Kepada yuaitiem,
Assalamualaikum. Saya bekas budak Asasi TESL Kuantan. Saya umur lapan belas bila pertama kali saya jejak kaki di Jengka untuk minggu orientasi. Bukan, saya taknak complaint kenapa saya perlu pergi ke Jengka untuk orientasi sedangkan saya akan berpangkalan di Kuantan. Saya tak kisah walaupun semua selok-belok jalan yang abang dan kakak fasilitator suruh hapal tak akan ada gunanya untuk saya selepas seminggu. Saya juga tak kisah bila saya kena packing banyak kali. Tak, serius semua tu benda remeh-temeh. Okay, saya sambung cerita. Bila dah sampai Kuantan, saya spend lagi tiga hari untuk additional orientasi untuk memudahkan kehidupan saya di Kuantan. Saya terima itu. Saya juga tak kisah bila senior-senior yang ada kat situ semuanya bebudak Asasi Law sebab diorang punya duration adalah setahun setengah sementara senior-senior saya dah grad. Saya tak ada masalah dengan itu. Selepas itu, bermulalah hidup saya sebagai seorang pelajar. Macam orang lain juga, saya kena baca buku, saya kena jawab test, saya ada final, kena buat presentation. Cumanya usia pengajian adalah setahun. Tapi, saya pun makan megi guna air kat water cooler. Saya pun kena berkejaran naik bas. Saya pun berjaga malam nak siapkan assignment (okay, mungkin part berjaga malam ni adalah untuk buat benda lain). Sama saja apa yang budak asasi buat dengan budak-budak lain. Jadi, disini bermulanya apa yang saya betul-betul nak cakap. Kenapa? Kenapa tak ada Hari Konvokesyen untuk kami? Oh kenapa? Saya pun nak pakai jubah besar yang saiz S macam saiz XXL. Saya pun nak pening kepala fikir nak pakai tudung macam mana bila kena pakai mortar board. Saya pun nak orang bagi bunga. Saya pun nak pakai heels yang hanya dipakai sangatlah jarang kalinya. Janganlah dipandang usia setahun tu sebagai alasan untuk memperlekehkan usaha kami. Harapnya, satu hari nanti, akan adalah satu hari di mana budak-budak asasi dapat bagi mak ayah surat jemputan nak tengok anak-anak mereka naik atas pentas.
Sekian,
Budak yang nak konvo sekali lagi sebab hari konvokesyen adalah sangat best.
***
Serius cakap, hari konvo sangat best untuk student. Untuk mak bapak dengan famili yang datang mungkin tak akan jadi best sangat. Yelah, mereka kena menunggu. Bila dah grad ni, rasa terkilan juga sebab kalau budak yang dari diploma, mereka dah rasa dua kali hari bahagia ni. Tak boleh berhenti senyum kot hari tu. Sengih sampai ke cuping sentiasa.
Akhir kata I survived yuaitiem.
No comments:
Post a Comment