Monday, 2 April 2012

Bapak dia ada syarikat besar.


Pengarah besar pegang mikrofon berucap di depan. Teks ucapan berbunyi " saya, hari ini ingin melantik Farah, anak saya untuk mengetuai bahagian __________. Saya berbuat demikian bukan kerana dia berbintikan saya, tapi kerana saya yakin yang dia boleh buat. Jadi, saya harap semua boleh bagi sokongan kepada Farah sebab syarikat ini syarikat kita". Teks ucapan tamat.

***

Wah. Ingat situasi ini hanya berlaku dalam filem Direktor konon Professor saja. Tak sangka boleh bertemu situasi ini di dunia realiti. Saya percaya sekarang yang direktor-direktor filem melayu buat research dulu sebelum mereka terbit satu-satu filem.

Mungkin bukan salah mereka filem melayu adakalanya tak hebat. Mungkin sebab mereka tak pernah nak buat research pasal hidup orang-orang yang penuh rempah. Tiada siapa yang nak buat cerita pasal Pak Abu, nelayan laut dalam. Pergi pagi, balik malam. Malamnya, menebar roti canai buat tambah pendapatan untuk buat kirim pada anak di UiTM Shah Alam ambil pengajian ukur bahan. Bini nama Mak Limah. Pandai buat karipap inti ubi campur daging.

Tak ada yang nak ambil peduli pasal cerita mereka. Semua nak cerita pasal keluarga Dato' ada lima orang orang gaji, anak-anak mesti rasa kurang kasih sayang lalu terjebak dalam dunia liar kotaraya. Walau kalau ikut logiknya, Pak Abu itu mewakili 50 peratus dari rakyat Malaysia. Rakyat yang biasa, yang cuba untuk hidup gembira setiap hari.

Cuba berhenti dari memandang terlalu tinggi. Berhenti dan tunduk kebawah. Mana tahu, yang penuh debu tanah ini boleh bagi satu pengalaman luar biasa untuk kita-kita.


p/s: Kalaulah encik Zuhaimi ada kilang budu. Kalaulah.

2 comments:

irah_1812 said...

saya rindu awak lah! :)

ZAWIAH NAMA SAMARAN said...

ayuh ke sas alang. tidur rumah saya. saya goreng ayam frozen untuk awak. kita makan nasi dgn kicap. ayuh. banyak mahu cerita. satu lagi, kamu mahu beli hanster tak? ada org mahu jual.