Allah bukan begini caranya. Kurniaan suara merdu bukan alasan untuk gadis ikat kontrak jadi peserta dunia realiti. Hargai suara merdu pemberiannya dengan dendang cerita-cerita nabi pada anak-anak satu hari nanti. Guna suara buat pujuk separuh tulang rusuk bangun menyembah Yang Satu. Suara yang merdu gunakanlah pada laluan yang baik tanpa melanggar larangannya.


Saya biasa cuma. Tak pernah pula rasa lebih hebatnya. Pesan ini untuk diri sendiri juga. Kekadang, manusia memang mudah alpa. Nilai pesannya, bukan tuannya.


p/s: Cuma mahu ubah diri sebab Puan Zarimah kata 'lelaki baik untuk perempuan yang baik'.

Thursday 19 January 2012

Sumpahan setiap semester.


Kita tahu dia ada. Tapi kita buat-buat tak nampak. Kita tahu dia penting. Tapi kita buat-buat dia remeh. Kita tahu dia mungkin susah. Tapi kita buat-buat dia senang. Ini kononnya teka-teki. Tapi jawapnya ada di bawah.


















PAPER LAST.



p/s: Sungguh saya cuma tak sabar nak teriak merdeka esok. Harap ada yang pakai songkok senget lead di depan. Biar feel itu benar-benar datang.

p/s lagi:Harap sangat kamu tak wujud, paper esok pukul 2.15 p.m.

Tuesday 17 January 2012

Tak Harus 8


Lepas tulis status di dinding mukabuku, berhenti di situ. Butang 'like' itu tolonglah jangan ditekan. 'Like' status sendiri macam sengaja tengok televisi jarak dekat sebab mahu pakai kaca mata. Okay, perumpamaan melampau.

Pesannya.
Jangan 'like' status sendiri. Ini kelakar.

Kira hari.


Dah lama belog tak jadi diari.

1. Semester akan berakhir dalam masa tiga hari lagi. Tak pernah sangka yang saya akan rasa sayu. Takut mahu hilang payung 'pelajar' itu. Sudah tak boleh guna pantun saya budak baru belajar.

2. Sudah semakin tua juga. Tak mahu ulas panjang.

3. Warna kuning masih nampak tak cantik.

4. Bila saja kononnya mahu tulis diari, tak banyak pula yang boleh dicerita.


Akhir kata,
Saya sayang Puan Zarimah dan Encik Zuhaimi.
Saya mahu tonton televisi.
Saya mahu kasut baru.
Saya mahu tambah power kaca mata bingkai hitam.


p/s: Bila terperosok dalam bilik tak berjalan, hanya ini yang mampu dikarang. Sebab tu, orang suruh berjalan. Biar luas pandang.

Friday 13 January 2012

Cinta nombor satu sampai bila-bila.


Encik Zuhaimi.

Abah. Dah tidur ke? Abah sihat? Erm,, tadi along telefon tapi cakap ngan Ma je. Memang kita jarang cakap telefon kan Abah. Along minta maaf. Begini, along sayang abah. Sangat. Tapi along memang jarang peluk, cakap along sayang abah.

Mungkin sebab dulu abah garang. Along jarang kongsi apa-apa dengan abah. Rasa pelik untuk along tiba-tiba cerita tentang crush along, tentang segala. Sungguh, along minta maaf. Along memang jarang hargai abah kan?

Tapi kenapa abah layan along baik-baik. Abah tahu kalau along telefon mesti along akan minta cakap dengan ma. Kenapa abah masih angkat telefon pastu tanya khabar along?

Along tahu abah dah semakin tak gagah. Tapi kenapa abah sanggup pandu kereta 6 jam datang ambil along?

Abah tahu kan yang along tak pernah dengar cakap abah. Tapi kenapa abah tak serik bagi pendapat abah? Kenapa abah baik sangat?

Kenapa mata abah bergenang bila hantar along naik bas. Kenapa abah?

Kenapa abah masih senyum bila tunggu along dalam kereta dua jam.

Kenapa abah temankan along bila along demam. Kenapa abah basahkan dahi along.

Abah tahu kan, along bukan anak baik. Kenapa abah masih layan along baik-baik?

Kenapa abah masih buat segala walau dah banyak kali sangat along mungkin sakitkan hati abah.


Abah, memang adakalanya kita tak sependapat. tapi itu sebab kita terlalu serupa kata ma. Tak bermakna abah tak sayang along kan? Tak bermakna along tak sayang abah. Tak bermakna bila abah cakap kaler hijau cantik, tapi along beli baju kaler pink tu maknanya along tak sayang abah. Abah, hari tu masa abah lena atas katil hospital, along rasa sayu tengok abah. Rambut abah dah banyak yang putih. Abah merengkok tahan sakit. Along cuma nak cakap along sayang abah walau along jarang bicara dengan abah.


p/s: Abah, satu hari nanti bila abah lepaskan along. Along harap dia sama macam abah. Hensem sikit saja tapi sangat awesome.

p/s lagi: Okay, sudah boleh up sikit duit belanja.

Ignore me when I want him to be handsome.
I'll be fine.
Ignore me when I want him to be cool.
I'll be fine.
Ignore me when I want him to be fair.
I'll be fine.
Ignore me when I want him to be tall.
I'll be fine.
For that are only my nafsu speaking.


But please grant me this.
For this will really make me happy, Insyaallah.
Ya Allah, grant me this.
Grant me he who loves you more.
And Insyaallah.
I'll be really fine.


Sepuluh tahun kalau simpan rambut sudah boleh buat tocang dua.


Perempuan itu nama Nam. Lelaki itu nama Shone. Nam sukakan Shone. Nam tak tahu apa yang Shone rasa pada dia. Nam buat segala untuk buat Shone nampak dia. Satu hari, Nam beranikan diri. Nam beritahu Shone yang dia sukakan Shone. Tapi Shone tolak Nam. Nam kecewa. Nam sambung belajar di Amerika. Nam berjaya jadi pereka baju hebat. Yang Nam tak tahu, Shone pun sukakan Nam. Tapi, dia tak boleh cakap sebab Shone ada janji dengan kawan dia *sila baca Shone agak kurang bijak*. Sepuluh tahun kemudian. SEPULUH TAHUN. Nam kembali ke negara asal. Terima jemputan masuk televisi. Shone datang bawa bunga. Shone cakap dia sedang tunggu gadis dari Amerika pulang. Nam senyum. Shone Senyum. Skrin gelap. Cerita tamat.


***
Sepuluh tahun dia tunggu. Sepuluh tahun. Kalau dia umur 18, lepas sepuluh tahun dia umur 28. Dalam panggung, semua boleh nampak logik. Sebab sepuluh tahun dalam panggung sama dengan dua saat dunia luar panggung. Bukan mahu rendahkan kuasa magikal-paranormal-super-extravaganza-suci cinta. Cuma mahu ajar diri supaya lebih praktikal.


p/s: Saya masih percaya mata Encik Zuhaimi bercahaya bila dia pandang Puan Zarimah.

Monday 9 January 2012

Traffic light.


Hari ini.
Kamu mungkin ke kiri.
Aku pula sudah ke kanan.

Satu hari.
Harap kiri dan kanan akan bertemu.
Satu hari, ia akan bersatu.
Tak kisah bila.
Saya tunggu.
Harap kamu pun begitu.


p/s: Saya rasa ini sindrom kelam kabut bila sedar yang umur sudah bukan 18 lagi. Angka 2 di depan dan belakang buat hormon tidak stabil.

Saturday 7 January 2012

Dia buat Tok Jiring indah.


Sekolah itu biasa. Tersangat biasa. Cuma kerana ada dia, sekolah itu beri pengalaman luar biasa untuk gadis berkaca mata itu. Dia, gadis itu kenal waktu masing-masing berusia 14 tahun. Cuma kawan biasa. Bisa bilang hai kalau tertempuh bahu waktu jalan di kota. Kawan atas nama duduk setentang meja dalam dinding empat segi berjenama 2 Ar-Rahman. Menginjak setahun kemudiannya, mereka ditakdirkan sekali lagi bersama. Kali ini, dalam konteks yang lebih rapat. Mereka mula buat aktiviti sosial bersama. Mereka makan nasi goreng Kak Zan di Mat'am Al-Hanna bersama. Mereka beli keropok makan di pinggir kelas bersama. Mereka beriring melangkah ke Musolla bersama. Mereka tidur disebalik buku waktu Cikgu Othman mengajar. Mereka minum soya Pak Awi bersama. Mereka beratur di perhimpunan pagi yang sangat pagi bersama. Mereka ushar 'cikgu wangi' dalam Dewan Abbas.

Untuk Dia, terima kasih atas segala. Terima kasih sebab jadi sahabat. Terima kasih sebab sentiasa sudi mendengar. Terima kasih atas segala tunjuk ajar. Terima kasih sebab sentiasa sambut saya dengan sejalur senyum. Terima kasih adakalanya terpaksa jadi kakak untuk gadis ini. Terima kasih sebab selalu ada di situ. Terima kasih, sungguh!


p/s: Putih pun ucap terima kasih. Dia sangat gemuk sekarang.

Monday 2 January 2012

Duduk dalam dewan sejuk beku.


Bila rambut mengerbang, sikat terbang.
Bila perut keroncong, rice cooker kosong.
Bila mata terus celik tak katup-katup.
Bila rajin bangun malam minta tolong dengan tuhan.
Bila selalu telefon Puan Ibu Encik ayah minta ampun.
Bila makan cuma makanan ada vitamin dan zat untuk organ.
Bila usaha keras jaga sihat tubuh badan.

Itu tanda bila musim 'final exam' dah menjelang.
Jadi, selamat menempuh peperiksaan akhir untuk diri sendiri.
Buat sehabis daya yang terbaik.
Ingat muka cantik Puan Zarimah yang banyak korban segala.
Kenang peluh lelah Encik Zuhaimi yang tak terhingga.


p/s: Ini final terakhir. Biar sejarah terukir.

Orang tua, tapi banyak makan gula.


Satu silap masyarakat hari ini adalah membenarkan usia muda jadi satu alasan untuk setiap tindakan bodoh di'okey'kan.

Contoh mula.

1. Alah, Mamat tu muda lagi. Biarlah dia nak merempit dulu. Nanti dah besar dah beli kereta takkan nak merempit lagi nye.

2. Orang muda begitulah. Kalau tak pukul 12 tengah hari, takkan la nak bangun tidur. Nanti dah tua sikit, tahulah dia nak bangun awal.

3. Siti tu muda. Memanglah dia nak pakai seksi-seksi sikit. Trend sekarang kan memang pakai baju 2 saiz lebih kecik dari saiz sebenar. Biarlah dia. Nanti dah besar, pandailah dia.

4. Buat apalah nak bersemangat sangat mahu ambil kisah pasal negara ni. Kamu tu muda lagi. Gigi susu still ada pun sibuk nak share pandangan dengan kami yang banyak telan garam nih.

Contoh tamat.


***
Orang muda urat masih kuat. Tulang masih banyak kalsium. Mata masih cerah. Gunakanlah. Bina potensi diri mereka. Biar mereka gagah jadi benteng. Biar kukuh jadi akar. Biar geliga jadi pemimpin. Beri peluang untuk mereka pula makan garam. Janganlah asyik diberinya gula-gula suruh jangan anak muda teriak.