Ini malam terakhir untuk tahun 2010 saya boleh tidur atas katil saya sambil buat-buat mimpi Yoon Doojon*silalah google kalau nak cuci mata dengan mamat mata sepet yang hensem* datang pinang saya. Esok saya dah nak bergerak ke Shah Alam. Perlu jadi student untuk lima bulan akan datang. Sekarang saya jawat jawatan mak guard campur penyumbang masalah obesiti di Malaysia. Saya sangat suka bilik saya sebab saya akan habiskan 90% cuti semester saya ukur lebar bilik ini. Saya benci kuning tapi ironinya bilik saya kaler kuning. Mak saya kata kuning boleh buat bilik nampak macam luas. Dan saya yang ketika itu berumur 13 tahun angguk-angguk macam faham. Bilik ini menerap sikap malas-malasan saya. Bilik ini juga menaik-level berat tubuh saya. Saya berkenalan berpacaran dengan encik-encik made in Korea dalam bilik ini melalui perantaraan pak internet. Mata saya lena dalam bilik ini. Mata saya celik dalam bilik ini. Bilik ini banyak mencorak siapa saya. Saya bebas jadi diri saya di dalam bilik ini. Tiada siapa yang akan menilai saya. Dalam drama Korea, bila heroin dilanda stress, hero kedua akan sentiasa membawa si heroin ke cerun bukit/gunung untuk biar heroin bertempik-gempita. Tapi saya hanya perlu pulang ke bilik ini dan peluk cium Puan Zarimah. Jam sudah pukul 12.38 a.m dan emosi sangat tidak stabil kerana esok sudah tidak boleh buat-buat demam untuk buat alasan supaya Puan Zarimah datang dan buat-buat picit. Yang pasti saya sudah pra-homesick!
Friday, 31 December 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment