Isnin, menunggu pukul 5 petang nak pergi pasar
malam. Lumrah geng bujang yang jarang masuk dapur, pergi pasar malam bungkus
nasi kerabu lebih ulam daging bakar dengan air coconut shake gelas besar dah
boleh kenyang sepanjang malam. Tapi hari isnin itu lain sikit cerita dia. Kak
Dini, teman serumah cakap tunang dia yang aku panggil Encik Din telefon, cakap
dia ada kawan. Nak kenalkan. Respon pertama, ketawa yang sangat awkward. Lepas
tu, buat-buat sibuk sampailah pukul 5 petang. Pergi ke pasar malam dengan kak
Dini dan jumpa Encik Din di situ. Dia pun buka cerita. Pasal seorang pakcik.
Encik Din minta nak bagi nombor. Aku tak angguk tak jugak geleng. Encik Din
faham. Nombor dihantar. Selang sepuluh minit, Pakcik telefon Encik Din. Tanya
pasal facebook. Okay, rasa kelakar dengan situasi itu dan bimbang juga. Aku
punya normal di tahap minimum dan gambar2 dalam facebook menyokong kenyataan
itu. Syuhuru, kawan baik sampai syurga insyaAllah pun cakap, aku banyak hal.
Kena jumpa laki yang sabar. Bagi facebook. Dan nasi kerabu dengan air coconut
shake pun dah dijinjit di tangan. Balik pulang makan depan tv. Dan juga, dah
tengok gambar Pakcik dalam henfon Encik Din. Jujurnya, tak nampak sangat, Nampak
topi Pakcik je.
Begitu bagaimana aku kenal Pakcik melalui
perkhabaran orang. 24 tahun usia baru nak kenal cinta. Okay, sedikit geli
dengan diri sendiri. Maaf kalau mata bernanah baca.
No comments:
Post a Comment