Saturday 4 July 2015

Dah Bertentang Mata


Empat hari selepas berkenalan, Pakcik dah nak berenang pergi tempat kerja. Dia minta izin nak jumpa. Seperti biasa, heret Kak Dini dan Encik Din. Tapi saya habis kerja pukul 5 dan kalau boleh taknak keluar malam. Jadi, sempat ke nak jumpa, alasan yang aku reka. Dia kata, takpelah sekejap pun takpe. Pukul 3, dia hantar mesej cakap dia dah gerak. Okay, drive baik baik, aku balas. ( Dia memang kena gerak pukul 3 sebab jarak rumah dia dengan tempat kerja aku dua jam perjalanan naik kereta)

Masuk je dalam kedai, Pakcik dan topi dia dan duduk kat kerusi. Dah lama sampai, soalan aku. Baru je, jawapan Pakcik. Dan itu sahaja perbualan kami sepanjang pertemuan. Mujur ada Kak Dini dan Encik Din yang cuba riuhkan keadaan. 

Jujur cakap, semua urat dalam perut bersimpul dalam sejam yang rasa macam seminggu lama dia. Curi-curi pandang. Dan bila mata bertentang mata, hati dah cakap, alamak, sudah! Semua siren dalam badan dah berbunyi suruh kawal hati. Dan memang gila bila ya boleh mengaku sekarang, nampak sisi dia pun, sebenarnya hati dah mula suka. Ya, tahu memang gila. Memang bahaya. Tak payah cakap, orang sekeliling pun dah tolong bagi amaran.

Dia bertolak balik. Aku punya lambai pun dia balas acuh tak acuh. Apa, tak sabar sangat ke nak balik Pakcik ni, soal aku dalam hati. Dah rasa kecewa sikit sebenarnya. Dia tanpa berita sampailah dia dah selamat sampai rumah. Dia mesej, saya dah sampai. 

Dan esoknya dia bersiap-siap nak naik ke tempat kerja. Cuma boleh mesej minta dia selamat.


P/s: Pakcik mesej Encik Din cakap dia suka tapi dia segan takut dia bertepuk sebelah tangan. Kalaulah Pakcik tahu, semua cerita Encik Din cerita kat Kak Dini. Dan Kak Dini dengan pantas sampaikan pulak kat aku. Aku dah tak rasa kecewa.

Ah sudah, dah nampak cute pulak Pakcik yang pemalu rupanya sampai nak tengok mata aku pun guna side mirror.