Saturday, 4 July 2015

Dah Bertentang Mata


Empat hari selepas berkenalan, Pakcik dah nak berenang pergi tempat kerja. Dia minta izin nak jumpa. Seperti biasa, heret Kak Dini dan Encik Din. Tapi saya habis kerja pukul 5 dan kalau boleh taknak keluar malam. Jadi, sempat ke nak jumpa, alasan yang aku reka. Dia kata, takpelah sekejap pun takpe. Pukul 3, dia hantar mesej cakap dia dah gerak. Okay, drive baik baik, aku balas. ( Dia memang kena gerak pukul 3 sebab jarak rumah dia dengan tempat kerja aku dua jam perjalanan naik kereta)

Masuk je dalam kedai, Pakcik dan topi dia dan duduk kat kerusi. Dah lama sampai, soalan aku. Baru je, jawapan Pakcik. Dan itu sahaja perbualan kami sepanjang pertemuan. Mujur ada Kak Dini dan Encik Din yang cuba riuhkan keadaan. 

Jujur cakap, semua urat dalam perut bersimpul dalam sejam yang rasa macam seminggu lama dia. Curi-curi pandang. Dan bila mata bertentang mata, hati dah cakap, alamak, sudah! Semua siren dalam badan dah berbunyi suruh kawal hati. Dan memang gila bila ya boleh mengaku sekarang, nampak sisi dia pun, sebenarnya hati dah mula suka. Ya, tahu memang gila. Memang bahaya. Tak payah cakap, orang sekeliling pun dah tolong bagi amaran.

Dia bertolak balik. Aku punya lambai pun dia balas acuh tak acuh. Apa, tak sabar sangat ke nak balik Pakcik ni, soal aku dalam hati. Dah rasa kecewa sikit sebenarnya. Dia tanpa berita sampailah dia dah selamat sampai rumah. Dia mesej, saya dah sampai. 

Dan esoknya dia bersiap-siap nak naik ke tempat kerja. Cuma boleh mesej minta dia selamat.


P/s: Pakcik mesej Encik Din cakap dia suka tapi dia segan takut dia bertepuk sebelah tangan. Kalaulah Pakcik tahu, semua cerita Encik Din cerita kat Kak Dini. Dan Kak Dini dengan pantas sampaikan pulak kat aku. Aku dah tak rasa kecewa.

Ah sudah, dah nampak cute pulak Pakcik yang pemalu rupanya sampai nak tengok mata aku pun guna side mirror. 

Monday, 18 May 2015

Salam Pertama Pakcik



Tepat jam 5.01, siap je thumbprint terus mendecum kereta menuju balik ke Kuala Terengganu. Lupa nak cakap, kerjanya di Kemaman. Dua jam atas highway sampailah ke kampung halaman terus cium salam ma abah. Charge henfon dan siapkan diri. Jam pukul 8 tergerak hati nak belek henfon. Dan bila belek je terpampanglah “Mungkin Tak Jadi” ada hantar whatsapp “salam”. Begitu cerita bagaimana Pakcik dan saya bertukar cerita. Tanya pasal cita-cita. Tanya pasal keluarga. Tanya pasal nilai agama. Tanya pasal semua benda. Betullah semua rasa itu, Allah yang Esa punya kuasa. Terus terang cakap, saya bukan senang nak percaya tapi dengan Pakcik, semua benda jadi mudah. Huluran salam yang pertama jadi yang kedua. Jadi yang ketiga. Dan tiba-tiba dunia macam lebih ceria. 

Pakcik yang mulanya Mungkin Dok Jadi



Sehari lepas pasar malam, Pakcik dan aku jadi kawan kat facebook. Takde mesej di wall. Takde juga private mesej. Stalk gambar secara senyap. Dan Pakcik pun pakai kaca mata. Yay untuk geng-geng rabun takut sumbat contact lens dalam mata. Rilek je lalui hari dengan tahap busy lebih dari skala biasa. Selasa jadi Rabu. Rabu jadi Khamis. Aku fikir, Pakcik dah takut tengok gambar hidung kembang mata juling aku. Okaylah, kita save nombor dia jadi “Mungking Dok Jadi” yang mana bila ditanslate ke bahasa mainstream “Mungkin Tak Jadi”. 

Pakcik On The Way


Isnin, menunggu pukul 5 petang nak pergi pasar malam. Lumrah geng bujang yang jarang masuk dapur, pergi pasar malam bungkus nasi kerabu lebih ulam daging bakar dengan air coconut shake gelas besar dah boleh kenyang sepanjang malam. Tapi hari isnin itu lain sikit cerita dia. Kak Dini, teman serumah cakap tunang dia yang aku panggil Encik Din telefon, cakap dia ada kawan. Nak kenalkan. Respon pertama, ketawa yang sangat awkward. Lepas tu, buat-buat sibuk sampailah pukul 5 petang. Pergi ke pasar malam dengan kak Dini dan jumpa Encik Din di situ. Dia pun buka cerita. Pasal seorang pakcik. Encik Din minta nak bagi nombor. Aku tak angguk tak jugak geleng. Encik Din faham. Nombor dihantar. Selang sepuluh minit, Pakcik telefon Encik Din. Tanya pasal facebook. Okay, rasa kelakar dengan situasi itu dan bimbang juga. Aku punya normal di tahap minimum dan gambar2 dalam facebook menyokong kenyataan itu. Syuhuru, kawan baik sampai syurga insyaAllah pun cakap, aku banyak hal. Kena jumpa laki yang sabar. Bagi facebook. Dan nasi kerabu dengan air coconut shake pun dah dijinjit di tangan. Balik pulang makan depan tv. Dan juga, dah tengok gambar Pakcik dalam henfon Encik Din. Jujurnya, tak nampak sangat, Nampak topi Pakcik je.


Begitu bagaimana aku kenal Pakcik melalui perkhabaran orang. 24 tahun usia baru nak kenal cinta. Okay, sedikit geli dengan diri sendiri. Maaf kalau mata bernanah baca.

Tuesday, 21 April 2015

Pakcik Yang Allah bagi pinjam


There was a pakcik. Pakcik yang baik. Pakcik yang hensem. Pakcik yang penyayang. Pakcik yang penyabar. Pakcik yang saya sayang sungguh-sungguh. Dan masih sayang walau pakcik dah takde. Sebab tu saya mula cerita dengan there WAS a pakcik.

Pakcik bergolek datang tiba-tiba. Datangnya dia bawak bahagia banyak menimbun. Tak pernah rasa kasih dan sayang berganda macam tu. Rasa beruntung sungguh. Setiap hari panjatkan syukur kat yang Maha menjadikan. Senyum meleret setiap hari sehinggalah satu hari Kringgg Kringgg dapat panggilan telefon.


Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati. Dan tinggallah saya mengenang cerita bersama pakcik yang Allah bagi pinjam. Dan pergilah pakcik yang Allah sayang. Siapalah yang sangka bila hitungan hari sebelum saya boleh panggil awak suami terhenti di hari ke 36.   

Sunday, 28 September 2014

Mak saya

Aku rasa kalau bukan sebab doa seorang ibu, aku mungkin tak jadi manusia. 

Kau ingat senang nak jaga sorang budak keras kepala, perengus, selalu buat keputusan yang dia sendiri akan menyesal lima minit kemudian dan jugak kuat merajuk jenis muncung-muncung mulut kening bertaut. Aku tolong jawab, tak senang lansung. SUSAH.

Tapi mak aku lepas dah ada anak, sifat garang yang dia ada tu tak pernah dia bawa balik rumah. Seingat aku kalau dia marah pun, dia hanya akan cakap " sampai hati along buat ma macam ni". Tapi sebab aku kurang garam, aku rilek je takde perasaan apa-apa bila mak cakap macam tu. 

Ada satu ketika, naik sekolah menengah, aku perasan macam matang. Start la zaman gelap tapi takla gelap sangat. So aku panggil dia zaman kelabu aku. Waktu tu, aku asyik nak memberontak je. Kat rumah asyik berkurung dalam bilik. Kat sekolah sengaja cari pasal ngan kakak-kakak pengawas. Konon bajet hebat.

Tapi berkat doa mak siang malam supaya anak dia ditunjukkan jalan yang betul, Allah datangkan seorang ustazah. Dan melalui dia, sedikit-sedikit nampaklah macam muka orang sikit. 

Dan bila dah tua bangka ni pun, memang selalu harapkan doa mak je. Sebab doa mak dia tulus untuk kesejahteraan anak-anak dia. Mak tak harapkan balasan pun bila anak dia dah senang. Senyum dia akan lagi lebar dari senyum kita bila kita berjaya. 

Kalau bukan sebab doa mak, aku mungkin tak jadi manusia.


p/s; Ma, saya harap saya dapat kurang-kurang satu pertiga kesabaran ma bila saya ada famili.


Sunday, 24 November 2013

Ada mulut, buat makan karipap lagi sedap.


Manusia ada mulut.
Mereka akan bercakap.
Akan terus bercakap sampai mereka letih.

Tapi jarang sangat mereka letih.
Itu masalahnya.

***