Tepat jam 5.01, siap je thumbprint terus
mendecum kereta menuju balik ke Kuala Terengganu. Lupa nak cakap, kerjanya di
Kemaman. Dua jam atas highway sampailah ke kampung halaman terus cium salam ma
abah. Charge henfon dan siapkan diri. Jam pukul 8 tergerak hati nak belek
henfon. Dan bila belek je terpampanglah “Mungkin Tak Jadi” ada hantar whatsapp “salam”.
Begitu cerita bagaimana Pakcik dan saya bertukar cerita. Tanya pasal cita-cita.
Tanya pasal keluarga. Tanya pasal nilai agama. Tanya pasal semua benda. Betullah
semua rasa itu, Allah yang Esa punya kuasa. Terus terang cakap, saya bukan
senang nak percaya tapi dengan Pakcik, semua benda jadi mudah. Huluran salam
yang pertama jadi yang kedua. Jadi yang ketiga. Dan tiba-tiba dunia macam lebih
ceria.
Monday, 18 May 2015
Pakcik yang mulanya Mungkin Dok Jadi
Sehari lepas pasar malam, Pakcik dan aku jadi
kawan kat facebook. Takde mesej di wall. Takde juga private mesej. Stalk gambar
secara senyap. Dan Pakcik pun pakai kaca mata. Yay untuk geng-geng rabun takut
sumbat contact lens dalam mata. Rilek je lalui hari dengan tahap busy lebih
dari skala biasa. Selasa jadi Rabu. Rabu jadi Khamis. Aku fikir, Pakcik dah
takut tengok gambar hidung kembang mata juling aku. Okaylah, kita save nombor
dia jadi “Mungking Dok Jadi” yang mana bila ditanslate ke bahasa mainstream “Mungkin
Tak Jadi”.
Pakcik On The Way
Isnin, menunggu pukul 5 petang nak pergi pasar
malam. Lumrah geng bujang yang jarang masuk dapur, pergi pasar malam bungkus
nasi kerabu lebih ulam daging bakar dengan air coconut shake gelas besar dah
boleh kenyang sepanjang malam. Tapi hari isnin itu lain sikit cerita dia. Kak
Dini, teman serumah cakap tunang dia yang aku panggil Encik Din telefon, cakap
dia ada kawan. Nak kenalkan. Respon pertama, ketawa yang sangat awkward. Lepas
tu, buat-buat sibuk sampailah pukul 5 petang. Pergi ke pasar malam dengan kak
Dini dan jumpa Encik Din di situ. Dia pun buka cerita. Pasal seorang pakcik.
Encik Din minta nak bagi nombor. Aku tak angguk tak jugak geleng. Encik Din
faham. Nombor dihantar. Selang sepuluh minit, Pakcik telefon Encik Din. Tanya
pasal facebook. Okay, rasa kelakar dengan situasi itu dan bimbang juga. Aku
punya normal di tahap minimum dan gambar2 dalam facebook menyokong kenyataan
itu. Syuhuru, kawan baik sampai syurga insyaAllah pun cakap, aku banyak hal.
Kena jumpa laki yang sabar. Bagi facebook. Dan nasi kerabu dengan air coconut
shake pun dah dijinjit di tangan. Balik pulang makan depan tv. Dan juga, dah
tengok gambar Pakcik dalam henfon Encik Din. Jujurnya, tak nampak sangat, Nampak
topi Pakcik je.
Begitu bagaimana aku kenal Pakcik melalui
perkhabaran orang. 24 tahun usia baru nak kenal cinta. Okay, sedikit geli
dengan diri sendiri. Maaf kalau mata bernanah baca.
Tuesday, 21 April 2015
Pakcik Yang Allah bagi pinjam
There was a
pakcik. Pakcik yang baik. Pakcik yang hensem. Pakcik yang penyayang. Pakcik
yang penyabar. Pakcik yang saya sayang sungguh-sungguh. Dan masih sayang walau
pakcik dah takde. Sebab tu saya mula cerita dengan there WAS a pakcik.
Pakcik
bergolek datang tiba-tiba. Datangnya dia bawak bahagia banyak menimbun. Tak
pernah rasa kasih dan sayang berganda macam tu. Rasa beruntung sungguh. Setiap
hari panjatkan syukur kat yang Maha menjadikan. Senyum meleret setiap hari
sehinggalah satu hari Kringgg Kringgg dapat panggilan telefon.
Setiap yang
bernyawa pasti akan merasai mati. Dan tinggallah saya mengenang cerita bersama
pakcik yang Allah bagi pinjam. Dan pergilah pakcik yang Allah sayang. Siapalah
yang sangka bila hitungan hari sebelum saya boleh panggil awak suami terhenti
di hari ke 36.
Sunday, 28 September 2014
Mak saya
Aku rasa kalau bukan sebab doa seorang ibu, aku mungkin tak jadi manusia.
Kau ingat senang nak jaga sorang budak keras kepala, perengus, selalu buat keputusan yang dia sendiri akan menyesal lima minit kemudian dan jugak kuat merajuk jenis muncung-muncung mulut kening bertaut. Aku tolong jawab, tak senang lansung. SUSAH.
Tapi mak aku lepas dah ada anak, sifat garang yang dia ada tu tak pernah dia bawa balik rumah. Seingat aku kalau dia marah pun, dia hanya akan cakap " sampai hati along buat ma macam ni". Tapi sebab aku kurang garam, aku rilek je takde perasaan apa-apa bila mak cakap macam tu.
Ada satu ketika, naik sekolah menengah, aku perasan macam matang. Start la zaman gelap tapi takla gelap sangat. So aku panggil dia zaman kelabu aku. Waktu tu, aku asyik nak memberontak je. Kat rumah asyik berkurung dalam bilik. Kat sekolah sengaja cari pasal ngan kakak-kakak pengawas. Konon bajet hebat.
Tapi berkat doa mak siang malam supaya anak dia ditunjukkan jalan yang betul, Allah datangkan seorang ustazah. Dan melalui dia, sedikit-sedikit nampaklah macam muka orang sikit.
Dan bila dah tua bangka ni pun, memang selalu harapkan doa mak je. Sebab doa mak dia tulus untuk kesejahteraan anak-anak dia. Mak tak harapkan balasan pun bila anak dia dah senang. Senyum dia akan lagi lebar dari senyum kita bila kita berjaya.
Kalau bukan sebab doa mak, aku mungkin tak jadi manusia.
p/s; Ma, saya harap saya dapat kurang-kurang satu pertiga kesabaran ma bila saya ada famili.
Sunday, 24 November 2013
Ada mulut, buat makan karipap lagi sedap.
Manusia ada mulut.
Mereka akan bercakap.
Akan terus bercakap sampai mereka letih.
Tapi jarang sangat mereka letih.
Itu masalahnya.
***
Monday, 11 November 2013
Tolonglah jadi kelakar balik, Running Man
Bila something tu dah jadi terlalu mainstream, adakalanya dia akan hilang that 'thing' yang buat dia unik in a certain way. Macam ada orang, mata sipit dia yang buat dia nampak suwit terutamanya bila dia 'smize' bak kata Tyra Banks. Tiba-tiba dia dah tak suwit bila dia decide untuk operate mata dia buat jadi besar.
Ada satu rancangan ni. Potensi dia besar start dari episod satu lagi. Interactions between casts adalah di tahap yang marbeles. Dan dia sangat jujur nak hiburkan penonton. Dari hari ke hari, dia semakin mendapat sambutan. Dan sampai satu tahap dia dah jadi terlalu besar sampai semua orang nak promote dia punya movie/drama kat show ni. Dan di sinilah bermula segalanya. The main objective bukan lagi show itu sendiri tapi lebih kepada nak alih spotlight ke guest yang datang.
Ya, perubahan itu perlu. Arghhh, sudahlah. Sedang tunggu episod 171 ni. Harapnya, masih ada beberapa saat yang boleh buat kita ketawa.
Just my 'samah'.
***
Dan bila kecewa dengan episod 170.
*smize - smile with eyez
*samah - lima posen
*Just my samah - Just my two cent
Subscribe to:
Posts (Atom)