Wednesday, 22 November 2017

Ka-ching


The thing about someone else's money is that it will always belong to someone. It never yours.

This is to never quit a job because a woman gotta earn.

Monday, 21 August 2017

When a Taurus met a Gemini.


It all started with a simple "eh Abu".

And maybe it is too early to talk about this.

And because we may never be sure of anything

And I know that Allah will always be the best planner.

But I am too grateful at this moment.

For every single "good morning" and every dududu at night.

For every smile that he wears whenever our eyes met each other.

For every road trip that he took to come and see me.

For every time he managed to call me despite his hectic schedule.

For every helai janggut that he adorned with.


For that I am in love.
And feelings do change.
But I will be living in the present.
For that I am blessed.

Thank You Jaikal.
You know I meant you My Apeni.

Saturday, 28 January 2017

Derma kesian


Satu ketika ada janji. Ada ayat manis. Ada gula. Ada tawa. 

Rupanya sebab kesian.

Dan kenapa datang kalau memang nak pergi. 

Everyone can say sorry but it doesn't change a thing. Yang pecah tetap pecah. Yang sakit tetap sakit. 

Takpelah asal hang gembira. Hidup ni memang untuk diri sendiri je. Selamat maju jaya. Semoga bahagia.



Sunday, 22 May 2016

1 tahun 1 bulan 28 hari.


Hari rabu tu, saya cakap kat Pakcik yang saya macam MUNGKIN tak larat nak drive esok sebab esok ada sukaneka and my inner kid will go all out playing every game. 

Pakcik tanya, awak balik pukul berapa?

Macam biasa jugak. Jam 5. Saya jawab.

Dan esoknya Pakcik datang untuk drive saya balik. Dua jam untuk sampai ke tempat saya kerja. Dua jam seterusnya untuk hantar saya sampai depan muka pintu rumah. Dan sejam lagi untuk Pakcik sampai rumah dia. 

Saya tanya, penat tak?

Dan memang dah boleh jangka jawapan dia pun.
Dia bagi senyum manis dia.

***

Macam mana saya nak lupa awak, Pakcik.
Kadang-kadang I expect too much from people. Sebab saya lupa, mereka bukan awak, pakcik. 
I keep searching for a piece of you in somebody. 
Lamalah merana kalau nak cari yang sama.

Sebab awak baik banyak.
Sebab tu Allah sayang awak.
Banyak saya sayang awak, tapi Allah lagi sayang awak.

Al-Fatihah.
1 Tahun 1 Bulan 28 Hari.






Wednesday, 23 March 2016

Kita ite awak saya kamu


Secara keseluruhannya saya rasa berterima kasih sebab kamu datang time saya perlukan seorang kawan dan untuk tu, saya memang akan sentiasa doakan kamu dunia akhirat. Melalui teh ais kamu dan semua perkara yang kamu buat sikit sebanyak bantu saya untuk get better faster. Dan untuk itu,saya doakan kamu akan jumpa apa yang kamu cari. Terima kasih juga untuk semua masa yang kamu dengar apa yang saya nak cakap. Dan dengan itu saya minta diri dulu.

I am saying goodbye because I know how much you love your freedom. It is okay. I get it. Cheers to you and your life. Keep having fun, you. 

Wednesday, 24 February 2016

Senyum manis Pakcik


Hari ini rabu. Hari yang awak selalu balik dari kerja. Hari yang selalunya buat saya gembira.

Last kita jumpa hari Isnin, dua minggu sebelum awak pergi jauh sangat. Awak nampak lain. Saya tanya awak penat ke? Awak jawab taklah,biasa je. Tapi pandangan mata awak sayu sangat. Cuma masa tu saya buat-buat tak layan perasaan kurang senang saya. Banyak kali awak lencongkan kereta ke arah lain. Selalunya awak tak macam tu. Laju je hantar saya balik sebab awak takut Ma marah. Tapi hari tu awak nampak susah sungguh nak bagi saya turun kereta. Sebelum saya turun, awak minta maaf. Saya cakap awak pelik. Awak balas balik, suruh saya doakan awak, kat atas sana macam-macam boleh jadi, kata awak. Saya cakap saya sentiasa doakan awak. Cepat turun balik, saya cakap. Awak senyum. manis sungguh. Dan awak lambai saya sampailah awak hilang dari pandangan. Tu last saya jumpa awak. Dan siapalah yang sangka saya tak boleh tengok awak lagi lepas tu. 

Manis sangat senyum awak, Pakcik. 
Al-Fatihah

Saturday, 13 February 2016

Dulu saya ada tunang nama Pakcik

Pakcik, tadi ada orang yang saya kenal bertunang. Dan saya ingat saya dah betul-betul kuat tapi rupanya sekarang saya sedar yang saya masih tunggu awak. 6.10.2015. Cncin tu pun masih di jari manis saya, pakcik.

Sebulan lepas kenal awak datang bawak bawak cincin dan first time saya make up bak hang. Saya tak pakai spek mata jugak time tu dan sebab saya takut nak pakai contact lens, saya buat-buat nampak je hari tu. Mujur ada bunga tangan nak cover spek yang saya genggam kemas kat tangan. Everybody is excited. Pukul 11, awak call cakap awak dah gerak. Dan selera saya terus terbantut. Nak telan air pun rasa kelat. Saya stay dalam bilik dan melalui tingkap saya nampak awak and the geng sampai. Pastu ada orang heret saya keluar and memang perlu diheret sebab mind you saya rabun dan semua orang marah saya bila saya nak pakai spek saya. Konsep redha di situ. Selepas doa sikit, mama sarungkan cincin. Lepas tu saya duduk bawah stage sebab Abah nak sarungkan cincin kat jari awak, pakcik. Dalam rabun-rabun saya tu still saya nampak awak bercahaya gitu. Then semua orang makan-makan. Seperti biasa saya dan geng gegirls saya hijacked pelamin ambik gambar. Dan sebelum awak pergi makan, awak sempat bisik "Nanti makan banyak-banyak. Awak cantik". Macammana saya nak makan bila jantung dan degup laju tahap abnormal. Saya tak pernah cakap tapi saya jadi bertambah jatuh suka kat awak hari tu. Sebab awak dengan tak cakap banyak tolong bawak pinggan cawan kotor atas meja masukkan dalam bakul. Tolong tambah lauk lagi.  Ya Allah, melimpah ruah rasa suka kat awak masa tu. Kenapalah awak baik sangat, pakcik. Saya tak tahu nak cakap macam mana tapi saya rasa gembira sangat masa tu. Gembira yang banyak. 

Dan sebelum awak balik, awak cakap sekali lgi, "Awak cantik". Haisshhhh, macam mana lah tak jatuh suka. Itu ceritanya masa saya masih ada tunang. Itu cerita masa pakcik ada. 

Itt is almost a year. Adik awak pun dah kawin. Saya pergi tau pakcik. Saya makan banyak jugak. Mama is getting better. She smiles a lot. Sama macam saya. Senyum je sampai macam dah lenguh urat pipi. Macam nampak-nampak je awak kat atas pelamin tu. Awak dan senyum manis awak, pakcik. 

Al-fatihah.