Wednesday, 22 November 2017

Ka-ching


The thing about someone else's money is that it will always belong to someone. It never yours.

This is to never quit a job because a woman gotta earn.

Monday, 21 August 2017

When a Taurus met a Gemini.


It all started with a simple "eh Abu".

And maybe it is too early to talk about this.

And because we may never be sure of anything

And I know that Allah will always be the best planner.

But I am too grateful at this moment.

For every single "good morning" and every dududu at night.

For every smile that he wears whenever our eyes met each other.

For every road trip that he took to come and see me.

For every time he managed to call me despite his hectic schedule.

For every helai janggut that he adorned with.


For that I am in love.
And feelings do change.
But I will be living in the present.
For that I am blessed.

Thank You Jaikal.
You know I meant you My Apeni.

Saturday, 28 January 2017

Derma kesian


Satu ketika ada janji. Ada ayat manis. Ada gula. Ada tawa. 

Rupanya sebab kesian.

Dan kenapa datang kalau memang nak pergi. 

Everyone can say sorry but it doesn't change a thing. Yang pecah tetap pecah. Yang sakit tetap sakit. 

Takpelah asal hang gembira. Hidup ni memang untuk diri sendiri je. Selamat maju jaya. Semoga bahagia.



Sunday, 22 May 2016

1 tahun 1 bulan 28 hari.


Hari rabu tu, saya cakap kat Pakcik yang saya macam MUNGKIN tak larat nak drive esok sebab esok ada sukaneka and my inner kid will go all out playing every game. 

Pakcik tanya, awak balik pukul berapa?

Macam biasa jugak. Jam 5. Saya jawab.

Dan esoknya Pakcik datang untuk drive saya balik. Dua jam untuk sampai ke tempat saya kerja. Dua jam seterusnya untuk hantar saya sampai depan muka pintu rumah. Dan sejam lagi untuk Pakcik sampai rumah dia. 

Saya tanya, penat tak?

Dan memang dah boleh jangka jawapan dia pun.
Dia bagi senyum manis dia.

***

Macam mana saya nak lupa awak, Pakcik.
Kadang-kadang I expect too much from people. Sebab saya lupa, mereka bukan awak, pakcik. 
I keep searching for a piece of you in somebody. 
Lamalah merana kalau nak cari yang sama.

Sebab awak baik banyak.
Sebab tu Allah sayang awak.
Banyak saya sayang awak, tapi Allah lagi sayang awak.

Al-Fatihah.
1 Tahun 1 Bulan 28 Hari.






Wednesday, 23 March 2016

Kita ite awak saya kamu


Secara keseluruhannya saya rasa berterima kasih sebab kamu datang time saya perlukan seorang kawan dan untuk tu, saya memang akan sentiasa doakan kamu dunia akhirat. Melalui teh ais kamu dan semua perkara yang kamu buat sikit sebanyak bantu saya untuk get better faster. Dan untuk itu,saya doakan kamu akan jumpa apa yang kamu cari. Terima kasih juga untuk semua masa yang kamu dengar apa yang saya nak cakap. Dan dengan itu saya minta diri dulu.

I am saying goodbye because I know how much you love your freedom. It is okay. I get it. Cheers to you and your life. Keep having fun, you. 

Wednesday, 24 February 2016

Senyum manis Pakcik


Hari ini rabu. Hari yang awak selalu balik dari kerja. Hari yang selalunya buat saya gembira.

Last kita jumpa hari Isnin, dua minggu sebelum awak pergi jauh sangat. Awak nampak lain. Saya tanya awak penat ke? Awak jawab taklah,biasa je. Tapi pandangan mata awak sayu sangat. Cuma masa tu saya buat-buat tak layan perasaan kurang senang saya. Banyak kali awak lencongkan kereta ke arah lain. Selalunya awak tak macam tu. Laju je hantar saya balik sebab awak takut Ma marah. Tapi hari tu awak nampak susah sungguh nak bagi saya turun kereta. Sebelum saya turun, awak minta maaf. Saya cakap awak pelik. Awak balas balik, suruh saya doakan awak, kat atas sana macam-macam boleh jadi, kata awak. Saya cakap saya sentiasa doakan awak. Cepat turun balik, saya cakap. Awak senyum. manis sungguh. Dan awak lambai saya sampailah awak hilang dari pandangan. Tu last saya jumpa awak. Dan siapalah yang sangka saya tak boleh tengok awak lagi lepas tu. 

Manis sangat senyum awak, Pakcik. 
Al-Fatihah

Saturday, 13 February 2016

Dulu saya ada tunang nama Pakcik

Pakcik, tadi ada orang yang saya kenal bertunang. Dan saya ingat saya dah betul-betul kuat tapi rupanya sekarang saya sedar yang saya masih tunggu awak. 6.10.2015. Cncin tu pun masih di jari manis saya, pakcik.

Sebulan lepas kenal awak datang bawak bawak cincin dan first time saya make up bak hang. Saya tak pakai spek mata jugak time tu dan sebab saya takut nak pakai contact lens, saya buat-buat nampak je hari tu. Mujur ada bunga tangan nak cover spek yang saya genggam kemas kat tangan. Everybody is excited. Pukul 11, awak call cakap awak dah gerak. Dan selera saya terus terbantut. Nak telan air pun rasa kelat. Saya stay dalam bilik dan melalui tingkap saya nampak awak and the geng sampai. Pastu ada orang heret saya keluar and memang perlu diheret sebab mind you saya rabun dan semua orang marah saya bila saya nak pakai spek saya. Konsep redha di situ. Selepas doa sikit, mama sarungkan cincin. Lepas tu saya duduk bawah stage sebab Abah nak sarungkan cincin kat jari awak, pakcik. Dalam rabun-rabun saya tu still saya nampak awak bercahaya gitu. Then semua orang makan-makan. Seperti biasa saya dan geng gegirls saya hijacked pelamin ambik gambar. Dan sebelum awak pergi makan, awak sempat bisik "Nanti makan banyak-banyak. Awak cantik". Macammana saya nak makan bila jantung dan degup laju tahap abnormal. Saya tak pernah cakap tapi saya jadi bertambah jatuh suka kat awak hari tu. Sebab awak dengan tak cakap banyak tolong bawak pinggan cawan kotor atas meja masukkan dalam bakul. Tolong tambah lauk lagi.  Ya Allah, melimpah ruah rasa suka kat awak masa tu. Kenapalah awak baik sangat, pakcik. Saya tak tahu nak cakap macam mana tapi saya rasa gembira sangat masa tu. Gembira yang banyak. 

Dan sebelum awak balik, awak cakap sekali lgi, "Awak cantik". Haisshhhh, macam mana lah tak jatuh suka. Itu ceritanya masa saya masih ada tunang. Itu cerita masa pakcik ada. 

Itt is almost a year. Adik awak pun dah kawin. Saya pergi tau pakcik. Saya makan banyak jugak. Mama is getting better. She smiles a lot. Sama macam saya. Senyum je sampai macam dah lenguh urat pipi. Macam nampak-nampak je awak kat atas pelamin tu. Awak dan senyum manis awak, pakcik. 

Al-fatihah.

Thursday, 12 November 2015

It's almost eight months


I smile a lot lately. And I laugh at everything. When there are people around,it is so much easier to let them think I am happy. I even surprised myself. I am such a good actor.

The fact is, I remember you every second of my everyday. It's like my life has been on repeat since the day I got that phone call and I kept crying for you every night. Why did you have to be so you. It is so hard to move on, pakcik. 

Kenapalah awak baik sangat.
Sebab saya rindu.
Al-Fatihah

Monday, 31 August 2015

Kring Kring Alarm Pakcik


Dalam banyak-banyak senarai alarm saya, masih ada satu yang khusus untuk awak, Pakcik. Setiap hari rabu, awak kena bangun awal pagi sebab nak pergi berenang dan saya hanya akan rasa tenang kalau saya yakin awak selamat pergi. Jadi, setiap pagi rabu tepat jam 5 pagi, alarm "Pakcik Dah Nak Pergi Berenang" akan kejutkan saya. Dan saya akan terus call awak. Dan awak selalunya pantas jawab call saya. Dan lepas awak dah siap-siap, awak akan call saya balik. Dan awak cakap "saya pergi kerja dulu". Dan saya kena tunggu awak dua minggu sebelum terubat semua rasa rindu. 

Dah lima bulan alarm tu tak berbunyi.
Dah lebih dua minggu saya tunggu awak, Pakcik.

Dah jauh sangat awak berenang. Tak tercapai saya nak kejar. 

Rindu banyak sangat. Ma suruh saya ingat awak dalam doa. InsyaAllah sampai bila-bila.

Saturday, 15 August 2015

Mama Pakcik


Pakcik, Mama masih lagi call saya sampai sekarang. Nikmat kasih sayang tak pernah putus Allah bagi. Allah ganti dengan senyum dan hangatnya pelukan Mama awak. 

Start je dari kali pertama awak bawak saya jumpa Mama dulu sampai sekarang, Mama layan saya teramat baik. Hari tu sabtu dan kita jumpa kat kedai makan. Awak cakap nak suruh jumpa Mama je. Saya sampai dengan kak dini. Dan awak bawak seluruh ahli keluarga awak, pakcik. Jantung saya tak pernah berdegup laju gitu. Sekejap je, saya dah jatuh suka kat semua. Kat Mama, Abang Awin, Kak Ti, Arif, Anis. Kat awak, lagilah berganda suka.

Kalau dulu saya selalu cakap tak manis kalau anak gadis terlalu senang ke rumah lelaki. Dan awak faham. Dan saya tahu awak yakinkan Mama jugak. Tapi lepas awak takde ni Pakcik, setiap minggu saya singgah kat rumah awak. Mama sambut saya dengan senyum dan selagi saya tak kenyang, saya tak balik. 

Semuanya sama. Cuma awak yang tak ada. 

It is almost five months. Saya redha, bukan saya tak rindu. Al-Fatihah.

Monday, 3 August 2015

Pakcik jumpa ma abah


Pakcik, awak datang jumpa ma abah saya 10 hari lepas kita kenal. Hari tu jumaat dan awak sampai petang. Saya dah melompat-lompat takleh duduk diam tunggu awak. Segan tu tak payah cerita. Ni baru kali kedua nak bertentang mata. Masa awak sampai, saya cakap kat ma, “ Tu pakcik.” Ma balas, “Ye ma tahu. Memang ada sorang je tu ha.” Nampak tak excited saya nak kenalkan awak kat ma abah. Masa awak nak masuk tu, saya perasan je awak bisik, “ jangan tinggalkan saya sorang-sorang” Tapi saya saja nak bagi chance awak bermesra lama dengan Abah. Kalaulah awak tahu yang Abah tak senyum kat semua orang. Bila Abah senyum kat awak selepas 10 minit perbualan, saya dah tahu yang memang tindakan saya betul. 

Pakcik, awak dan sengih awak tu dah pikat ma abah dari awal lagi. Sebab sengih tu lah susah benar saya nak move on. Susah sungguh. Tapi sebab sengih tu jugak, saya boleh tersenyum bila tiba-tiba teringatkan awak, pakcik yang Allah sayang insyaAllah.

Saturday, 4 July 2015

Dah Bertentang Mata


Empat hari selepas berkenalan, Pakcik dah nak berenang pergi tempat kerja. Dia minta izin nak jumpa. Seperti biasa, heret Kak Dini dan Encik Din. Tapi saya habis kerja pukul 5 dan kalau boleh taknak keluar malam. Jadi, sempat ke nak jumpa, alasan yang aku reka. Dia kata, takpelah sekejap pun takpe. Pukul 3, dia hantar mesej cakap dia dah gerak. Okay, drive baik baik, aku balas. ( Dia memang kena gerak pukul 3 sebab jarak rumah dia dengan tempat kerja aku dua jam perjalanan naik kereta)

Masuk je dalam kedai, Pakcik dan topi dia dan duduk kat kerusi. Dah lama sampai, soalan aku. Baru je, jawapan Pakcik. Dan itu sahaja perbualan kami sepanjang pertemuan. Mujur ada Kak Dini dan Encik Din yang cuba riuhkan keadaan. 

Jujur cakap, semua urat dalam perut bersimpul dalam sejam yang rasa macam seminggu lama dia. Curi-curi pandang. Dan bila mata bertentang mata, hati dah cakap, alamak, sudah! Semua siren dalam badan dah berbunyi suruh kawal hati. Dan memang gila bila ya boleh mengaku sekarang, nampak sisi dia pun, sebenarnya hati dah mula suka. Ya, tahu memang gila. Memang bahaya. Tak payah cakap, orang sekeliling pun dah tolong bagi amaran.

Dia bertolak balik. Aku punya lambai pun dia balas acuh tak acuh. Apa, tak sabar sangat ke nak balik Pakcik ni, soal aku dalam hati. Dah rasa kecewa sikit sebenarnya. Dia tanpa berita sampailah dia dah selamat sampai rumah. Dia mesej, saya dah sampai. 

Dan esoknya dia bersiap-siap nak naik ke tempat kerja. Cuma boleh mesej minta dia selamat.


P/s: Pakcik mesej Encik Din cakap dia suka tapi dia segan takut dia bertepuk sebelah tangan. Kalaulah Pakcik tahu, semua cerita Encik Din cerita kat Kak Dini. Dan Kak Dini dengan pantas sampaikan pulak kat aku. Aku dah tak rasa kecewa.

Ah sudah, dah nampak cute pulak Pakcik yang pemalu rupanya sampai nak tengok mata aku pun guna side mirror. 

Monday, 18 May 2015

Salam Pertama Pakcik



Tepat jam 5.01, siap je thumbprint terus mendecum kereta menuju balik ke Kuala Terengganu. Lupa nak cakap, kerjanya di Kemaman. Dua jam atas highway sampailah ke kampung halaman terus cium salam ma abah. Charge henfon dan siapkan diri. Jam pukul 8 tergerak hati nak belek henfon. Dan bila belek je terpampanglah “Mungkin Tak Jadi” ada hantar whatsapp “salam”. Begitu cerita bagaimana Pakcik dan saya bertukar cerita. Tanya pasal cita-cita. Tanya pasal keluarga. Tanya pasal nilai agama. Tanya pasal semua benda. Betullah semua rasa itu, Allah yang Esa punya kuasa. Terus terang cakap, saya bukan senang nak percaya tapi dengan Pakcik, semua benda jadi mudah. Huluran salam yang pertama jadi yang kedua. Jadi yang ketiga. Dan tiba-tiba dunia macam lebih ceria. 

Pakcik yang mulanya Mungkin Dok Jadi



Sehari lepas pasar malam, Pakcik dan aku jadi kawan kat facebook. Takde mesej di wall. Takde juga private mesej. Stalk gambar secara senyap. Dan Pakcik pun pakai kaca mata. Yay untuk geng-geng rabun takut sumbat contact lens dalam mata. Rilek je lalui hari dengan tahap busy lebih dari skala biasa. Selasa jadi Rabu. Rabu jadi Khamis. Aku fikir, Pakcik dah takut tengok gambar hidung kembang mata juling aku. Okaylah, kita save nombor dia jadi “Mungking Dok Jadi” yang mana bila ditanslate ke bahasa mainstream “Mungkin Tak Jadi”. 

Pakcik On The Way


Isnin, menunggu pukul 5 petang nak pergi pasar malam. Lumrah geng bujang yang jarang masuk dapur, pergi pasar malam bungkus nasi kerabu lebih ulam daging bakar dengan air coconut shake gelas besar dah boleh kenyang sepanjang malam. Tapi hari isnin itu lain sikit cerita dia. Kak Dini, teman serumah cakap tunang dia yang aku panggil Encik Din telefon, cakap dia ada kawan. Nak kenalkan. Respon pertama, ketawa yang sangat awkward. Lepas tu, buat-buat sibuk sampailah pukul 5 petang. Pergi ke pasar malam dengan kak Dini dan jumpa Encik Din di situ. Dia pun buka cerita. Pasal seorang pakcik. Encik Din minta nak bagi nombor. Aku tak angguk tak jugak geleng. Encik Din faham. Nombor dihantar. Selang sepuluh minit, Pakcik telefon Encik Din. Tanya pasal facebook. Okay, rasa kelakar dengan situasi itu dan bimbang juga. Aku punya normal di tahap minimum dan gambar2 dalam facebook menyokong kenyataan itu. Syuhuru, kawan baik sampai syurga insyaAllah pun cakap, aku banyak hal. Kena jumpa laki yang sabar. Bagi facebook. Dan nasi kerabu dengan air coconut shake pun dah dijinjit di tangan. Balik pulang makan depan tv. Dan juga, dah tengok gambar Pakcik dalam henfon Encik Din. Jujurnya, tak nampak sangat, Nampak topi Pakcik je.


Begitu bagaimana aku kenal Pakcik melalui perkhabaran orang. 24 tahun usia baru nak kenal cinta. Okay, sedikit geli dengan diri sendiri. Maaf kalau mata bernanah baca.

Tuesday, 21 April 2015

Pakcik Yang Allah bagi pinjam


There was a pakcik. Pakcik yang baik. Pakcik yang hensem. Pakcik yang penyayang. Pakcik yang penyabar. Pakcik yang saya sayang sungguh-sungguh. Dan masih sayang walau pakcik dah takde. Sebab tu saya mula cerita dengan there WAS a pakcik.

Pakcik bergolek datang tiba-tiba. Datangnya dia bawak bahagia banyak menimbun. Tak pernah rasa kasih dan sayang berganda macam tu. Rasa beruntung sungguh. Setiap hari panjatkan syukur kat yang Maha menjadikan. Senyum meleret setiap hari sehinggalah satu hari Kringgg Kringgg dapat panggilan telefon.


Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati. Dan tinggallah saya mengenang cerita bersama pakcik yang Allah bagi pinjam. Dan pergilah pakcik yang Allah sayang. Siapalah yang sangka bila hitungan hari sebelum saya boleh panggil awak suami terhenti di hari ke 36.   

Sunday, 28 September 2014

Mak saya

Aku rasa kalau bukan sebab doa seorang ibu, aku mungkin tak jadi manusia. 

Kau ingat senang nak jaga sorang budak keras kepala, perengus, selalu buat keputusan yang dia sendiri akan menyesal lima minit kemudian dan jugak kuat merajuk jenis muncung-muncung mulut kening bertaut. Aku tolong jawab, tak senang lansung. SUSAH.

Tapi mak aku lepas dah ada anak, sifat garang yang dia ada tu tak pernah dia bawa balik rumah. Seingat aku kalau dia marah pun, dia hanya akan cakap " sampai hati along buat ma macam ni". Tapi sebab aku kurang garam, aku rilek je takde perasaan apa-apa bila mak cakap macam tu. 

Ada satu ketika, naik sekolah menengah, aku perasan macam matang. Start la zaman gelap tapi takla gelap sangat. So aku panggil dia zaman kelabu aku. Waktu tu, aku asyik nak memberontak je. Kat rumah asyik berkurung dalam bilik. Kat sekolah sengaja cari pasal ngan kakak-kakak pengawas. Konon bajet hebat.

Tapi berkat doa mak siang malam supaya anak dia ditunjukkan jalan yang betul, Allah datangkan seorang ustazah. Dan melalui dia, sedikit-sedikit nampaklah macam muka orang sikit. 

Dan bila dah tua bangka ni pun, memang selalu harapkan doa mak je. Sebab doa mak dia tulus untuk kesejahteraan anak-anak dia. Mak tak harapkan balasan pun bila anak dia dah senang. Senyum dia akan lagi lebar dari senyum kita bila kita berjaya. 

Kalau bukan sebab doa mak, aku mungkin tak jadi manusia.


p/s; Ma, saya harap saya dapat kurang-kurang satu pertiga kesabaran ma bila saya ada famili.


Sunday, 24 November 2013

Ada mulut, buat makan karipap lagi sedap.


Manusia ada mulut.
Mereka akan bercakap.
Akan terus bercakap sampai mereka letih.

Tapi jarang sangat mereka letih.
Itu masalahnya.

***


Monday, 11 November 2013

Tolonglah jadi kelakar balik, Running Man


Bila something tu dah jadi terlalu mainstream, adakalanya dia akan hilang that 'thing' yang buat dia unik in a certain way. Macam ada orang, mata sipit dia yang buat dia nampak suwit terutamanya bila dia 'smize' bak kata Tyra Banks. Tiba-tiba dia dah tak suwit bila dia decide untuk operate mata dia buat jadi besar.

Ada satu rancangan ni. Potensi dia besar start dari episod satu lagi. Interactions between casts adalah di tahap yang marbeles. Dan dia sangat jujur nak hiburkan penonton. Dari hari ke hari, dia semakin mendapat sambutan. Dan sampai satu tahap dia dah jadi terlalu besar sampai semua orang nak promote dia punya movie/drama kat show ni. Dan di sinilah bermula segalanya. The main objective bukan lagi show itu sendiri tapi lebih kepada nak alih spotlight ke guest yang datang.

Ya, perubahan itu perlu. Arghhh, sudahlah. Sedang tunggu episod 171 ni. Harapnya, masih ada beberapa saat yang boleh buat kita ketawa.

Just my 'samah'.

***
Dan bila kecewa dengan episod 170.

*smize - smile with eyez
*samah - lima posen
*Just my samah - Just my two cent

Monday, 26 August 2013

Doktor Alex anak lelaki Karev


Sudah tiba masa untuk Alex menjadi gembira. He and his uneven shaven face deserved plenty of rainbows and singing flowers.



***
Ya, bercakap secara random tentang siri TV