Friday 31 December 2010

Bilik saya kaler kuning.


Ini malam terakhir untuk tahun 2010 saya boleh tidur atas katil saya sambil buat-buat mimpi Yoon Doojon*silalah google kalau nak cuci mata dengan mamat mata sepet yang hensem* datang pinang saya. Esok saya dah nak bergerak ke Shah Alam. Perlu jadi student untuk lima bulan akan datang. Sekarang saya jawat jawatan mak guard campur penyumbang masalah obesiti di Malaysia. Saya sangat suka bilik saya sebab saya akan habiskan 90% cuti semester saya ukur lebar bilik ini. Saya benci kuning tapi ironinya bilik saya kaler kuning. Mak saya kata kuning boleh buat bilik nampak macam luas. Dan saya yang ketika itu berumur 13 tahun angguk-angguk macam faham. Bilik ini menerap sikap malas-malasan saya. Bilik ini juga menaik-level berat tubuh saya. Saya berkenalan berpacaran dengan encik-encik made in Korea dalam bilik ini melalui perantaraan pak internet. Mata saya lena dalam bilik ini. Mata saya celik dalam bilik ini. Bilik ini banyak mencorak siapa saya. Saya bebas jadi diri saya di dalam bilik ini. Tiada siapa yang akan menilai saya. Dalam drama Korea, bila heroin dilanda stress, hero kedua akan sentiasa membawa si heroin ke cerun bukit/gunung untuk biar heroin bertempik-gempita. Tapi saya hanya perlu pulang ke bilik ini dan peluk cium Puan Zarimah. Jam sudah pukul 12.38 a.m dan emosi sangat tidak stabil kerana esok sudah tidak boleh buat-buat demam untuk buat alasan supaya Puan Zarimah datang dan buat-buat picit. Yang pasti saya sudah pra-homesick!

Wednesday 29 December 2010

Dia yang suka meraba

Saya tak pernah ingat berkenalan dengan dia. Saya pun tak ingat bila kami mula berkawan. Saya tak pernah bagi izin untuk dia duduk dekat-dekat rapat-rapat dengan saya. Saya bukan benci dia. Saya cuma tak suka bila dia meraba-raba saya. Saya dah puas nasihatkan dia. Tapi dia tak pernah nak dengar. Dia cuma cakap meow-meow jer. Blackie, kalau kamu dengar, saya takut dengan kuku dan taring kamu. Tolonglah jangan hiraukan saya. Saya hanya boleh belai kamu bila kamu sudah tidur. Saya janji akan bagi kamu whiskers setiap 2 jam kalau kamu janji takkan jilat saya lagi. Satu lagi, saya harap kamu takkan jadi kucing dewasa!

Tuesday 28 December 2010

haru BIRU


Saya suka kaler biru. Biru itu tenang menurut saya. Biru itu juga indah. Ia tidak melebih-lebih. Sederhana. Tidak perlu terlalu mencapak untuk menarik perhatian. Separuh almari saya terdiri dari kaler biru yang satu ini. Tapi saya tidak terlalu buru untuk meleset eyeliner kaler biru!

Saturday 25 December 2010

Anda tahu Atrogen?


Saya pernah minum vitagen,yakult,nutrigen. Hari ini saya beranikan diri untuk teguk sisip Atrogen. "Enriched with vitamin C, B6". Dengan 150 ml ini, saya harap saya boleh jadi kuat macam Otromen.

Wednesday 22 December 2010

Akhirnya kita kembali kepada tanah jua.


Kenapa kita perlu kehilangan sesuatu sebelum kita sedar yang sesuatu itu bukan sekadar 'sesuatu'. Hari ini masuk hari keempat aku hilang dia. Aku berdoa dia tergolong di kalangan hambanya yang beriman dan beramal soleh. Perpisahan ini aku yakin ada hikmahnya. Yang pasti, aku berikrar aku ingin jadi anak yang lebih baik.

Friday 17 December 2010

Satu titik mula


Belog ini terhasil atas semangat 'tahi2 ayam' aku yang ingin menaiktaraf level 'English' aku. Bila tahi sudah hilang panas, aku jadi malas. Jadi itu penjelasan bagi penggunaan bahasa orang putih di mukadimah belog. Tapi, untuk aku terus menjadi aku, aku mahu terus menulis dengan bahasa aku. Yang pasti, sedikit masa lagi, aku sudah boleh mengundi.