Tuesday, 21 April 2015

Pakcik Yang Allah bagi pinjam


There was a pakcik. Pakcik yang baik. Pakcik yang hensem. Pakcik yang penyayang. Pakcik yang penyabar. Pakcik yang saya sayang sungguh-sungguh. Dan masih sayang walau pakcik dah takde. Sebab tu saya mula cerita dengan there WAS a pakcik.

Pakcik bergolek datang tiba-tiba. Datangnya dia bawak bahagia banyak menimbun. Tak pernah rasa kasih dan sayang berganda macam tu. Rasa beruntung sungguh. Setiap hari panjatkan syukur kat yang Maha menjadikan. Senyum meleret setiap hari sehinggalah satu hari Kringgg Kringgg dapat panggilan telefon.


Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati. Dan tinggallah saya mengenang cerita bersama pakcik yang Allah bagi pinjam. Dan pergilah pakcik yang Allah sayang. Siapalah yang sangka bila hitungan hari sebelum saya boleh panggil awak suami terhenti di hari ke 36.   

Sunday, 28 September 2014

Mak saya

Aku rasa kalau bukan sebab doa seorang ibu, aku mungkin tak jadi manusia. 

Kau ingat senang nak jaga sorang budak keras kepala, perengus, selalu buat keputusan yang dia sendiri akan menyesal lima minit kemudian dan jugak kuat merajuk jenis muncung-muncung mulut kening bertaut. Aku tolong jawab, tak senang lansung. SUSAH.

Tapi mak aku lepas dah ada anak, sifat garang yang dia ada tu tak pernah dia bawa balik rumah. Seingat aku kalau dia marah pun, dia hanya akan cakap " sampai hati along buat ma macam ni". Tapi sebab aku kurang garam, aku rilek je takde perasaan apa-apa bila mak cakap macam tu. 

Ada satu ketika, naik sekolah menengah, aku perasan macam matang. Start la zaman gelap tapi takla gelap sangat. So aku panggil dia zaman kelabu aku. Waktu tu, aku asyik nak memberontak je. Kat rumah asyik berkurung dalam bilik. Kat sekolah sengaja cari pasal ngan kakak-kakak pengawas. Konon bajet hebat.

Tapi berkat doa mak siang malam supaya anak dia ditunjukkan jalan yang betul, Allah datangkan seorang ustazah. Dan melalui dia, sedikit-sedikit nampaklah macam muka orang sikit. 

Dan bila dah tua bangka ni pun, memang selalu harapkan doa mak je. Sebab doa mak dia tulus untuk kesejahteraan anak-anak dia. Mak tak harapkan balasan pun bila anak dia dah senang. Senyum dia akan lagi lebar dari senyum kita bila kita berjaya. 

Kalau bukan sebab doa mak, aku mungkin tak jadi manusia.


p/s; Ma, saya harap saya dapat kurang-kurang satu pertiga kesabaran ma bila saya ada famili.


Sunday, 24 November 2013

Ada mulut, buat makan karipap lagi sedap.


Manusia ada mulut.
Mereka akan bercakap.
Akan terus bercakap sampai mereka letih.

Tapi jarang sangat mereka letih.
Itu masalahnya.

***


Monday, 11 November 2013

Tolonglah jadi kelakar balik, Running Man


Bila something tu dah jadi terlalu mainstream, adakalanya dia akan hilang that 'thing' yang buat dia unik in a certain way. Macam ada orang, mata sipit dia yang buat dia nampak suwit terutamanya bila dia 'smize' bak kata Tyra Banks. Tiba-tiba dia dah tak suwit bila dia decide untuk operate mata dia buat jadi besar.

Ada satu rancangan ni. Potensi dia besar start dari episod satu lagi. Interactions between casts adalah di tahap yang marbeles. Dan dia sangat jujur nak hiburkan penonton. Dari hari ke hari, dia semakin mendapat sambutan. Dan sampai satu tahap dia dah jadi terlalu besar sampai semua orang nak promote dia punya movie/drama kat show ni. Dan di sinilah bermula segalanya. The main objective bukan lagi show itu sendiri tapi lebih kepada nak alih spotlight ke guest yang datang.

Ya, perubahan itu perlu. Arghhh, sudahlah. Sedang tunggu episod 171 ni. Harapnya, masih ada beberapa saat yang boleh buat kita ketawa.

Just my 'samah'.

***
Dan bila kecewa dengan episod 170.

*smize - smile with eyez
*samah - lima posen
*Just my samah - Just my two cent

Monday, 26 August 2013

Doktor Alex anak lelaki Karev


Sudah tiba masa untuk Alex menjadi gembira. He and his uneven shaven face deserved plenty of rainbows and singing flowers.



***
Ya, bercakap secara random tentang siri TV

Sunday, 25 August 2013

Personifikasi


Bunyi tik tok tik tok makin lemah.

Masa berlalu.

Lagi masa berlalu.

Tiada lagi bunyi tik.

Tiada lagi bunyi tok.

Selesa dalam sunyi.

Sepi. Mendatar. 



***
Beli bateri baru.
Sumbat dalam jam.
Hanya perlu tunggu tik tok tik tok berdengung lagi.
Ya, sedikit masa lagi.

p/s: Hanya perlu bangun dan terus bernyawa.

Friday, 23 August 2013

Top Sepuluh English Series lagi


Nombor disusun secara random.

10. True Blood

Berkisar pada kehidupan vampire dan vampire dalam series ni buat Edward nampak macam hanya jejaka-yang-sparkles-under-the-sun. Dan series ini ada Eric, hensem tahap tinggi pokok nyiur. Dan semakin series berkembang, ada banyak lagi makhluk-makhluk rekaan omputeh muncul. Ada shapeshiftter. Ada fairies. Ada Eric. Ada Eric. Ada Eric.
p/s: Ini hanya untuk tontonan dewasa.

9. Parks And Recreation

Gila kalau tak tengok series ni. Dia bapak sedap. Series ni buat tag romantic comedy tu something yang believable. Leslie dengan Ben buat kita rasa it's okay untuk jadi sedikit pelik as long as kita passionate about something. Dan, wanita juga boleh punyai kerjaya dan keluarga dalam satu masa yang sama. Leslie Knope adalah watak utama yang sangat inspiring. Dan dia ada Ben Wyatt. Dan dia sangat suka waffles.

8. Modern Family

Cerita pasal pamili tapi bukan trajik dan tearjerker macam kabikushikabigam. Dia pasal satu pamili. Sorang bapak yang kahwin dengan janda anak satu half his age. Bapak ni ada dua orang anak, sorang laki sorang pompuan. Anak laki dia gay dan ada pasangan dengan anak angkat dari Vietnam. Anak pompuan dia ada extended family dengan sorang anak laki dan dua nak pompuan dan sorang husband yang paling best dalam dunia, Phill Dunphy. Kan, dengar sinopsis pun dah tau it's a roller coster on TV.

7. Community

Komedi adalah sangat rambang. Ada mereka yang boleh ketawa hanya dengan lawak Senario dan ada yang hanya tercuit urat geli dengan lawak mewah Jozan dan ada pula yang hanya suka dengan lawak-subtle-pintar dari yasmin. Ya, komedi adalah tidak dijangka. Tapi, rasanya tak ada yang tak akan ketawa bila tonton series ini. Abed itu menarik gigi kita untuk membentuk barisan rapi.

6. Grey's Anatomy

Ya, series ini masih berlansungan dan ia bermula dengan gagah satu ketika dahulu. Untuk fans tegar, selagi masih ada Meredith, Yang, Alex dan Derek, terpaksa tonton sebab mereka dah jadi macam anak-anak jiran kita yang kita nak ambil tahu bila tiba musim raya misalnya. Dan banyak scenes pasal mati yang buat kita pikir panjang. Dalam banyak-banyak season, season tujuh bapak punya sedih sebab Lexie dah mati dan kita tahu yang Mark akan menyusul lepas itu. Sebab they are made for each other.

5. Justified

Tak banyak series yang boleh jadi best dengan hanya bergantung harap pada satu watak. Tapi Raylan boleh buat. Hanya dia yang boleh pakai topi cowboy di tengah khalayak dan masih berjalan dengan yakin. Dan dia suka tembak orang. Orang jahat sahaja.

4. Game of Thrones

Sedap yang amat.

3. Friends

Ah, nostalgia. Enam orang sahabat habiskan kebanyakkan masa mereka untuk minum kopi dan still kehidupan mereka adalah sangat warna-warni dari most of us. Setiap dari mereka bawa sesuatu ke atas meja. Mereka sangat tak sempurna tapi istimewa dengan cara mereka sendiri. Selepas series ni berakhir, kita cuma mahu Joey happy dengan sebutir TV, sebuah sofa empuk dan sekotak pizza dalam sebuah bilik di rumah Chandler dengan Monica sampai bila-bila.

2. Coupling

Cerita pasal hubungan dengan pendekatan dan penceritaan yang sangat jujur. Ini datang dari Britain. Layan cerita ni sambil dengar accent mereka yang membuai perasaan adalah hari minggu yang enak. Dan ending dia adalah antara yang terbest dalam dunia.

1. Misfits

Cerita pasal mereka yang ada power. Macam Heroes. Tapi power yang mereka dapat adalah power bodoh-bodoh yang datangkan banyak masalah dari kesenangan. Dan series ni ada Nathan dengan rambut kerinting dia dan dengan rungutan dia sebab dia tak tahu power yang dia ada sampailah kat ending season 1. Ini juga geng-geng British. Lawak mereka adalah sangat sengal dan setempek kat muka. Tapi itulah beauty dia.