Monday 31 January 2011

Songeh kamu


Manusia, kamu banyak songeh. Bila kemarau pingin hujan. Bila tengkujuh pinta terik. Hidup penuh rungutan, alasan. Cuba kamu belajar terima keadaan. Kalau panas petik suis kipas. Kalau sejuk tarik selimut. Begitu lebih senang, bukan?

Sunday 30 January 2011

Akal sejengkal


Mereka cakap anak muda zaman sekarang makan perlu disuap. Minum perlu straw. Tidur perlu ditepuk. Mandi perlu disabun. Aku anak muda. Aku hidup zaman sekarang. Konklusi: aku anak muda zaman sekarang. Tapi aku makan pakai tangan aku. Aku minum terus dari cawan. Aku mandi gosok sabun sendiri. Aku tidur tepat jam dua tak perlu diulik. Kawan aku pun begitu. Kawan kepada kawan aku pun begitu. Aku cuma nak tanya. Mereka cakap pasal anak muda mana? Keliru.

Thursday 27 January 2011

Harus 5


Lelaki itu harus sentiasa pakai t-shirt putih campur kain pelikat.

Dok pahang sudoh


Dup dak,dup dak. Jangtung bunyi. Koho dop sedak doh rase. Hati gelepor suke'an. Bukang dop penoh wak kije nih. Tapi tiap kali dop soh kalu dop rase gini. Lambat la pulop jarung jang gerok. Betat dekpong. Dop sabo doh nih. Dok bayang doh saingbok Kapong Pok Tuyu. Dop sabo doh nok makang bepang, nganang, kepok sberang takir, air tepeng hok mok wak. Gletak doh rase nok peluk mok ayoh. Lambat weh rase. Hok pasti, cakak ganu gok hok sedak kali. Esok dakyoh doh la kabo nok "air teh ais satu". Wi "tepeng se" lalu. Suke ngat rase gini. Bukang nde. Nok kabo kite nok balik kapong esok. Tu je.

Tuesday 25 January 2011

Pak Tuyu


Kamu mungkin kata tempat itu biasa. Tiada pusat shopping besar. Cuma ada Kedai Runcit Hajah Som. Tiada KFC apatah lagi PIZZA HUT. Cuma ada Kedai Makan Pak Wei. Tiada LRT Komuter. Cuma ada van sekolah kaler kuning. Tiada Kondominium tingkat 34. Cuma ada rumah batu kayu tersusun terlapis. Tiada kilang maha besar. Cuma ada Pengusaha Ikan Kering Pak Ali. Tapi di situ ada Puan Zarimah. Ada Encik Zuhaimi. Ada ahli waris. Ada bilik saya kaler kuning. Ada bau pantai. Ada memori. Ada bahagia. Ada segala yang saya suka. Tempat itu mungkin biasa bagi kamu. Tidak bagi saya. Kampung Pak Tuyu. Tanah kamu beraroma nostalgia.

Sunday 23 January 2011

Harus 4


Aiskrim itu harus berbau berperasa vanilla.

Saturday 22 January 2011

Kisah sorang budak


Satu hari. Sorang budak bangun tidur terus mandi. Air sejuk cuci seluruh daki. Sambil mandi, rewind mimpi. Pakai baju konon ranggi. Tengok ke luar berseri-seri. Ingatkan baru pukul 6 pagi. Rupanya matahari sudah tinggi. Budak terus makan tengah hari.

Sendiri. Satu ruang untuk muhasabah diri. Atau terus sambung mimpi. Ini dilema. Besar!

Thursday 20 January 2011

Harus 3


Air itu harus teh ais. Ais itu pula harus mega banyak.

Wednesday 19 January 2011

encik Sepsis


Saya pernah umur sepuluh tahun. Saya masih anak sulung waktu itu. Saya ada angah Zulaikha, achik Zulfadhli. Puan Zarimah sedang kendong alang Zulhairee waktu itu. Besar perut Puan Zarimah walau dia masih slim tika itu. Saya nakal. Saya suka buat Puan Zarimah sakit hati. Paling saya benci bila Puan Zarimah bandingkan saya dengan angah Zulaikha. Dia budak baik. Dengar kata. Saya selalu rasa Puan Zarimah tak sayangkan saya. Encik Zuhaimi sibuk manjakan achik Zulfadhli. Mereka masuk kelab lelaki. Saya dengki angah Zulaikha tambah achik Zulfadhli. Satu hari, saya demam. Biasa. Masalah antibodi kata puan doktor. Ambil ubat terus balik rumah. Selepas seminggu masih tak kebah. Kaki mula sakit. Peha berdenyut-denyut. Encik Zuhaimi mula risau. Puan Zarimah sudah bising. Saya pura-pura tak sakit sebab saya benci klinit,ubat,doktor. Tapi hari itu saya bangun pagi, saya tak boleh gerakkan kaki saya. Cuba lagi. Masih tak boleh. Terus menangis. Encik Zuhaimi kendong saya masuk kereta pecut ke klinik. Sampai klinik. Puan doktor terus bagi surat suruh ke hospital. Puan Zarimah dah menangis. Saya tak menangis. Saya cuma bisu. Sampai hospital. Buat semua yang encik doktor pelatih suruh. Masuk wad. Waktu ini, saya sangat malu dengan diri. Bukan encik, puan, angah, achik yang tak sayangkan saya. Saya yang tak hargai mereka. Encik Zuhaimi tidur dalam kereta seminggu sebab saya. Dia makan nasi bungkus seminggu sebab saya. Dia tak dapat perhatian sayang (Puan Zarimah) dia seminggu sebab saya. Dia tersengguk-sengguk mengantuk sebab saya. Puan Zarimah tidur atas lantai sejuk sebab saya. Puan Zarimah lupa dia mengandung sebab saya. Puan Zarimah menangis setiap malam sebab saya. Puan Zarimah letih sebab saya. Angah Zulaikha picit saya. Angah Zulaikha biar Puan Zarimah temankan saya. Angah Zulaikha datang ke rumah sakit setiap hari sebab saya. Achik Zulfadhli bawa patung Otromen dia bagi saya. Achik Zulfadhli tak merengek walau Encik Zuhaimi tak hiraukan dia. Apa yang saya buat? Saya hanya baring atas tilam cadar putih sambil arah orang lain buat itu-ini. Mereka sayangkan saya. Saya yakin itu. Kerana virus Sepsis itu mata saya celik. Saya bertuah sebab punya mereka. Sekarang saya mahu mereka bangga punya saya. Saya sayang keluarga saya. Saya sayang mereka bukan kerana ikatan darah yang kami kongsi. Tapi kerana mereka ada tika saya tak punya sesiapa.


Monday 17 January 2011

Gleek


Kau bukan karakter utama. Kau muncul jarang-jarang. Mata kau tidak bulat. Suara kau bukan yang terhebat. Kau sudah punya Tina. Tapi apa kudrat, aku sudah cop kau. Mike Chang, aku senang tatap kau dalam Glee.

Harus 2


Bingkai kaca mata itu harus kaler hitam.

Sunday 16 January 2011

Katup Celik


Saya lihat kiri, kuning. Kosong. Keras. Sejuk konkrit. Saya pandang kanan. Temu mata anak pakcik Samiun. Saya toleh belakang, silau. Angin sepoi sepah. Jendela terbuka. Kain jendela joget kanan kiri. Saya tengok depan. Luas. Nampak anak pakcik Zainul. Cantik. Manis. Tutup mata. Gelap. Sendiri. Tapi masih nampak kiri kanan belakang depan. Kerana ini kebiasaan saya. Kebiasaan memberi saya rasa selamat. Saya masih boleh celik walau mata saya katup. Saya suka itu. Saya mahu kenal setiap bau, warna, rasa sekitar saya. Mungkin itu sebab saya terus setia sarung kaca mata walau kanta lekap kaler pink nampak sangat cantik.

Perut jemu


Saya mahu makan selain barang sejuk beku. Sudah terlalu jemu menghadap ayam goreng berempah Mexico. Saya kepingin ayam masak tomyam. Ada kuah. Ada kobis. Ada lobak. Ada tomato. Ada rasa. Mungkin sebab itu Puan Zarimah sibuk suruh saya belajar masak. Supaya saya tidak perlu bantuan encik kicap manis bin adabi untuk bantu lancarkan proses mamahan saya.

Saturday 15 January 2011

Petang Sabtu


Sunyi. Golek kiri depan belakang kanan.

Sambung tidur.

Friday 14 January 2011

Saya mahu muda


Muda itu riang. Bangun pagi, celik mata, minum milo. Puan Zarimah gorengkan telur. Ambil kicap manis, tuang. Hitam. Puan Zarimah tolong carik-carikkan. Ambil garfu, makan. Mandi. Puan Zarimah tolong shampookan. Siap. Puan Zarimah tolong lapkan. Puan Zarimah taburkan talkum Johnson n Johnson. Wangi. Putih. Puan Zarimah pakaikan skirt campur baju kaler merah jambu. Puan Zarimah sikatkan rambut. Siap. Tiarap depan televisi. Waaa, Usop Sontorian. Waaa, Siti Sifir. Waaa, Joe Jambul. Waaa, Anak-anak Sidek. Ketawa. Gelak. Lapar. Puan Zarimah bagi makan. Bahagia. Eh, Puan Zarimah nak keluar. Dia pakai kasut tumit tinggi lah. Saya pun nak pakai. Dia pakai gincu kaler merah lah. Saya pun nak leset. Dia sandang beg tangan lah. Saya pun nak. Saya nak jadi dewasa lah. Lambatnya saya nak jadi macam Puan Zarimah. Cepatlah dewasa!!

Dewasa itu...............saya mahu kembali muda. Riang itu ada tapi tak sama. Iri lihat orang muda lompat-lompat lari-lari. Cuba buat. Amik posisi. Lari. Tak sama. Tak riang. Cuma rasa bodoh. Ini rupanya dewasa. Kalaulah saya tahu, saya mahu jadi muda lama-lama.

Tuesday 11 January 2011

Harus 1


Lelaki itu harus ada sedikit Zahiril Adzim *sila ke meja kaunter GOOGLE untuk maklumat lanjut*

Saturday 8 January 2011

Rasa itu belum pergi


Kenapa hari itu semua benda yang saya lakukan, saya rasa sayu. Bukan saya tak pernah tengok dia tidur. Bukan saya tak pernah mandikan dia. Bukan saya tak pernah pakaikan dia baju. Bukan saya tak pernah cium dia. Tapi kenapa hari itu, semuanya yang saya buat, saya rasa tak cukup. Saya mahu terus buat. Terus buat. Saya kenal dia 20 tahun. Saya ada banyak masa untuk buat semua itu. Tapi saya boleh kira guna sebelah tangan berapa kali saya buat. Kenapa bila saya buat semua itu untuk kali terakhir, saya mahu peluang untuk buat lagi. Tapi sudah terlambat. Dia sudah tidur untuk selama-lamanya. Dia sudah dimandikan. Dia sudah dikafankan. Saya cium dahinya. Saya tengok dia. Cecair mata mahu mengalir. Saya tahan. Saya cium lagi. Kali ini untuk yang terakhir kali. Saya iring dia ke pusara. Saat itu, semua nampak kelam. Gelap. Hati minda saya kosong. Rasa itu saya luahkan dengan cecair mata. Saya peluk Puan Zarimah. Saya peluk Encik Zuhaimi. Tapi saya rindu nak peluk Nenek Selamah. Sayangnya, saya sudah tidak boleh rasa hangat peluk dia. Sudah tidak boleh tatap senyum gelak dia. Sudah tak boleh dengar bicara senandung dia. Saya rindu. Sungguh. Al-Fatihah.

Friday 7 January 2011

Selimut putih


Hari ini sejuk. Saya tarik selimut. Kaler putih. Tapi kurang putih. Saya belek kondisi fabrik. Sudah lusuh. Sudah lama selimut ini memanaskan saya. Sudah 7 tahun. Ya, saya guna selimut yang sama sejak 7 tahun lepas. Selimut ini bersama saya dari hari pertama saya tidur makan menetap di asrama. Waktu itu umur saya 13 tahun. Saya benci asrama. Tapi Encik Zuhaimi bertegas mahu saya keluar dari rumah. Jadi, selimut ini bagi saya satu simbol. Simbol saya perlu berdikari. Kalau dikenang zaman saya 13 tahun, saya tidak pernah tidak 'rumahsakit'. Bukan sedikit cecair mata saya jatuh kala malam bila saya pasti semua ahli bilik sudah tidur. Tiada Puan Zarimah untuk kesat cecair mata saya. Selimut ini saya guna untuk tekup muka sambil serap cecair mata saya. Saya rasa selesa dengan selimut ini. Jadi hari ini, saya tengok selimut ini dan saya rasa gagah. Sudah banyak liter cecair mata saya tumpah, tapi saya masih di sini. Betullah apa Puan Zarimah kata, menangis itu bukan tanda kita lemah. Tapi tanda kita kuat untuk mengaku yang kita punya limit dan kita perlu bantuan. Yang pasti, saya harap cuaca akan terus begini.

Cecair sempurna


Saya rebus air. Tunggu 5 minit. Asap keluar, bunyi siren. Air sudah panas. Saya ambil gelas. Saya tuang susu pekat manis F&N. Berhenti. Saya angkat gelas. Ukur inci susu. Mungkin belum cukup. Saya tuang susu lagi. Berhenti. Cukup mungkin. Saya ambil satu uncang. Saya letak dalam gelas. Biar dia bertindih dengan susu. Saya tuang air panas. Mereka mandi bersama. Saya ambil sudu. Saya kacau kiri, kanan, depan, belakang. Saya sisip sedikit. Wah, manis. Saya tambah air putih. Saya tambah ais. Kemudian saya ambil gelas ke meja makan. Sambil makan nasi, saya teguk air teh ais. Rasa lengkap. Memang teh ais itu cecair paling sempurna. Yang pasti, suatu hari saya mahu untuk ada ladang teh.

perKAWANan itu perjuangan


BAKAL KAWAN
Senyum-senyum, pandang-pandang. Tanya nama. Lupa 5 minit kemudian. Jumpa lagi. Tanya nama. Lupa 30 minit kemudian. Tapi ingat muka. Situasi "Oh, dia ni......". Cakap mesti mahu penuh susila. Perlu jaga impresi pertama*saya ambil terus dari 'first impression'*.

KAWAN
Tahu nama. Ingat-ingat lupa nama ayah kawan. Mula buat aktiviti sosial. Nonton wayang, minum makan. Mula tunjuk diri.

KAWAN CEMERLANG
Tahu nama ayah kawan. Nama ibu kawan. Bilangan ahli waris kawan. Tak perlu senyum untuk cakap hai. Terus tepuk otot-otot salut kulit kawan. Makan sepolisterin. Tidur dua bantal satu tilam. Sepatah huruf 'A" boleh terus jadi modal forum. Sayang sangat banyak. Ahli waris kenal kawan jenis ini. Ini golongan kedua penting selepas ahli waris.

BEKAS KAWAN
Jeling-jeling, pendang-pandang. Senyum taknak senyum. Hati sentiasa pedih kenang zaman bersosial bersama. Kembali seperti bakal kawan.

SAYA SEBAGAI KAWAN
Tidak sempurna. Kansernya tahap 3. Banyak koyak perlu dijahit. Saya sedar semua itu. Sedang cuba untuk ubah diri sebagai kawan. Kita tidak tahu bila bakal kawan jadi kawan jadi kawan cemerlang jadi bekas kawan. Perkawanan itu satu perjuangan banyak hari. Yang pasti saya sangat bertuah sebab kawan-kawan cemerlang saya meng'foundation'kan parut jerawat saya. Terima kasih dan salam kecemerlangan sahabat kepada anak pakcik Tahar dan anak pakcik Samiun.

Thursday 6 January 2011

Jadi insan gagah


Hidup jangan hipokrit. Ini saya tuju untuk diri sendiri. Mungkin saya juga manusia hipokrit. Untuk jadi hipokrit ini memang mudah. Tak perlu latihan, semua orang lulus cemerlang. Untuk tidak hipokrit itu payah. Perlu korban banyak hal. Alam ini punya hukum karma. Kita tak akan selamanya kukuh di atas. Sampai masa, turunlah kita ke tanah. Kala ini, saya sangat terkesan dengan encik hipokrit ini. Pedih rupanya bila sesuatu yang kita macam kenal rupanya hanya kertas pembalut yang bila dicarik, terserlahlah isi sebenar. Jadi, saya mahu ambil peluang ini muhasabah diri. Saya sudah berjanji dengan Puan Zarimah untuk jadi insan gagah. Yang pasti, saya mahu jadi dewasa yang baik.

Rupanya sangat susah untuk buat-buat lupa. Tok, along rindu! Al-fatihah.

Indah itu aku perlu


Hari ini indah kesimpulannya. Cacatnya memang ada. Kudungnya memang nyata. Bisunya memang jelas. Tapi syukur aku kerana aku masih punya lebihan sisa umur untuk mungkin terus jadikan indah itu lebih sempurna. Yang pasti, aku punya banyak nikmat yang aku perlu syukuri!

Nenek yang saya panggil emak.


Dia sudah tua. Sudah 81 tahun. Rambutnya sudah semua putih. Kalau silap pandang, boleh silap anggap dia pelancong dari Australia. Dia bukan kurus. Dia gemuk. Dia berat. Dia sakit lutut. Jadi, dia perlu bantuan untuk bergerak. Dia suka makan. Dia suka menangis. Dia hafal dialog citer P.Ramlee. Dia suka baring. Dia juga pernah muda. Dia pernah jadi dara pingitan. Dia sudah lahirkan 12 pemuda pemudi. Pemuda pemudi tadi kemudiannya lahirkan 50 warisan lagi. Aku salah seorang dari warisan itu. Tapi aku istimewa kerana aku dia tilik dan tepuk dari kecil. Aku sangat rapat dengan dia. Dia aku panggil emak. Hari itu hari sabtu. Jam pukul 2.00 pagi. Aku ada di sisi dia. Tapi dia sudah tak senyum. Dia tak panggil aku. Aku panggil dia tapi dia bisu. Dia sudah tiada. Ya, nenek aku sudah tiada. Kamu mahu tahu siapa aku. Akulah cucu yang bila neneknya ada, dipandang sebelah mata tapi bila neneknya pergi, separuh nyawa ikut pergi. Saya sangat rindu emak saya ketika ini. Yang pasti, dia tinggalkan pusaka sifat melatah dia kepada saya.

Saya dan sahabat


Untuk jadi seorang sahabat itu bukan mudah. Sahabat itu karier sepanjang hayat. Tidak ada cuti mahupun MC. Hari ini saya belajar sesuatu. Mungkin sahabat itu pun ada tarikh luput. Mungkin kita perlu sentiasa perbaharui kontrak untuk dapat khidmat pelanggan yang memuaskan. Yang pasti, saya mahu cuba untuk jadi sahabat cemerlang.

Dia yang dah tak meraba


Saya minta maaf kalau awak terasa. Saya bukan benci awak, saya cuma segan. Saya tak tahu yang awak ni sensitif. Saya ingatkan awak ni kasar sebab awak hitam. Baiklah, lepas ni awak boleh raba saya. Awak boleh terus gesel-gesel kat kaki saya. Saya takkan marah awak lagi asalkan awak balik. Black, saya rindu nak dengar meow-meow suara nyaring awak. Saya rindu nak tengok Puan Zarimah belai awak. Sungguh, saya rindu. Yang pasti, saya tak sangka saya akan ada rasa sayang kat kucing. Blackie, kamu memang istimewa!

Cinta - Sayang - Sahabat


Ramai kawan sedang bicara tentang cinta. Saya dengar, saya angguk, saya geleng, saya senyum. Saya bohong kalau saya kata saya tak kenal cinta. Cinta itu menurut nenek saya, fitrah. Menurut saya, cinta itu sayang. Sayang itu sahabat. Konklusi:saya mahu cinta saya jadi sahabat saya. Saya mahu percaya itu. Saya sangat kurang ilmu sosial. Sangat jarang untuk saya komunikasi dengan bakal kawan sambil tentang mata mereka. Lebih-lebih lagi bila bakal kawan itu kaum Adam. Separuh dari sistem badan saya akan terhenti bila saya perlu berhadapan dengan mereka. Saya bukan segan, saya takut. Takutkan apa. itu soalan yang saya juga inginkan jawapan. Jadi saya mahu cari cinta saya selepas bakal kawan jadi kawan. Sebab kawan itu saya simpan dekat dengan hati. Yang pasti, saya juga percaya jodoh.

Sunday 2 January 2011

Ini belog saya


Masuk hari ini, ada lima orang yang tahu dan mungkin baca belog saya. Yang pasti saya harap Puan Zarimah akan terus tidak tahu apa itu belog.