Monday 18 May 2015

Salam Pertama Pakcik



Tepat jam 5.01, siap je thumbprint terus mendecum kereta menuju balik ke Kuala Terengganu. Lupa nak cakap, kerjanya di Kemaman. Dua jam atas highway sampailah ke kampung halaman terus cium salam ma abah. Charge henfon dan siapkan diri. Jam pukul 8 tergerak hati nak belek henfon. Dan bila belek je terpampanglah “Mungkin Tak Jadi” ada hantar whatsapp “salam”. Begitu cerita bagaimana Pakcik dan saya bertukar cerita. Tanya pasal cita-cita. Tanya pasal keluarga. Tanya pasal nilai agama. Tanya pasal semua benda. Betullah semua rasa itu, Allah yang Esa punya kuasa. Terus terang cakap, saya bukan senang nak percaya tapi dengan Pakcik, semua benda jadi mudah. Huluran salam yang pertama jadi yang kedua. Jadi yang ketiga. Dan tiba-tiba dunia macam lebih ceria. 

Pakcik yang mulanya Mungkin Dok Jadi



Sehari lepas pasar malam, Pakcik dan aku jadi kawan kat facebook. Takde mesej di wall. Takde juga private mesej. Stalk gambar secara senyap. Dan Pakcik pun pakai kaca mata. Yay untuk geng-geng rabun takut sumbat contact lens dalam mata. Rilek je lalui hari dengan tahap busy lebih dari skala biasa. Selasa jadi Rabu. Rabu jadi Khamis. Aku fikir, Pakcik dah takut tengok gambar hidung kembang mata juling aku. Okaylah, kita save nombor dia jadi “Mungking Dok Jadi” yang mana bila ditanslate ke bahasa mainstream “Mungkin Tak Jadi”. 

Pakcik On The Way


Isnin, menunggu pukul 5 petang nak pergi pasar malam. Lumrah geng bujang yang jarang masuk dapur, pergi pasar malam bungkus nasi kerabu lebih ulam daging bakar dengan air coconut shake gelas besar dah boleh kenyang sepanjang malam. Tapi hari isnin itu lain sikit cerita dia. Kak Dini, teman serumah cakap tunang dia yang aku panggil Encik Din telefon, cakap dia ada kawan. Nak kenalkan. Respon pertama, ketawa yang sangat awkward. Lepas tu, buat-buat sibuk sampailah pukul 5 petang. Pergi ke pasar malam dengan kak Dini dan jumpa Encik Din di situ. Dia pun buka cerita. Pasal seorang pakcik. Encik Din minta nak bagi nombor. Aku tak angguk tak jugak geleng. Encik Din faham. Nombor dihantar. Selang sepuluh minit, Pakcik telefon Encik Din. Tanya pasal facebook. Okay, rasa kelakar dengan situasi itu dan bimbang juga. Aku punya normal di tahap minimum dan gambar2 dalam facebook menyokong kenyataan itu. Syuhuru, kawan baik sampai syurga insyaAllah pun cakap, aku banyak hal. Kena jumpa laki yang sabar. Bagi facebook. Dan nasi kerabu dengan air coconut shake pun dah dijinjit di tangan. Balik pulang makan depan tv. Dan juga, dah tengok gambar Pakcik dalam henfon Encik Din. Jujurnya, tak nampak sangat, Nampak topi Pakcik je.


Begitu bagaimana aku kenal Pakcik melalui perkhabaran orang. 24 tahun usia baru nak kenal cinta. Okay, sedikit geli dengan diri sendiri. Maaf kalau mata bernanah baca.