Thursday, 6 January 2011

Nenek yang saya panggil emak.


Dia sudah tua. Sudah 81 tahun. Rambutnya sudah semua putih. Kalau silap pandang, boleh silap anggap dia pelancong dari Australia. Dia bukan kurus. Dia gemuk. Dia berat. Dia sakit lutut. Jadi, dia perlu bantuan untuk bergerak. Dia suka makan. Dia suka menangis. Dia hafal dialog citer P.Ramlee. Dia suka baring. Dia juga pernah muda. Dia pernah jadi dara pingitan. Dia sudah lahirkan 12 pemuda pemudi. Pemuda pemudi tadi kemudiannya lahirkan 50 warisan lagi. Aku salah seorang dari warisan itu. Tapi aku istimewa kerana aku dia tilik dan tepuk dari kecil. Aku sangat rapat dengan dia. Dia aku panggil emak. Hari itu hari sabtu. Jam pukul 2.00 pagi. Aku ada di sisi dia. Tapi dia sudah tak senyum. Dia tak panggil aku. Aku panggil dia tapi dia bisu. Dia sudah tiada. Ya, nenek aku sudah tiada. Kamu mahu tahu siapa aku. Akulah cucu yang bila neneknya ada, dipandang sebelah mata tapi bila neneknya pergi, separuh nyawa ikut pergi. Saya sangat rindu emak saya ketika ini. Yang pasti, dia tinggalkan pusaka sifat melatah dia kepada saya.

No comments: